Monday, December 31, 2012

"i'm back!" kembali aktif berblogging???


Assalamualaikum!


haiiiiiiiiiii semuaaaa. berhempas pulas aku mengemas, menyapu, menggosok dan segala mem lagi laaa kat blog aku neh. bukan penuh dengan sawang jerk. penuh jugak dengan rumput2 rumpai, pokok2 melilit dan sebagainya. huh! kepada kengkawan aku yang ikut perkembangan aku tahulahhh yang aku sangat busy sejak 2 bulan neh. tidak lagi aktif menulis dan merapu kat blog tercinta aku neh. sedeh! tapi apakan daya?? tuntutan kehidupan memaksa aku untuk begitu. elehhh, sastra sangat kot ayat aku tengahri yang hujan ni. huhuhu

Yup! aku dah selesai banyak perkara dan mungkin aku dah boleh kembali aktif macam dulu lagi. dah boleh p lepak kat blog kengkawan lama2 dah boleh update merapu meraban macam dulu lagi. dah boleh bermesra bergelak ketawa hari2. perghhhhhh rindu saat tuh! 

aku dah selesai kursus di subang jaya. tamat dengan jayanyaaa ewah! 10 januari neh konvokesyen kitaorang! mohon jeles yer :P and then aku pun dah selesai INTERVIEW sebagai kaunselor berdaftar! insya ALLAH lesen aku akan dikeluarkan dalam masa sebulan dua lgi. huhuhu lega yang teramat! lepas neh sesapa yang ada masalah nak mintak kaunseling?? meh ler cari aku! hehehe. tahu laa apa aku nak buat muahahahehhehehe

okey! aku cau dulu. cari ilham dan idea nak update apa pulak pas neh! sejak2 tak aktif neh kepala batu aku neh rasa macam dah tak der idea sangat dah. huhuhuhu. 

# i miss him soooo much! hurmmmm :( 

eh?? tetiba :P

Tuesday, December 18, 2012

nak bercinta pun agak2 laaaa~





kisah neh baru jer jadi jap tadi. tak sampai berapa jam. terus aku update. kisah neh panas2 lagi. sepanas gambar kat atas tuh! kisah nya macam neh. aku baru balik dari kelas. aku pun jalan le terhoyong hayang menuju ke arah rumah aku yang tingkat 5 tuh! al-maklumlaaaa penat. jalan pun dah macam orang mabuk. sedang sibuk aku berjalan sambil membebel dengan kawan aku yang sorang lagi neh. sepasang 'KAPLE' yang uniform puteh lengkap! yang perempuan siap bertudung lagi lintas depan kami. dah rimas kot jalan belakang kami yang macam hilang pertimbangan neh. huhuhuhu.

tak berapa jauh mereka didepan aku mula nampak adegan2 yang tak berapa nak sesuai dengan umur aku tatkala neh. mula dengan si perempuan merapatkan diri dengan lelaki. berjalan sambil berpelukan. konon2 merekalaaa pasangan paling romantikus dalam abad neh. tetiba jerk dalam aku menonton adegan 18sx tuh tanpa tutup mata. si perempuan tuh tetiba jerk cium si lelaki. how dare uolssss??? batal ayaq sembahyang aku. haish!! then tetiba dorang hilang masuk dalam lif.~

please ler weh...kalau korunk berdua yang telah membatalkan ayaq sembahyang aku baca benda neh. mohon minta maaf dengan aku! 

- kalau ya pun ketagih sangat. boleh tak jangan buat depan hidung aku?? buat le depan hidung orang lain- ( g cek in hotel bajet murah tuh!!)
-hengat sikit, korunk sedang memakai pakaian uniform yang melambangkan pekerjaan korunk. so, please behave ur self!-
-yg perempuan, apa maknanya kalau bertudung tapi selamba ikan bilis jerk boleh cium2 pakwe??-

(aku tak kata kat sesapa, aku ingatkan diri aku sendiri jugak)
 
kbai!




Saturday, December 15, 2012

nak duk bandar ke kampung???


Assalamualaikum!

curik dari google
Pagi sabtu yang damai. tapi tak berapa nak damai kalau duk kat bandar neh. adeh! pepagi dah dengaq bunyi macam2. kedebak. kedebuk. orang duk sibuk buat bangunan.huhuhu. tak cukup lagi dengan hon kereta. pinnnnnnnnnnn!!! ponnnnnnnnnnn!! ada gak bunyi telilit. telilit. telilit. macam2 bunyi. nak jer aku jerit " hoiii org kat bawah! tak ingat ke orang kat atas neh nak tido ke nak hape ke?? asyik pin sana. pon sini. haish! " hurmmm kalau aku jerit pun tak der sapa nak peduli. silap2 hari bulan kawan sebilik aku pulak yang terkejut ingatkan aku histeria pepagi buta neh. 

Kalau kat kampung pagi2 mcm neh amannn jerk. kalau dengar bunyi moto pun mcm tak berapa dengar jer. bunyi hon? memang tak derlahhh. sapa pulak nak buat2 sibuk, jem depan umah aku???kat kampung tuh! huhuhu. aku dengan rasa tak bersalah. tarik selimut. tidur! kroooohhh! krooohhh! huh. indahnya di kampung, walau sesekali aku dengar jugak bunyi siren~ " anak dara apa neh??? dah pukul 10 tak bangkit2 lagi ang neh kalau duk umah mak mertua ang neh dah lama kena tendang keluaq!" huhuhu mak! i miss ur siren! heeeeee. sesekali jerk dengar suara2 mak berkumandang. lepas tuh diam ler. huhuhu

so, sapa yang suka duk kampung?? sila angkat kaki~
sapa yang suka duk bandar sila berdiri!



