Showing posts with label bila aku jadi CEKGU. Show all posts
Showing posts with label bila aku jadi CEKGU. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Baik VS Buruk Pelajar bwk HP ke sekolah



Baik

  • Boleh kol mak abah, nenek, tokwan, jiran dan pkwe/mkwe hari neh ada kelas tambahan jadi balik lambat sikit! Ini kelebihan bagi cikgu, tak der la budak nak bergesek2 pinjam HP kat cikgu dgn alasn nak gtw, kata balik lambat. Mklumlaaahhh PUBLIC PHONE skg neh pun dah jadi mcm PUBLIC FIGURE ramai yang nak g peluk cium sampai rosak kau...
  • Boleh guna waktu kecemasan. Cthnya, ketika pulang dri sekolah tetiba ternampak uncle cina tuh kena kejar dengan anjing dia. Taim tuh  leh kol sesapa jer yang  untuk mintak tolong selamatkan uncle tuh myb polis? bomba? kebajikan masyarakat? atau polis merin?? ikut suka hatiler yang penting misinya boleh selamatkan org. Mungkin jgk waktu diri sendiri dalam bhya boleh gunakan.
  • Boleh kol org yang dtg amek kita kat sekolah. Mungkin ayah, mak, orang gaji, kakak atau pak cik bus. biasalah kan? dorang kdg2 lmbat kdg2 yang paling teruk. LUPA! " hello. hello. bila kau nak dtg amek aku neh??? dah 3 hari aku tgu kat sekolah kau tak amek2 agi."
Buruk

  • Asyik mesej dengan pakwe kat sekolah tak henti2 dri masa pertama sampai masa last sekali " b, i syg u kewtat2, i cinta u sendat2 b, muah2x. cikgu neh mengajar tak hape2. suara slow. i tak leh masuk le b nak belaja" Pelajaran pun semakin merosot
  • Rehat jer kol pkwe yang duk kelas sebelah. " Jom rehat sesama! mama blnja papa yer??" sampai tak dengar loceng rehat dah bunyi " papa asal semua org bwk beg sekolah keluar?? eh! dah waktu balik laaaaaa" sibuk sangat bercinta. (kalau tak bwk HP pun dorg buat tapi ssh sikit nak cri bila bwk HP neh tau2 jer laaa)
  •  Mesej kat pkwe/mkwe masa perhimpunan " syg, u tau tak?? citer kita kena tangkap dengan PK. hem tu dah tersebar satu sekolah. jap tadi cikgu tuh suh i duk depan perhimpunan glmer ler i lepas neh! :P" tak hengat dah malu sebab apa saja leh mengadu kat pkwe/mkwe on da spot.
  • "Cikgu! hp sy kena curik, saya rasa minah yang curik sebab dia memang dengki dengan saya! kalau bukan minah peah! haaa sebab dia tuduh saya rampas boypren dia cikgu!" masalah hilang HP menjadi2 dan cikgu di sekolah akan menangani kes kecurian sehingga cikgu sendiri keliru.  aku neh cikgu ke? polis??
  • "Jap2 cikgu, jap saya nak amek gambar kenang kenangan dengan leman neh! 5 min cikgu pastu sambung mengajar!" nak bergambar bagai~ mcm leman tuh lepas neh berenti sekolah tak jumpa dah. guna hape?? guna kamera HP.
  • "aku mls ler nak blaja skg neh, tak der mood. aku tidur! tapi aku rakam jer laa apa yang cikgu ajar neh kan senang???" hengat lepas tuh  nak bukak balik apa yang dirakam dalam kelas?? heh!


p/s : Tak semua pelajar mcm tuh. ada yang betul2 menggunakan untuk jalan kebaikan tapi sungguh aku kata, boleh kira dengan jari yang nak guna untuk kebaikan neh. Aku cakap berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku sendiri sbg cikgu kaunseling kat sekolah menengah. cukuplah masalah displin yang ada jangan di tambahkan lagi. juz pndangan. semua perkara ada pro dan kontranya :)
untuk baca lagi tentang 
pelajar boleh bawak hp ke sekolah
boleh ke blog

&

sEKIAN!

