Saturday, August 28, 2010

Masih ada peluang dibidang kemahiran...



DI MANA KITA ? DAN KE MANA KITA SELEPAS SPM/STPM NANTI?

AKU ,DIA dan KAMU atau lebih tepat sudah tentu semuanya mengimpikan untuk untuk berjaya. Tapi kadangkala itu hanya sekadar impian. Impian di mulut tetapi begitu payah untuk dilaksanakan dengan tingkahlaku. Buktinya, kita selalu fikir begini :

●Relaks lah….exam lambat lagi
●Buat apa susah-susah inikan negara kita
●Tak kemana … aku kan bukan pandai sangat
●Ibu ayah kan masih ada …. Masih ada yang tanggung
●Masih muda …. Kita enjoy dulu …
●Soal masa depan ? … itu biasalah !!!!!
●Soal kerjaya … oh.. oh … kita bincang kemudian


dan setelah KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DI UMUMKAN...

kita sedih, kecewa, menyesal, malu melihat keputusan sendiri. tatkala rakan-rakan lain sibuk membeli barang untuk smbung belajar di UNIVERSITI kita sibuk mencari kerja. dan apabila terjumpa dengan rakan-rakan ini kita asyik melarikan diri. MALU. malu kalau di tanya belaja kat mana sekrang ni.

dan kita mulai terfikir bahawa

' aku memang telah ditakdirkan untuk tidak berjaya'
'Biarlah orang lain berjaya …. Kita pun macam ni jugak'
Aku ney dah memang bodoh...nak buat macam mana'

betulke mcam tu?

Mestikan kita kena MASUK U baru dikatakan BERJAYA ??sudah semestinya TIDAK. berjaya itu maksudnya subjektif. kita masih ada peluang untuk ke menara satu lagi yang tidak kurang hebatnya.

KEMANA???

YAP! kita masih ada peluang dalam bidang kemahiran. Negara kita ney banyak sangat institusi kemahiran dgn pelbagai bidang yang kita suka. tak percaya??

boleh tgk kat sebelah>>>>

jus klik! then tgk apa yang ditawarkan. semuanya ada distu. di sinilah peluang yang kita ada. Peluang untuk kita buktikan kita juga HEBAT. HEBAT dalam bidang kita sendiri.

Sunday, August 22, 2010

Pondan Tak Peduli

Assalamualaikum...

Bangun ajer tido, aku terus g on9, hajat di hati aku nak intai2 la apa yang menarik dalam paper hari ney..bukan apa..utk pengtahuan dan ilmu utk diri sendiri jer.aku pun klik laa my metro then dia pun kuar laa story mory utk hari ney..masa duk syok belek2 ntah kenapa aku tertarik ngan satu artikel ney.." pondan tak peduli "

hurm?? pondan tak peduli? tak peduli apa?? hati aku pun apa lagi meronta-ronta la nak baca. then aku pun baca ayat yang pertama di tulis macam ney..

KUALA LUMPUR: Tak kenal dosa. Itu perbuatan sebilangan pondan beragama Islam yang berpeleseran menjaja maruah mereka di Lorong Haji Taib, Chow Kit, yang sangat mengaibkan.



kalau kita baca ayat yang pertama pun kita dah tahu apa isi kandungan keseluruhan artikel kan? secara ringkasnya apa yang aku baca artikel ney cerita sal pondan2 yang jual diri dorang. Ada yang semurah RM 30 ..aku dah tak reti nak cakap.. kawan2 baca sendri laaa dalam artikel penuhnya..klik jer kat bawah ney


PoNdAn TAk pEdULi


tiba-tiba aku teringat kat sorang budak laki ney...budak sekolah aku dulu..sekarang dia dah masuk U. aku dengar byk cerita yang tak bapa nak baik tentang dia berkaitan dengan pondan ney la..apatah lagi bila aku pergi sekolah semua tanya aku kenapa dia jadi mcam tu?? aku tak tahu nak jawab..memang dulu dia agak rapat dengan aku..tapi sekarang dah tak lagi...

dorang cakap memang terjadi perubahan yang betul2 ketara kat diri dia. perubahan yang aku cakap ney dari segi make up, gaya jalan, rambut dll la yang sewaktu dengannya. Ya. memang aku ada nmpak. tapi aku sangkakan itu perkara biasa..pernah dulu aku nak amek dia jadi klien aku. aku nampak dia sangat2 la nak citer msalah. dia kata memang dia ada masalah pun sekarang ney..

masalah dengan abg angkat dia...