Saturday, December 8, 2012

'dating' kat ICT Shah Alam


Assalamualaikum!

Dalam keadaan sibuk dan letih yang teramat sangat sebab kursus di subang sempat lagi aku dan rakan2 aku yang lain pergi melawat ICT shah alam. Haish! memang aku tak pernah p. tak pernah masuk bahkan aku sendiri pun tak dapat nak bayangkan ICT tu hape. apa yang aku tau. ICT banyak lampu. so dalam kepala batu aku neh hanya terbayang lampu jalan yang ada kat sana. tapi bila sampai sana! jeng!jeng! selain daripada lampu. kita boleh jugak naik yang pusing2 tu. apa ke nama dia pun aku tak pasti tapi apa yang aku tau dia berpusing. huhuhu, tapi aku tak naik pun. kalau aku naik. harus pening 2 bulan. koma 2 minggu aku neh nanti. jom layan gambar2 kami!


tak tau nak wat gaya hape sebenarnya neh. mcm gaya tah hape3 jerk. huhuhu. yang duduk dan yang paling comey tu wajib ler aku :P

meh ler aku pekenalkan kawan2 aku yang meletop neh. yang pakai baju biru tu nama dia situ nur hafiza oke. bukan siti nur haliza! huhuhu. yang baju warna pink tu harus ler aku. yang warna ungu tu  fazlin tuan punya kereta dan yang pegang air tu my bespren! umieee

owhhh ini miss world bersama dengan miss universe neh :P. tapi miss world tu agak bantut sikit, huhuhu. tak cukup minum susu kot masa kecik2 huhuhu

phewitttttttttt. nak ngorat boleh amek borang kat pejabat agama :P

bergambar bersama mermaid yang seksa. haish. batal posa aku, hukhukhukhukhuk

huhuhu. amacam cantek tak??? permandangan or orang2 dia?? hehehe. ada ke yang pernah pergi?? harus semua orang dah pernah pergi?? kan?? mcm aku jerk yang 'jakun' sikit. huhuhuhu. parking just rm 10 hengget! nak p. p sendiri. huhuhu. byeeee. mis u!!!


Saturday, December 1, 2012

Review Pemenang Segmen "aku blogger bertuah by Izzah"


Assalamualaikum!

Kali neh aku nak me 'review' seorang gadis. ewah! nama beliau fatin. setelah aku selidik punya selidik. aku belum dapat mengenalpasti lagi. apa nama penuh beliau. mungkin, nur fatin, siti fatin, nurul fatin. aku tak pasti! tapi apa yang aku dah berjaya selongkar adalah! pakwe dia nama syahmi! phewwwitttttttttt!!! bila nak kawen neh??? tetiba jerk dengar bunyi "kompang di paluuuuuuu, pengantin haruuuuu" eh? hukhukhukhuk.

jejaka2, duda2, suami2 orang dan semuanya. harap maap! borang telah tamat tempoh ya. cik fatin telah berpunya. okeh, selain daripada telah berpunya aku jugak nak bagitau yang cik fatin neh lahir tahun gajah. er.. tahun 1990. maknanya cik fatin neh muda 2 tahun dari aku. haiiyaaaaaaa kenapa harus aku yang kakak??? kat mana2 jerk aku jerk yang kakak! huh!

rupa2nya cik fatin neh, start berblogging januari tahun 2011 dan followers dia sekang neh ada lebih kurang 688 orang. mak datuk! ramainyaaaaaaa huh. aku punya follower yang sikit kat tepi tuh. jenuh aku kumpul dari tahun 2008 kot. bertahun2 dah tuh. tahniah kepada cik fatin! 

melihat kepada entry2 cik fatin neh. cik fatin neh memang giler contest macam haku dulu, hukhukhuk. banyak yang cik fatin join! teruskan usaha anda! :) akak neh kan! ( dgn gaya tangan yang menawan) nak cakap, dulu akak pun suka gak join2 neh tapi sejak dah tua banyak neh tak larat nak join. jadi sponsor jer laaaa hukhukhukhuk.

tapiiiiiiiiiiii ada satu entry jiwang yang cik fatin buat! mak cik2 pakcik2 sekalian boleh tengok kat sini

v
v
v

dan neh pulak cik fatin punya header! makkk aiii romantikus nampak???:P tikus pun tak romatik macam neh! hukhukhukhukhuk.


last sekali. sesiapa yang nak melawat cik fatin boleh tekan jer banner kat atas erk. jangan melawat jerk. pergilah follo2 sekali tak rugi pun tambah kawan! kannnnnnnnn :)

p/s : cik fatin, maaf lambat erk. idea ler lambat. tak dapat tiket nak balik malaysia. btw TAHNIAH YA! :0

Tuesday, November 27, 2012

sabar menanti 21 dec 2012~


Rindu! satu perkataan yang aku boleh bagitau sekang neh. rindu kat semua benda! haish. bila mau habeh kursus neh?? mau kurus aku kalau lelama kat sini. makanan tak best. keselamatan tak best. huh! lamanya 21 hb 12...jadual aku setiap hari kat sini sama jerk. tak menarik langsung setiap hari.