Friday, August 19, 2011

merepek kat tapak perhimpunan~ giler nebes!

aku bukan nak cakap per la wey , dulu masa aku jadi anak murid~ aku nebes sebab aku takut kalau kena cakap depan phimpunannn aku pelik sgt napalaahhh cikgu2 tak nebes pun..relex jer?? yer ker?? ha! meh siini aku nak bocorkan rahsiaaanyaa!!
actlyyy cikgu lagi takut nak cakap kat depan daripada anak murid tau tak! buktinya~
student if cakap merapu or merepek pun tak apa...org semua tahu~ itu memang tahap dye utk mencarut meraban segala~ normal laa dak kecik kan! tapi kalau cikgu?? tak kan nak meerepek?
tak kan nak mencarut? tak kan nak cakap tanpa ada mesej ?? tak kan! soooo..cikgu lebih nebes erkkk byk nak kena pk tuk bagi input kat dak2 ney~ banyak yang nak kena kaji sebelum mulut meluarkan kata2~ banyak~~ dan banyak~~aku lah salah seorng cikgu tue. dahlah cikgu kaunseling weyy..adoyaiii rasa cam nak tukar propesen p jadi makcik kantin ke~ tak payah pk byk2 nak cakap kena ada mesej tak!! gtw nasik bapa hinggit jer dah!

Sunday, March 27, 2011

aku dan internship kaunseling~




terbayang2 sekolah...


9 mei 2011 semakin hampir ...
hari2 yang tinggal ini semakin mendebar dada aku ney
rasa macam nak pecah pun ada...
nak meletop pun ada memikirkan praktikum yang hampir tiba..

antara prkara2 yang aku duk pk2 :

1) masa mula2 nak masuk sekolah tu nak p mna dulu? nak jumpa pak guard dulu ka? bilik guru ka? pgtua ka? mcm mana?
2) kalau aku p blik pgtua then pgtua tak dak? org2 ats semua tak dak? aku nak lapor diri kat sapa?
3) masa nak lapor diri aku nak ckp apa? nk wat mcm mana? nak sntiasa angguk ka? sntiasa snyum ka? atau sntiasa brckap??
4) bila semua dah stle aku kena g beramah tamah dgn smua cikgu ka? kena p pusing satu bilik guru sambil angkat tgn dan snyum. dan berkata " saya cikgu prkatikum baru kat sini" hehehe
5) pastu2 dgn budak2 mcm mana plak? kalau terpksa gnti kelas aku nak kena wat apa? nak kena ajar bm ka? nak wat ice breaking " okayyy semua murid bekumpul ikut bil adk brdik msig" tak kan laa kot? huhuhu
6) nt dalam bilik kaunseling semua dah penuh aku nak wat keja dan laporan kat mana erk?? kat meja depan? hurm kat lantai atau kat mana?
7) kalau g kantin nanti macam mana? rasa segan plak bila nak makan sama2 ckgu kat sana yer laaa tak stndart aku nak cikgu pelatih ajer...huhuhu
8) mcm mana nak handle cikgu yang berlagak2 ney jumpak pun tak mo senyum patutke aku tak snyum balik? ataupun aku kena wat2 hipokirt aku amek ati dye??
9) mcm mana kalau memg betul aku tak dak klien?? tak dak sapa nak jadi klien aku? huhuhu
10) pakaian plak? aku nak pakai mcm mana ney??


huhuhuhuhu termimpi2 dahhh...laluan2 yang akan dilalui..

huhu memg banyak persoalan yang jadi persoalannya dan hanya akan terjwb bulan lima nanti..kadang2 rasa macam tak sbq nak wat semua tu nak jadi cikgu tapi kdg2 nebes sebab yer laaa kurang persediaan dan macam2 lagi laaa kuranggg..huhuhuhuhu

Friday, August 6, 2010

Program Motivasi Diri Pelajar...

Banner ney kami wat sendiri tauuu...

Setelah beberapa minggu berhempas pulas untuk menjayakan program motivasi diri pelajar " meniti pelangi " di SMK Raja Chulan Ipoh akhirnya...semuanya selesai dan berjalan dengan baik. kami teramat bersyukur, bukan sahaja kerana dah selesai melaksanakan program tapi juga kerana akhirnya kami mendapat satu lagi pengalaman yang tidak ternilai untuk kami bawa ketika menjadi kaunselor di sekolah nanti.

