Tuesday, November 19, 2013

akan aku Review blog pengomen yang ke 300 & 303



Haaaa nampak??? di saat ini ada 297 comments awating yang aku tak aprove2 sejak lama dulu. kenapa?? bukan sebab komen dorang neh berunsur 18 sx, 18 sg pun bukan. tapi sebab aku busy. jadi aku sengaja tak aprove untuk memudahkan aku tahu sapa yang datang komen kat blog aku tapi aku tak p komen lagi ke blog dia. ha! tengok?? betapa hati aku mulia ?? 

Jadi, disebabkan oleh kerana aku pun memang tak tahu nk buat apa kan?? Okje pulak cakap suruh aku buat entry bebanyak kan?? jadi aku pun rasa better aku buat entry untuk review blog orang lain...hikhikhik. dan pemilihan dia cara macam tuh laaaa...okay tak??? sesapa yang nak aku review blog dia boleh komen kat mana2 jerk entry aku yang penting korunk adalah pengomen yang ke 300 dan 303. hehehe. 

maknanya, aku akan review dua buah blog! dah lama tak buat keja neh. hihihih
kalau korunk rasa dah lama blog tak di review dan nak di review, so komen laaa kat entry2 lain jugak
kot2 kena nombor tuh hihihi dah macam nombor ekoq pulak huhuhu

hilang di VILLA NABILA jumpa di Flat Desa Mutiara


Aku neh sebenarnya ada perasaan ingin tahu yang berlebih2. apatah lagi kalau bab cerita2 mistik dan seram neh. walau aku neh penakut, tapi aku gagah juga nak tau pasal cerita2 neh. al-maklumlaaa orang KEPO kan. asyik nak jaga tepi kain orang lain. eh?? huhuhu




pepagi buta aku bukak blog tengok kat dashboard. ada berita kata budak neh dah jumpa weh! semalam beria keluar berita. jenuh mencari budak neh kat keliling VILLA tuh last2 jumpa kat Flat pulak. huhuhu. 



katanya...budak neh bersama kawan2 dia pergi tengok wayang citer highland tower tu, then last2 dorang pun nak buat macam dalam citer tu jugakkk...so p laaa masuk Villa tu reramai. jumlah?? tak pasti...

berita lanjut kat sini

klik sini

salah siapa semua ini??
adakah...
remaja tue??
sebab sesuka suki nak hilangkan diri cam chipsmore??

ibu bapa??
sebab tak tanya lebih detail anak nak pergi mana?? balik ke tak?? nak pergi berapa hari?? eh? huhu

cikgu??
sebab tak pesan awal2 sebelum cuti sekolah. jangan merayau dan susahkan orang lain??

atau Villa Nabila???

isk...tak perlu menuding jari kepada sesiapa yang penting budak tu dah dijumpai dalam keadaan selamat.



Monday, November 18, 2013

Aku tersepit antara dua orang yang amat aku sayang...


Tersepit...

bukan tersepit celah batu, celah tangga atau celah2 yang tak sepatutnya. eh?? huhu
tersepit di antara mak dan suami...

nak tau ceritanya??
macam neh...

seperti semua orang tahu, eh yeke?? hurmmm okay laaa aku tukar ayat. seperti beberapa org tahu aku dengan suami PJJ. PJJ maksudnya mcm sorang kat landon sorang lagi kat india laaa. yang india dia. landon aku. huhuhuhu. dan sekarang adalah CUTI SEKOLAH. maknanya aku pun cuti jugak laaa. walau pun dia tak pernah sebut secara direct ajak aku stay dengan dia masa cuti neh...tapi kekadang terlepas jugak yang dia nak aku ada dengan dia kat sana... contohnya, dia selalu cakap teringin sangat nak tengok perut aku membesar depan mata dia, aku faham..aku sedar..aku tahu...tanggungjawab aku adalah di sana...hurmmm tapi ada satu yang memberatkan aku...