6.30 pg - bangun
8.00 pg - kelas
6. 00 ptg- balik kelas, makan dan tido kenkadang ada benda yang kena buat.

bosan kan? setiap hari erk!! kecuali sabtu ahad. memang aku akan berehat. tapi rehat kat umah pun bosan gak. jadi aku jenjalan le kat summit yang depan umah aku tuh. kenkadang jenjalan kat mydin. hah! tu jer laaa kerja aku. borinkkkk. nak update pun mlas. ada jugak masa kenkadang tapi aku rasa malas nak update sebab aku rasa bersalah kalau aku update tapi tak BW. hurmm ampunkan guaaa yer kamu, kamu dan kamu!!! nanti lepas segalanya selesai. nak jer aku spend time satu hari just untuk BW kat blog2 yang sudi singgah blog aku neh. nak follow dan berblas komen macam selalu. tunggguuuuuuu!! akn sampai masa dan ketika itu jua nanti. nak ke tunggu aku?? hukhukhukhuk.

btw! doakan aku di sini yer. doakan aku untuk segala2nya. aku pun akan doakan yang terbaik untuk kawan2 aku semua di sini! selamat pengantin baru cik kira! selamat makan okje! selamat bercinta dedeq! selamat2 semuanya :) bye2!!! mis u yahhhh~

Saturday, November 17, 2012

matang bukan pada umur~


 

Hari neh, tetiba saja aku terpanggil untuk menulis tentang isu kematangan. skema pulak aku rasa pendahuluan aku neh. hukhukhuk. pepagi buta tadi aku bangun. aku terus tengok TV. teruk kan?? anak dara lain sibuk jadi bibik basuh lampin, basuh rumah, basuh peti ais. aku?? sibuk jadi madam goyang kaki tengok TV. besalaaaa. huhuhu. aku tertarik dengan kata-kata hilal asraf bahawa 'matang itu bukan pada umur'. aku setuju sangat2 !!

Yup! pendapat aku sama dengan pendapat dia. tak semestinya umur 40 tu dah cukup matang dan umur 20 tu tak matang lagi. semuanya terpulang kepada individu tu sendiri macam mana dia membentuk diri dia untuk jadi matang dan lebih matang tak kisahlah umur kau berapa tahun sekalipun. apa yang mematangkan diri aku?? pada aku pengalaman. pengalaman banyak mengajar dan mendidik diri aku jadi lebih matang. tak kisah lah pengalaman sendiri ker, pengalaman orang ke, pengalaman dalam membaca ke. apa2 saja. 

Jangan menilai orang daripada luar. kau nampak dia terlompat2, gelak macam raksasa jahat, bawak teddy ke sana-sini. kau cakap dia tak matang. entah2 bila dia bersuara meluahkan pendapat atau pandangan. mak datuk! kalah sapok biki. hehe sapok biki jugak yang kena. hukhukhuk. macam aku sendiri, kadang2 aku pun terfikir, aku neh terjerit sana-terjerit sini, lompat sana lompat sini. kejar kucing aku yang tak bersalah waktu boring2, asyik suruh abah aku beli jajan. dah macam kanak-kanak riang yang terencat pulak. 

tapiiiiiiiii bila org mintak pendapat, boleh ler jugak aku bagi sikit2 walaupun tak brapa nak bernas. hihihi. boleh ler nak tolong2 kwn. ikut situasi ler, bilamana situasi memerlukan aku untuk menjadi matang, ya, aku akan jadi matang, bila mana situasi memerlukan aku utuk bertingkah laku macam kanak-kanak riang. huh! mcm tu ler jadinya. tak der laaa hidup aku nehhh seriuss memanjang~ bosan! kadang2 aku tingin gak nak jadi budak2 balik, kanak2 tingin lak nak jadi makcik2. ikut suka suki aku ler. huhuhu

 

- di atas adalah pendapat aku sahaja. tak semestinya betul dan tak semestinya salah. setiap orang ada pendapat masing2 tentang isu matang neh. jom kongsi dengan aku kat komen!-

apa pendapat korunk tentang matang???? 

Thursday, November 15, 2012

hadapi dengan senyuman! :)


"senyumlaaaaa, senyumlaaaaa ahai! cek mek molek~"

huhuhuhu. dah ler lama hilang. tak hapdate2 blog, lepas tu hapdate blog dengan menyumbangkan suara yang merdu pulak. hikhikhik. mohon cemburu dengan suara aku. :P  
sekarang neh, aku ada dekat rumahku syura ku, eh? syurgaku okeh! aku balik cuti seminggu. menyibuk jer kan? orang lain nak raya aku pun kalut nak raya. uhuhhuhu. biasalahhh kita kan 1 malaysia! ewaaaaah~ 

Dah lama aku balik, tapi banyak pulak urusan-urusan negara yang aku nak kena selesaikan. isnin tadi aku p hospital taiping bawak abah aku. sakit mata. kenapa?? ada binatang langgar lari dia punya mata. huh! kesian kat abah aku sampai kena p hospital punya teruk accident tuh.  korunk tahu?? tiga kaki binatang tuh ada dalam mata abah aku. kesian abah! tapi tak per, sekang neh dah oke sikit. mata abah dah tak berair lagi!

Lepas neh, 22 hb mak aku pulak kena p hospital taiping sebab ovari bengkak. tapi melalui apa yang aku baca dari tulisan doktor yang sangat cntek tuh. mak aku mcm tak der apa2 cuma nak buat kepastian jerk. haish! semuanya buat aku risau. apa lagi masa tuh aku dah ada balik kat subang jaya. ermmm plzzz kawan2 doakan mak dan abah aku sihat2 hendaknya. amin!