SMK RAJA CHULAN memg best! kaunselornya, makcik kantinnya, pak guardnya bagi aku semuanya baik - baik dan ramah-ramah belaka. semuanya buatkan aku dan kawan-kawan yang lain rasa selesa bila kat sana. para pelajar pun sporting. semua best2. meh aku nak tnjuk sikit wajah2 pelajar yang best2 kat situ.


ney taim dorang senam robik lagu waka-waka... aku sendiri yang belajaq beberapa hari pun tak leh nak ingat step tapi bebudak ney la... isk..cepat pick up!


ney ice breaking 'wrote for me' hurm... ice breaking ney bagi kesedaran kat dorang ney kekuatan diri masing-masing...kadang2 kita tak sedar potensi yang ada dalam diri kita..dan kita perlukan kawan2 otk bgthu kita yang kita ada sesuatu yang tak der pada orang lain...dan itulah matlamat ice breaking ini...


haa... ney masa LDK siapa layak... masa ney byk konflik terjadi...semua nak selamatkaan watak masing2...tapi di akhir masa dorang semua sepakat untuk selamatkan ibu mengandung...mungkin sebab dah dapat celik akal...kalau tak buat keputusan dengan cepat, tak der sapa pun dapat di selamatkan. baguskan?? tak sia-sia kemahiran PAC yang diberikan...


ney lak masa nyanyi lagu tema ikut kumpulan.. dorang ney memang sporting abeh.huhuhu sejujurnyaa...aku naik sebak dgr dorang menyanyi dengan penuh semangat pastu berpegang antara satu sama lain tanpa disuruh..betul ckp EN. AZIZ..kalau semuanya dah masuk dalam jiwa mereka..kita tak payah suruh dan pksa semuanya akan terkeluar sendiri tanpa sedar...



ney lak aktiviti team bulding...angkat kusi ramai2 dalam kumpulan nampak senang tapi payah tauu..sebab bukan sahaja nak jaga benang yang keliling supaya tak putus tapii nak kena jaga belon yang kat ats supaya tak pecah...ketua pun kena main peranan...isk, kalau di ikutkan LDK ney memang mempunyai mesej yang tersirat...harap pelajar-pelajar ney faham apa yang kami cuba sampaikan melalui permainan ney...inilaha cara untuk kita analogikan dalam kehidupan seharian...yang byk dugaan cabaran dan halangan..



memang menguji ketahanan fizikal dan mental pelajar...juga komunikasi antara ketua dan anak-anak buahnya..


haaa..ini waktu majlis perasmian hehehe pengarah berama pengetua dan kaunselor SMK RAJA CHULAN


ini pulakk barisan fasilitator bersama kaunselor sekolah yang telah melaksanakan program ney..

nampak seronok kan?? hurm persoalannya...adakah kami semua meninggalkan bekas atau kesan yang mendalam kepada diri budak-budak ini? mampukah dalam masa 3 hari 2 malam kami mengubah seramai 100 orang pelajar ney menjadi pelajar yang bermotivasi??

ntah laahh itu aku tak pastii..tapi apa yang aku
nampakk masa sampaii tu jenuh warden asrama suruh dorang tolong kami angkat barang...tapii masa nak balikk??
iskk serius aku terharuu..tak payah suruh. tak payah paksa.
budak tu nampak jer kami angkat barang n kotak2 terus dia kata...

" kak meh saya bawak..."

huhuhuhu thanx...utk pelajar SMK raja chulan ...tima kaseh kerana sedarkan akak, tak der istilah pelajar jahat atau nakal dalam sekolah kalau kita faham apa yang dorang nak...

:)

walaupun tak semua yang berubah..aku percaya..pasti ada seorang dua yang terkesan dengan program ney..itupun sudah memadai untuk permulaan kerjaya kami sebagai bakal kaunselor

And

Time kaseh byk2 kepada
Encik Ab aziz b. Mohd Yatim ( Pensyarah )

yang byk bagi kami tnjuk ajar daaaannn...menigizinkan kami menggunakan modul beliau..iaitu Prodigy dalam program yang kami jalankan ini.

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com