..masa tu aku tak ter pk lagi..
dan apa yang aku rasa bersalah sgtttt aku tak jadi amek dia sebagai klien sebab kekangan waktu dan masa...jadi aku tak tau apa msalah dia yang sebenar dan kenapa dia berubah??

salahkah aku??

kalau aku amek dia sebagai klien musti aku leh dapat tau kenapa dia jadi cam tu. hurm..terasa menyesal..dia yang dulunya aku kenal sebagai seorang lelaki yang sejati kini berubah..sejauh mana perubahan dia aku sendiri tak pasti..apa yang aku doakan semoga dia tidak jauh terlanjur seperti apa yang artikel hari ney tulis...

Apa definisi pondan yang sebenarnya?


Merupakan istilah yang merujuk bagi golongan lelaki transeksual iaitu orang-orang yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wanita. Golongan ini sering menggunakan istilah terperangkap dalam tubuh yang salah.

Ciri-ciri pondan

1) Kelakuan
-Percakapan yang lemah lembut seperti perempuan
-Terlalu senstitif
-Kerap ke tandas untuk menambahkan make up
-Cukup teliti dalam penjagaan wajah dan kulit

2) Kegiatan
-Bergerak dalam kumpulan yang sama
-Berkawan rapat dengan perempuan




3) Cara berpakaian
- Berpakaian menampakkan ciri keperempuanan
- Suka bersolek

Punca gejala pondan

1) Pengaruh media
2) Kurang didikan agama
3) Biologi
4)Pengaruh rakan sebaya
5) Tekanan sosial
6) Naluri yang berbeza dengan fizikal


Dalam dunia kaunseling yang aku belajar tidak ada sesiapa yang dapat mengubah diri kita melainkan jika kita sendiri yang ingin mengubahnya...jadi jika kita memang mempunyai niat untuk melakukan perubahan diri kita daripada yang tidak baik kepada yang baik teruskanlah dan untuk itu kita memerlukan kekuatan dan sokongan drpd yang lain.



Janganlah dihina dan dikeji golongan ini tetapi berilah mereka peluang untuk berubah. Ini akan membuatkan mereka lebih yakin untuk berubah kerana mereka tahu masih ada individu yang sudi menerima mereka seadanya. Inilah yang dikatakan penerimaan tanpa syarat.

Tuesday, August 17, 2010

hentikan gangguan seksual terhadap lelaki?


masa mula-mula aku tengok tajuk ney...kepala otak aku pun berfikir..." isk2 teruknya perempuan sekarang dah tak tahu malu..biasanya aku dengar yang wat gangguan seksual kebanyakkannya lelaki..ini perempuan pulakk??" aku cakap dalam hati aku mcm tu laa lebih kurang..

pastu bila aku bukak full pic dia..ahaks! huhuhu tak seperti yang aku sgkakan..gangguan seksual yang perempuan buat terhadap lelaki bermaksud dengan cara berpakaian tak senonoh tu laaa..huhuhu macam yang di tunjukkan dalam gambar di sebelah..
betul ker?? bila di fikirkan secara waras dan rasionalnya..hurm ada betulnya jugak..kan?

sebelum ini pun aku ada pengalaman gak laa..ntah aku nak kategorikan sebagai gangguan seksual ataupun bukan aku sendiri tak pasti..kisahnya bermula ketika aku bersekolah si sebuah sekolah agama yang berasrama yang perlu aku rahsiakan nama sekolahnya...ketika itu aku nak pergi bilik air..bilik air tu merangkap tempat pelajar asrama perempuan mandilah...aku pun berjalan sampai kat depan pintu bilik tu aku pun dengan selamba membukak pintu bilik air tu..

dannnnnn

alangkah terkejutnya akuu

bila aku bukak jer pintu bilik air aku mendapati ada seorang ustaz dalam bilik air tu. bilik air perempuan pulak tu! isk..aku terkejut tak tau nak cakap, aku pun nak terjerit tetapi tiba2 ustaz tu datang dekat aku n tutup mulut aku cepat2...aku memang panic masa tu...nak di jadikan cerita kwn aku yang tadinya tak nak g bilik air masa aku ajak tiba-tiba sampai..dan ustaz tu terus lepaskan aku dan keluar daripada bilik air tu..huhuhu kwn aku yang baru sampai tu terpinga2 . tak tahu apa...