Okeh, kalau korunk nak tahu, lepas jerk aku habeh kursus BI aku neh, aku dah kena terus terbang ke terengganu untuk kursus KAUNSELOR BERDAFTAR pulak. hukhkhuk. kene amek lesen ler pulak. huhuhu. tak boleh ler nak buat sesi kaunseling tepi2 jamban umah aku. huhuhu. asal bizi sangat aku neh?? sampai nak mandi pun tak sempat dah. huhuhu

tak per suriani! apa2 pun yang jadi

 

Doakan mak dan abah aku!!!! 

Friday, November 9, 2012

jadi student balik!



 

huh! rindu kat semua orang! rindu2!!! tapi bagaimana ingin aku luahkan rindu itu?? huhuhu
SIBUK sedang melanda diriku tatkala ini. Sekarang aku berada di subang jaya! meneruskan kursus bahasa inggeris yang sangat mencabar! setiap hari ada presentation! setiap hari kena cakap omputeh! hukhukhuk. 
pergi pukul 9 pagi balik pulak pukul 6.30 ptg! memang tak jumpa dunia luar. dunia aku hanya di dalam bilik kuliah tu jer belaja omputeh. seronok! serius! jumpa pulak pelbagai kawan dari pelbagai unibersiti ! seronok! cuma apa yang tak bestnya kat sini terlalu bebas. pelajar international terlalu banyak! sooooo agak bahaya ler. hukhukhuk. doakan aku berjaya dengan cemerlang! daaaaannnnnnnn dapat kembali aktif blogging macam dulu2. tenkiu kepada okje yang selalu datang tulun sapu sampah, sapu sawang dan segalanya!. missss u soooo much sis! ermmm lupa nak cakap kat pengantin baru! selamat pengantin baru cik kira! maaf tak dapat hadirkan diri! hukhukhukhuk. faham kan?? huhuhu. kita bizi mengalahkan PM jerk. hukhukhuk. 
kbai! nak rehat dan nak BW ke blog2 lain sekejap! opsss sebelum terlupa! jom join contest neh. i sponsor tauuuuu :P love u!

Sunday, November 4, 2012

Jom Lepaks Kat "angel Love Soldier" (pemenang GA syoknya raya by Nurul Aini)



Melihat kepada Header dia neh, aku bayangkan dia seorang gadis yang pendiam. berahsia. banyak menyendiri dan suka kepada perkara-perkara yang seni dan kreatif! hahaha. sesuka suki aku jer kan?? menilik orang melalui header dia. eh! betul serius. masa aku belum baca biodata dia. aku bayangkan dia neh mesti remaja berumur 13-15 tahun. Aku jugak ingat dia neh bercinta dengan askar sebab dia tulis kat situ "angel love soldier" keh2. betapa banyak ler aku punya ingat kan?? tapi tak hengat2 jugak. hadoi!
tapi ada yang aku teka di atas betul dan ada yang salah. paling aku terkejut! dia neh rupa2nya bakal _ _ _ _ kita serupa! :) kalau nak tahu dia sebenarnya siapa?? apa kata korunk pergi selongkar dia punya profile !! 


haaaa. dia memang orang serawak! tengok ler title dia tuh. tuan sarjan?? hehehe. kompius akak dek. adik neh _ _ _ _ ke askar?? hehehe. gurau jerk!

apa lagi yang menarik?? kepada yang suka Join contest. haaaaa. memang boleh pergi ke blog adik manis neh. baca contest montest kat sana. join ler korunk sampai pengsan. aku tak pernah kisah. huhu sebab aku pun sama! hehe. cuma sekang dah tua. jadi slow2 sikit join. kalau tak, mau tercabut kepala lutut aku neh. hukhukhuk. tak lupa kepada yang suka menyibuk baca scandal orang , diari orang macam haku. hehehe. boleh jugak melawat blog cik adik neh. sebab blog dia ada jugak pasal peribadi. siap tulis macam neh lagi!


haaaaa. baca ler sampai poneng. hikhik. aku dah p skodeng tadi. korunk bila lagi?? ewahhh. huhuhu. last sekali aku nak promote sikit. jom. mari2 dua singget. dua singget. dua singget!!!! eh, huhuhu.jom ler follow kan. dah alang2 jenguk tu. tambah2 kenalan dan taulan. kat bawah neh erk


P/s : Tekan jer image2 neh semua ada link2 untuk ke blog tuan empunya diri. Entry neh adalah untuk pemenang GA syoknya raya by Nurul Aini


Thursday, November 1, 2012

"Perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hati ku melonjak sama"!!!!