mak...
mak aku baru lepas operate buang rahim dan ovari. tak baru sangatlahhh. lebih kurang 3 bulan yang lepas. melihat kpd keadaan dia sekarang. semuanya okay. dah boleh berjalan. dah boleh keluar. dah boleh shoping lagi walaupun kena jalan pelan2 laaa. tak boleh nak lasak sangat macam dulu lagi. ayah aku neh pengawal keselamatan. jadi kadang2 tu ada jugak terkena shif malam. mak aku pulak jenis yang takut duduk umah sorang2 kalau malam. masa aku belajar dulu. 4 tahun mak aku ikut abah aku p kerja malam. maknanya dia memang kena ada yang teman bila malam. aku pulak anak tunggal.

setakat neh, hubby aku memang laaa tak cakap apa2 secara serius tentang perkara neh...
aku tahu dia cuba memahami situasi aku, tapi hati aku tetap tak sedap...
sampai bila dia akan memahami???

dia ada juga cuba iktiar pindah dan kerja di sini,
tapi setakat neh, belum ada lagi kerja sesuai yang dijumpa. aku sendiri nampak usaha dia. utk aku pindah sana? aku rasa bila2 masa aku boleh mohon tukar. tapi...mak macam mana?? memanglah abah masih ada...tapi...aduhai susah nak cakap...

mcm mana ya??
berbincang?? bukan tak pernah aku berbincang dengan mak. mak cakap, balik laa KL waktu abah aku keja siang. jadi malam abah aku ada rumah. tapi abah kerja siang tak menentu. kadang2 hari isnin sampai rabu. hari tu pulak hari hubby aku neh kerja. sapa pulak nak datang amek? pastu nak anta aku balik perak pulak?? hubby aku dah memang takkan bagi aku balik KL drive sendiri sekang neh. hurmmm...

jadi keputusan dia. tak palahhh tak payah datang...biar dia jerk yang datang sini. tapi aku rasa ralat sangat. sebab sekang neh CUTI SEKOLAH. aku boleh ada dengan dia pada hari2 biasa. laksanakan tanggungjawab aku. tapi...aduhaiii payah...susah...

Syurga di bawah tapak kaki suami, tapi mak pernah membesarkan aku selama 25 tahun neh, walau tak pernah mengandungkan aku tapi jasa dia terlalu besar...

macam mana ya??? hurmmmm

 

s
 

Sunday, November 17, 2013

siapa semakin bulat dan berlemak???


Semakin bulat dan berlemak.

siapa?? tak kan toke jamu kat sebelah umah mak tiri kau pulak?? huhuhu tentu laaaa aku neh...
rutin harian aku adalah makan. tiap2 pagi, bangun tido tak sempat mandi lagi aku memang kena melantak tak hengat. bukan sebab lapa sangat. tapi pepangi sapie tue aku memang kena makan. kalau tak alamatnya aku muntah berjam2 laaa kat dalam bilik air.

okay. lepas jerk tempoh muntah aku dah habeh. aku dah start lapo balik. kira dalam pukul 9 pagi tuh aku dah kelaparan tahap tak makan seminggu dah. masa tuh aku makan lagi, tapi tak der laaa dalam kuantiti yang banyak. sikit jerk tapi memang aku kena makan laaa. 

lepas sejam pastu. aku lapo lagi...gila kan??aku rasa aku dh dapat sawan lapar neh...nak kata sebab baby dalam perut neh tak jugak kot. aku rasa lebih kepada nafsu kebulur aku neh jerk yang lebih2. huhuhu. dan oleh sebab tuh laaaa baru 3 bulan lebih aku dah kena minum air gula. sbb??? berat baik 1.8 kg dalam sebulan. huwaaaaaaa~~~

sekang aku dah 4 bulan. aku selalu cakap kat hubby aku. 

" i pun tak sure perut i neh buncit sebab baby ke sebab makan banyak sangat" 

hahahahaha

ada soalan cepumas yang selalu hubby aku tanya, yang buatkan aku rasa macam nak 
macam nakkk nangissssss jerkkkk!!!
huhuhuhu

"yunkkk ...u dah brapa bulan???"

huh! hampeh betullll tahu laaa PJJ tapi hari2 kot dah bgitawwwwwwwww. hish!


bila aku ada masalah...




 

hahahahahhahha

jom karok?????


 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com