tahu apa aku buat lepas tu??

aku pergi pejabat dan mintak borang untuk tukar sekolah kerajaan..huhuhuhu. buat apa tunggu lagi..so, rasa2nya tu gangguan seksual ke apa??? hurmm..

apa pendapat kwn2??

tiba-tiba aku terfikir nak tanya kat sapa definisi gangguan seksual ney. tiba2 aku terfikirkan seseorang! aku pun apalagi berjalan-jalan mencari en. google utk bertanyakan perihal ini kepada en. google walaupun sebenarnya aku dah belajar tentang gangguan seksual ini masa sem 2 dulu. kadang2 betul jugak kata PM ' melayu mudah lupa' huhuhu. aku cari en google dan tanya tentang gangguan seksual kepada pelajar sekolah dan IPT , so , encik google pun cakap bahawa...



Gangguan seksual boleh dibahagikan kepada bentuk ancaman dan persekitaran tidak selesa. Dalam konteks akademik sesuatu tingkah laku akan ditakrif sebagai ancaman atau ‘quid pro quo’ apabila ianya tidak diingini, berunsur seksual, dan dijadikan sebagai syarat untuk membuat keputusan ke atas status pengajian penuntut tersebut. Manakala persekitaran tidak selesa dalam konteks akademik membawa maksud tingkah laku dalam kuliah atau di kaki-kaki lima bilik kuliah ataupun di asrama yang menganggu gugat keupayaan penuntut itu untuk belajar.

punca...



Jika kita perhatikan pemakaian wanita, adalah ia menepati ciri-ciri yang di gariskan oleh syara' (Islam) sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31) dan juga : " Wahai anak Adam, Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian yang menutup kemaluan kamu dan ( Kami juga telah menurunkan ) pakaian perhiasan." ( Al-A'raaf : 26 )


Ayat-ayat diatas menerangkan bahawa menutup aurat itu bukan hanya rambut ataupun tubuh badan yang enampakkan kulit sahaja, tetapi ia memberi gambaran bawaha walaupun pakaian seseorang itu ditutup dengan pakaian tetapi jika pakaian itu ketat dan menampakkan lengkok tubuh dan dada, ini juga akan menjolokan mata si lelaki yang melihatnya serta menimbulkan syahwat.

Mungkin masalah pemakaian yang menjadi penyebab kepada banyak masalah seksual dikalangan wanita yang banyak menjadi mangsa rogol dan juga menjadkan gejala sosial dalam negara ini semakin teruk.

Selain itu penyalah gunaan media juga menjadi punca berlakunya masalah ini kerana media memainkan peranan sebagai penyebar segala meklumat yang positif dan negatif. Jika media memaparkan sesuatu program yang berunsurkan seks atau realiti-realiti tv daripada barat, ini akan mempengaruhi minda umat Islam yang dari asal didik dengan pemakaian cara Islam.

Penularan hiburan disamping masalah pergaulan masyarakat yang tidak ada batasnya lagi ditambah pula dengan penyebaran unsur-unsur seks oleh media ini akan menjadi peniruan anak-anak muda yang bersifat sentiasa inigin mencuba sesuatu yang baru asalkan ia menjadi "enjoy" kepada mereka.

Faktor-faktor yang dinyatakan diatas merupakan salah satu sebab mengapa masalah seksual yang melibatkan wanita tidak selesai biarpun pelbagai langkah diambil oleh pihak berwajib, tetapi jika ia tidak kembali kepada panduan Islam

Tuesday, August 10, 2010

assalamualaikum...

selamat berpuasa semua! aku doakan..semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran, ketabahan, dan keinsafan...amin..

Hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut :

“Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
·Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh”

Friday, August 6, 2010

Program Motivasi Diri Pelajar...

Banner ney kami wat sendiri tauuu...

Setelah beberapa minggu berhempas pulas untuk menjayakan program motivasi diri pelajar " meniti pelangi " di SMK Raja Chulan Ipoh akhirnya...semuanya selesai dan berjalan dengan baik. kami teramat bersyukur, bukan sahaja kerana dah selesai melaksanakan program tapi juga kerana akhirnya kami mendapat satu lagi pengalaman yang tidak ternilai untuk kami bawa ketika menjadi kaunselor di sekolah nanti.