 

Ambooiiiiii banyaknya duittt. banyak duit ke banyak kertas jer dalam bag duit aku neh?? hehehe. Alkisah, maka terjadilah satu cerita kenyanyukan aku yang tak bertempat tuh. tepat jam 2.3o ptg aku buat keputusan nak pergi ke Parit Buntar. daripada rumah aku lebih kurang 30 minit jugak la. lama weh. Kematu semua perkara. apakah?? hehehhe. Aku pun bernyanyi2 riang sambil bawak motor sensorang aku. kawan2 aku semua kerja. yang tak kerja sibuk nak amek anak2 balik sekolah. al maklumlaaa ...huhuhu

Niat di hati aku, aku nak pergi bank islam! Ewahhh macam banyak duit jer kan ?? kalau sebut pasal nak pergi bank neh. hihihihi. arghhh peduli. dalam kegirangan aku sengsorang tue. sekejap nyanyi lagu aishah sekadar di pinggiran sekejap nyanyi lagu ct nurhaliza, gemilang dan sekejap2 nyanyi lagu negara ku. eh? huhu. tengok? betapa cerianya aku! huhuhu

Lebih kurang 30 Minit aku pun sampai ke Bank. hadoi. sakit pinggang, usus, pankreas dan bulu dada aku. ha? huhuhu. aku pun korek2 bag yang aku gantung kat leher. korek punya korek. eh?? asal neh? mana pergi?Eh? tak der pun? haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Alamaaakkkk!!! aku tertinggal bag duit aku lerrrrrrrrrrrrr kat umah!!! dan aku dah ada depan bank! huh!. rasa macam aku nak meraung2 jer kat jalan tuh. rasa macam nak buat2 gila. biar semua orang pandang aku! huh! dah ler perjalanan tu jauh. tertinggal bag duit. ic. lesen dan segalanya! 

aku pun cepat start motor. balik! huhuhu. kank ada yang tangkap aku tak da IC mcm neh dorang kata aku warganegara amerika pulak. mlas ler aku! huhuhu.

kbai! selamat malam semua huhuhu

Tuesday, October 30, 2012

Aku yang tulis, aku yang pening. huh!


 

Agak2 apa perangai aku minggu ni?? hurm. aku dah dapat penyakit malas. malas nak hapdate. mungkin sebab aku agak sibuk dan kepala aku berserabut. sungguh aku serabut. serabut sal masa depan aku yang semakin ke depan neh. semakin ke depan masa depan aku semakin ke depan jugak perut aku. eh? Maaf. aku merepek. Ya Allah sungguh aku keliru! berikanlah aku pilihan yang tepat dan terbaik. amin!

Terima kaseh kepada semua yang wish bday my mum! hurm nampaknya awak ada terbau sesuatu erk dekat entry tuh?? huhu. betul laaa sangkaan anda itu.Walau pedih, aku terima dengan senyuman yang payah. ewah! sastera sangat kot tetiba. Tengs my sis! sentiasa penuh dengan kata-kata semangat dan pujian2 anda. huhu ayat last tu aku tambah. Nak aku cerita ke tentang kiasan aku di entry ini?? kalau nak aku boleh jer cerita. nak raih simpati??? eh, tak pernah sekali kot. 

Kalau aku cerita. aku sekadar nak berkongsi bagaimana aku yang dulunya seorang pendendam menjadi seorang yang pemaaf kepada orang yang sepatutnya aku sayang. adoiii berbelit2 pulak aku punya entry kali neh. mohon jangan ler ada yang muntah hijau kat blog aku neh. dah ler penuh dengan sawang. kank dengan muntah jugak. huhuhu. stop tentang tuh. aku tunggu respon korunk. ada yang nak tahu??

Owh haaa. sebelum aku terlupa. aku mungkin akan ke tanjung malim 4hb 11 sampai 15hb 12. lama kan?? sebulan lebih! sambung belaja?? eh,  tak ler weh. buku pun tak nak tengok muka aku yang tua neh. suruh orang lain pulak ler belaja. huhuhu. aku ada kursus kat sana. hadoi! kalau jadi aku pergi, maknanya aku akan bertambah bizi. sedeh ler..tak boleh nak bermanja2 dengan blog neh. apa lagi dengan anak dara sorang neh. huhuhuhu

Eh, apa aku tulis neh??? huhuhu

Selamat Malam semua!
Saya sayang awak, awak dan awak!

kbai!

Monday, October 29, 2012

Sumpah! I love u forever~


Curik dari Pak Cik Google
 Selamat hari lahir mak yang ke 48 tahun!!!  Semoga panjang Umur! murah rezeki dan kekal hingga ke akhir hayat bersama Somi tercinta! 

Jika tidak kerana mak,
entah di mana aku sekarang, rumah anak yatim? kebajikan? atau mungkin aku hanya sempat menatap dunia yang indah ini sekejap.

Jika tidak kerana mak,
Aku tak kan membesar menjadi godang dan menjadi anak di rumah ini. 

Jika tidak kerana mak
Aku bukan sesiapa yang boleh dibanggakan saat dan ketika ini. 
dan

Jika tidak kerana mak,
aku tak kan belajar apa itu kehidupan? apa itu memaafkan? apa itu erti seorang mak biarpun, aku lahir bukan dari rahim wanita bergelar mak itu.

Terima Kasih mak!
terima kasih kerana menjadikan aku anakmu!
terima kasih kerana menyayangi aku seperti aku darah dagingmu!
I love u mak! forever!

Saturday, October 27, 2012

Kerja Gila Sue Pelik dan Tm Team~



 Assalamualaikum!!! haiii semuaaaaaa

amboiiiiiiii kemain punya ceria 99 lagi aku neh kan?? dah ler lama tak hapdate! hukhukhuk. jangan tanya kenapa aku ceria 99. eh, macam nama kedai jer neh. huhuhu. aku sendiri tak pasti kenapa. mungkin juga kecerian aku neh effect daripada photoshoot hari tuh! huhuhu. mana gambar?? hahaha. aku tengah pikir enampuloh enam kali neh. nak tunjuk ke tak. nak tunjuk ke tak! huhuhu. aku takut korunk pengsan sebab gelak guling2 sambil tampaq2 orang sebelah tengok pic kami. huhu. nanti aku tunjuk oke! :)

Hari raya mcm mana?? aku oke jer. duk umah melantak berpinggan-pinggan mee tomyam mak aku buat. aku rasa macam mak aku masak seperiuk besar tu memang untuk aku sorang jer kot. aku pun pelik kenapa aku kuat makan. aku bela jin ka??? muahehehehehehe. jin pun tak sanggup duk dekat dengan aku weh. buruk lantak sangat. uhuk! 

sebelum aku tunjuk gambar kami photoshooooot hari tuh! alaaaaa kerja gila kami. macam tak biasa! aku tunjuk dulu gambar selepas potocot itu oke! 

taraaaaa! adoiiii comeynyaaa haku. di sebelah kanan yer. sebelah kiri tuh siah nur adila (nama samaran) hukhukhuk. nak ngorat?? opsss siah nur adila dah bertunang erk dengan ejoi nur adil ler sangat! :P keh23

empat daraaaa duduk di tepi tasik sambil bajet kiut. hukhukhuk. kiri sekali tunang kepada ejoi nur adil ler sangat! :P sebelah beliau nuoiii, sebelah nuoiii pulak wan @ gumiho. jaga2 malam ja bertukaq neh. hukhukhuk dan yang kanan sekali. taraaa!! aku ler weh yang masih singlet!. eh? huk.

Okeh. sekang sebelum aku nak tunjukkan gambar kami pergi photoshoot tue. aku nak bagitau kepada semua! berhati2 semasa mandi kat ayaq terjun terutama bagi kaum perempuan erk. make sure jangan tukar baju di celah2 pokok tauge yang ada kat sana. celah2 pokok kucai pun jangan. sebab bak kata rokiah propa "jaga2 ader yang memeghati!!"  oke! jom tengokkk!!

v
v
v
v
v
v
v



taraaaaa!!!! 
heeeeeeeeee. cer teka! kami bergambar kali neh dengan konsep hape?? huhuhu

hehehe. aku tunjuk satu jer dulu. oke?? nanti kalau aku rasa aku dah bertukar jadi cantek dalam gambar tuh aku tunjuk lagi hasil keje gila kami neh erk! tapi aku rasa macam ada satu lagi ler gambar kat bawah neh. gambar sapa erk???

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Eh?? macam mana boleh sesat sini neh incik paiz??? huhuhuhu.

kbai! opssss selamat hari rayaaaa semuaaa!!!! :)

Monday, October 22, 2012

Bahasa apa neh?? zimbabwe ker??






Aduh! aku memang bukan cekgu BM. Student aku pun pernah cakap kat aku "cekgu, tolonglaaa jangan tukar jadi Cekgu Bm! tak sesuai langsung" huh! memang aku akui. Bm aku dan tulisan aku kenkadang agak tunggang terbalik cikit. aku suka silap eja. kalau aku pergi BW kat blog korunk then aku ada tinggalkan komen. kalau ejaan aku tak tepat tu. pandai2 ler korunk faham sendiri. tapi aku rasa walaupun bahasa aku teruk. rupa2nya ada yang lebih teruk lagi dari aku?? cer baca yang bawah neh

v
v
v
v
v


Korunk faham ker?? amenda budak neh tulis hah?? "aku tak suka TOL???" tak payah ler naik highway. jalan jer kampung mana ada tol. huhuhu. "maah??" maksudnya marah ker?? budak neh sekolah menengah ke pra sekolah?? hadoiiiii.  

 

Haaaaaaaa neh satu lagi. try korunk translate jap! haha. yang aku tak tahan tuh. last2 ayat tuh siap boleh mengaum lagi. " erurmmmmm!!" hahahaha. bahasa apa neh?? aku ketinggalan zaman ker?? klasik betul bahasa neh. bahasa zimbabwe ke?? tak faham sungguh aku! kepada sesiapa yang menggunakan bahasa di atas. mak cik neh bukan nak "maah" erkk. mak cik neh cuma nak pesan. tulis ler elok2 sikit. tulisan-tulisan di atas boleh mendatangkan meroyan kepada mak cik-makcik lain jugak huhu. 

sekian!


Saturday, October 20, 2012

alergik lagi~


 

Aduh...pepagi mood dah swings. huh! alergik lagi. alergik lagi. tak tau aku makan apa sampai muka aku bintik2 merah then gatal2 pulak tuh. tak tahan! kank kalau aku garu mau cacat seumur hidup neh. habehler duit hantaran aku jatuh. huhuhu. malam tadi seingat aku. aku just makan
v
v
v
satay
curik kat pak cik google
 
 dengan 

ikan yang macam neh
culik kat pak cik google

 takkan aku alergik makan satay kot? haish. biaq betik?? macam2 sangat dah neh aku alergik neh. nanti semua benda pulak aku tak leh nak makan. huhuhu mcm mana nak buang alergik erk?? mcm mana nak bagi kita boleh makan semua benda tanpa gatal2 weh?? sapa misi? doktor ker?? huhuhu. boleh tak tulun jawab soalan aku neh?? huhu *malas nak p klinik. dia asyik bagi ubat gatai ja. aku nak ubat yang sampai bila2 aku tak alergik dah. huhuhu. 

ada???
 

Friday, October 19, 2012

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas



Join!
nampak sangat aku bosan tahap tenuk kan?
arghhh peduli ler. huh!

Follower aku?
v
v
v

642000

ewah? hahaha ooo tu tak dok erk! yang betulnya 642 jer

fan page aku ---->>> sini

kbai! selamat malam! :P

Segmen: Tambah Follower Banyak-Banyak!!