SMK RAJA CHULAN memg best! kaunselornya, makcik kantinnya, pak guardnya bagi aku semuanya baik - baik dan ramah-ramah belaka. semuanya buatkan aku dan kawan-kawan yang lain rasa selesa bila kat sana. para pelajar pun sporting. semua best2. meh aku nak tnjuk sikit wajah2 pelajar yang best2 kat situ.


ney taim dorang senam robik lagu waka-waka... aku sendiri yang belajaq beberapa hari pun tak leh nak ingat step tapi bebudak ney la... isk..cepat pick up!


ney ice breaking 'wrote for me' hurm... ice breaking ney bagi kesedaran kat dorang ney kekuatan diri masing-masing...kadang2 kita tak sedar potensi yang ada dalam diri kita..dan kita perlukan kawan2 otk bgthu kita yang kita ada sesuatu yang tak der pada orang lain...dan itulah matlamat ice breaking ini...


haa... ney masa LDK siapa layak... masa ney byk konflik terjadi...semua nak selamatkaan watak masing2...tapi di akhir masa dorang semua sepakat untuk selamatkan ibu mengandung...mungkin sebab dah dapat celik akal...kalau tak buat keputusan dengan cepat, tak der sapa pun dapat di selamatkan. baguskan?? tak sia-sia kemahiran PAC yang diberikan...


ney lak masa nyanyi lagu tema ikut kumpulan.. dorang ney memang sporting abeh.huhuhu sejujurnyaa...aku naik sebak dgr dorang menyanyi dengan penuh semangat pastu berpegang antara satu sama lain tanpa disuruh..betul ckp EN. AZIZ..kalau semuanya dah masuk dalam jiwa mereka..kita tak payah suruh dan pksa semuanya akan terkeluar sendiri tanpa sedar...



ney lak aktiviti team bulding...angkat kusi ramai2 dalam kumpulan nampak senang tapi payah tauu..sebab bukan sahaja nak jaga benang yang keliling supaya tak putus tapii nak kena jaga belon yang kat ats supaya tak pecah...ketua pun kena main peranan...isk, kalau di ikutkan LDK ney memang mempunyai mesej yang tersirat...harap pelajar-pelajar ney faham apa yang kami cuba sampaikan melalui permainan ney...inilaha cara untuk kita analogikan dalam kehidupan seharian...yang byk dugaan cabaran dan halangan..



memang menguji ketahanan fizikal dan mental pelajar...juga komunikasi antara ketua dan anak-anak buahnya..


haaa..ini waktu majlis perasmian hehehe pengarah berama pengetua dan kaunselor SMK RAJA CHULAN


ini pulakk barisan fasilitator bersama kaunselor sekolah yang telah melaksanakan program ney..

nampak seronok kan?? hurm persoalannya...adakah kami semua meninggalkan bekas atau kesan yang mendalam kepada diri budak-budak ini? mampukah dalam masa 3 hari 2 malam kami mengubah seramai 100 orang pelajar ney menjadi pelajar yang bermotivasi??

ntah laahh itu aku tak pastii..tapi apa yang aku
nampakk masa sampaii tu jenuh warden asrama suruh dorang tolong kami angkat barang...tapii masa nak balikk??
iskk serius aku terharuu..tak payah suruh. tak payah paksa.
budak tu nampak jer kami angkat barang n kotak2 terus dia kata...

" kak meh saya bawak..."

huhuhuhu thanx...utk pelajar SMK raja chulan ...tima kaseh kerana sedarkan akak, tak der istilah pelajar jahat atau nakal dalam sekolah kalau kita faham apa yang dorang nak...

:)

walaupun tak semua yang berubah..aku percaya..pasti ada seorang dua yang terkesan dengan program ney..itupun sudah memadai untuk permulaan kerjaya kami sebagai bakal kaunselor

And

Time kaseh byk2 kepada
Encik Ab aziz b. Mohd Yatim ( Pensyarah )

yang byk bagi kami tnjuk ajar daaaannn...menigizinkan kami menggunakan modul beliau..iaitu Prodigy dalam program yang kami jalankan ini.

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com