 

Join!
hari neh aku rasa macam kesepian jer
so aku pun cari segmen untuk join. nak join contest. malas pulak.
nak tunai kan syarat2 tuh banyak sgt :P

Aku neh banyak keje sebenarnya tapi aku tak da mood nak buat. orang selalu cakap mood ke laut la ke bulan la. mood aku? entah. hilang kena culik dengan naruto kot. huh! nak tebus balik mood aku pun tak da duit. huhuhu. "duit tak ada tapi hati ingin kawen lalalalala" eh? apa aku merepek-repek neh? hurm korunk nak kawen? aku nak! aku nak! gila gelojohnya kau sue ? please oke. aku nak kawen bukan sebab hape. sebab macam best jer boleh pergi jalan2 sama. boleh tgok TV sama2. boleh jalan2 p tesco sesama. boleh p beli lampin baby sama2. huhuhu. pasal tue aku nak kawen???? hikhikhik. :P kank my sis mesti bebel panjangnya. hukhukhukuk. mungkin dia akan cakap :

"tahu tak kawen tu banyak tggjwb? bukan nak bersuka ria jer?"
hihihihihi

incik paiz would u meri me? eh? hihihi. :P
tak nak? tak sude! i will find someone like u! ewah

kbai!

Cekgu Vs Murid = kurang ajar : salah siapa???




Budak-budak sekarang tak macam budak2 dulu kan? taim2 aku dulu berani ngumpat cekgu kat belakang jer. tu pun bukan mengumpat hape. gosip2 liar yang aku selalu bawak cenggini jer.....

"Weh, cikgu tu asyik mengandung jer kan?" hahahah. aku memang penyebuk~ sekang aku pulak takut budak2 kata kat aku nanti. huhu. kadang2 aku gosip "weh, gila punya hensem hasben cikgu weh, macam acapan!" kui2.

tapiiii

budak2 sekang tengok laaaa
v
v
v
v

P MAMPUS? BUKAN DORANG YANG TENTUKAN MASA DEPAN? eh? mana tahu? pandai pulak budak neh. betul tu. "bukan cikgu yang tentukan masa depan awak. awak sendiri jer yang boleh tentukan masa depan dan kehidupan awak. tapi awak jangan lupa yer. cikgu tu yang bimbing awak untuk berjaya, untuk kenal suku kata, untuk mengeja, untuk ajar awak macam mana bulan boleh rindukan pungguk?eh? jadi, secara tak langsung, cikgu tu terlibat tau untuk bimbing awak tentukan masa depan awak sendiri"

 Tapi aku tak salahkan jugak budak2 100% kalau jadi kes maki memaki neh. sebab? kadang2 cekgu pun tak tunjukkan contoh yang baik. betul tak? *contoh. cikgu jerit kuat2 kat perhimpunan "seman!! hang jangan duk tunjuk samseng kampung labu kundur pulak kat sini, mentang2 bapak ang polis bantuan" huhu. memang kompom ler lepas neh cekgu tu pemes. nama naik kat pesbuk. "aku bencik cekgu harun aziz!, bencik!bencik!bencik! hahahha.

pada aku budak2 sekang neh ada satu prinsip. "kalau cikgu mau gua hormat cikgu, cikgu pun kena hormat gua, suara tak payah nak bajet jakelin vikter sangat hokei?" Jadi, jom saling menghormati! siapa pun kita. kita tetap duduk di planet bumi. tak sapa yang dari zuhal. hukhukhuk. pulakkkk aku neh.

Apa komen korunk? sapa patut dipersalahkan??

Thursday, October 18, 2012

Hilang sebab buat facebook fan page~


Rasa macam berkurun jer tak update neh. huhuhu. rasa macam lama jer aku hilang. p mana???tak p mana pun. aku sibuk. sibuk buat fan page. hahahaha. korunk tau amenda neh??? jangan ler tanya aku bebanyak.aku pun tak berapa nak tau. aku rasa aku neh dah macam kena pengaruh rakan sebaya jerk hahaha. bila aku nampak orang buat benda neh?? aku pun gedik2 nak buat. gedik sangat kot! sampai bebai2 awat tak boleh neh? kenapa tak jadi macam orang lain neh? aku nak letak nama apa neh?? huhuhu. 

penting ke benda alah neh??aku pun tak berapa nak tau fungsi dan kepentingan dia. tapii alang2  aku dah terbuat neh kan. aku ingat setiap kali aku wat entry aku nak ping ler kat situ. ping tu apa?? weh. plzzz jangan tnya haku. aku mana tau. orang sebut cam tuh aku ikut laaaa muaahahahahahahha! :P opsssss ! weh, p ler try like. aku nak tengok jadi tak. :P huhuhu. baru ada 3 orang jer yang like tu pun jenuh aku paksa, aku ugut bagai dah. huhuhu."aku cakap kalau tak like aku nak terjun katil aku" :P. okeh lah! tu jer aku nak cakap. kalau ada sesapa tau kepentingan benda neh mai laaa share kat aku okeh?? :)

kbai! lap u! :)

Wednesday, October 17, 2012

Tambah Lemak~

hahaha. mata terbeliak. dah tu siap tengok kat tempat lain lagi. maklumlaaaa. aku bukan boleh kalau tengok perempuan cantikk lalu mula la aku nak tengok tahap kecantikan dia. pastu balik rumah tanya cermin sakti. 'heiiiiii cermin sakti!! sapa perempuan paling busuk sekali dalam dunia neh??" tetiba cermin sakti aku tunjuk gambaq neh
v
v
v
v
v
v
v
v
hihiihi. tak pasai2 hang kena kan?? siah nur adila? (bukan nama sebenar) huhuhu. aku kuaq bercinta dengan dia neh laaa semalam atas urusan kerja+poya = ini laa kawan segodang dengan aku. kami memang suka menambah lemak bersama2. huhuhu. hari neh keluar ja. kami makan tiga kali kot!!! jom tengok kami makan hape???
v
v
v
v
v
v
v
v
dominossssss!!!! dah lama aku tak makan weh. sejak2 aku putus tunang. terus aku tak makan dah. lebih kurang setahun lebih dah. eceh! kunun macam ada sejarah! hihihi. aku tak berkesempatan nak makan weh. asyik makan cekodok jer. huhuhuhu
haaaaaaaaa. neh dia! garlic rings apa tah nama dia. aku dah lupa. panjang sangat namanya pun. susah tok kadi nak sebut akad nikah kank. eh? tok kadi pulak. benda neh ler yang cik siah nur adilah tu melantak sampai habeh. katanya sedap! aku tak berapa suka sangat. makan pun satu tak habeh. huhuhuh
tara!!! then neh laaa pizza dominosss yang aku dah cekik dua keping sebenarnyaa!! hehehe. kami beli set yang rm sepoloh hengget jer untuk makan sorang. neh pun jenuh nak habehkan. tahu sebab apa?? sebab sejam sebelum kami dah makan bihun soup dengan sizling mee kat food court tesco!
Air Tin maountain dew
pizza 4 potong aku tak hengat nama dia. mungkin chicken peperoni. 
garlic ring tuh
pizza tambah cis! eh, cheese. RM singget jerk! huhuhu

RM11.60#

Boleh la kan?? nak rasa! so sapa tak pernah rasa baik pergi cuba! sebab aku memang suka dominos lagi dari pizza. tak tau kenapa. entah2 dorang neh letak ubat pengasih tak? sebab tu aku asyik teringat2 jer. asyik dominos. dominos. heeeeeee.

selamat bersarapan!

kbai!


Monday, October 15, 2012

Segmen Miz Ruha | Lesen* ada pengalaman macam aku??



Huh! boleh di katakan suku daripada keja yang aku kena siapkan selesai! tetiba rasa macam nak joen pulak segmen miz ruha neh! pasal lesen mungkin aku ada cerita menarik nak dikongsikan. menarik tak menarik pun. dengan nada ugutan "baca!" :P

Ceritanya bermula macam ni........................................




Di satu pagi. angin sepoi2 tapi tak bahasa sangatlah. aku pun tergedik-gedik nak pergi test JPJ di Tg. Malim. Aku bermula dengan test bukit dulu. huh! aku memang konpiden untuk lulus neh. bukan sebab aku terer bawak kate tapi sebab  aku tak pernah lagi kuciwa kat bukit neh. aku pun duduk tunggu giliran. masa aku duk tunggu giliran tu, aku pun sibuk duk gelakkan kat orang yang tak lulus

*hahahaha kereta terundur balik
*heheheh ada ke nak masuk gear pun tak pandai
*keh2 org macam neh pun hado??

aku memang sengal dan tak baik. tapi aku gelak dalam hati ja. kalau aku gelak kuat2 mau orang yang gagal tu tampaq aku laju2.dah lah dia tak lulus adalak suara2 sumbang yang mengeji kewibawaan dia. heh. memang ramai yang gagal. aku sendiri pun tak pasti kenapa erk?? mengapa?? dan bila sampai turn aku~barulah kami semua ketahui kenapa semua orang gagal. agaknya laaa kot~ huhuhu

sekarang aku dah berada di atas bukit. tayar kate aku memang terbaik betoi2 kat garisan yang dia nak. Aku buh gear dengan semangat yang membara. tapi control2 jugak takut terlepas sampai ke negeri cina ja.
huhuhu. lepas tuh, aku nak mulakan penjalanan yang beberapa saat tu ja dengan penuh konpiden!
 
vrrrroommmmm!vroooooommm!!

eh? eh? apasal neh???


apasall???





















agak2 kenapa??















alamak!
 











kereta yang aku bawak tu berasap2. aku yang panic tak tau nak buat hape terus biarkan kereta terundur ke belakang. kalut2 aku keluar daripada kereta tu. rasa macam nak jerit. api!!! api!!! tapi?? mana ada api?? huhuhu. semua orang kalut2 lari jauhkan diri daripada aku. ingat aku pengebom berani mati ker??lepas tuh. dorang istiharkan kereta tu rosak dan masuk bengkel! huh! kejamnya dunia kepada aku??

abg JPJ yang tak berapa nak macho tu mintak aku sain sebagai tanda yang aku gagal! kunun2nya aku ler penyebab semua neh. padahal? aku yang suci murni neh tak tau hape! huhu

itulah kisah aku dengan lesen. pengalaman amek lesen bagi aku pengalaman yang paling menakutkan. sekarang aku dah ada lesen kereta hokei? dan lesen kereta aku tu berguna. bukan sekadar di pinggiran jer erk. aku pun dah ada lesen moto. tapi L jer aku takut nak amek P. Takut motor yang aku bawak tu meletop pulak. huhuhu

korunk pun macam aku ke???

kbai!
 
 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com