Saturday, November 17, 2012

matang bukan pada umur~


 

Hari neh, tetiba saja aku terpanggil untuk menulis tentang isu kematangan. skema pulak aku rasa pendahuluan aku neh. hukhukhuk. pepagi buta tadi aku bangun. aku terus tengok TV. teruk kan?? anak dara lain sibuk jadi bibik basuh lampin, basuh rumah, basuh peti ais. aku?? sibuk jadi madam goyang kaki tengok TV. besalaaaa. huhuhu. aku tertarik dengan kata-kata hilal asraf bahawa 'matang itu bukan pada umur'. aku setuju sangat2 !!

Yup! pendapat aku sama dengan pendapat dia. tak semestinya umur 40 tu dah cukup matang dan umur 20 tu tak matang lagi. semuanya terpulang kepada individu tu sendiri macam mana dia membentuk diri dia untuk jadi matang dan lebih matang tak kisahlah umur kau berapa tahun sekalipun. apa yang mematangkan diri aku?? pada aku pengalaman. pengalaman banyak mengajar dan mendidik diri aku jadi lebih matang. tak kisah lah pengalaman sendiri ker, pengalaman orang ke, pengalaman dalam membaca ke. apa2 saja. 

Jangan menilai orang daripada luar. kau nampak dia terlompat2, gelak macam raksasa jahat, bawak teddy ke sana-sini. kau cakap dia tak matang. entah2 bila dia bersuara meluahkan pendapat atau pandangan. mak datuk! kalah sapok biki. hehe sapok biki jugak yang kena. hukhukhuk. macam aku sendiri, kadang2 aku pun terfikir, aku neh terjerit sana-terjerit sini, lompat sana lompat sini. kejar kucing aku yang tak bersalah waktu boring2, asyik suruh abah aku beli jajan. dah macam kanak-kanak riang yang terencat pulak. 

tapiiiiiiiii bila org mintak pendapat, boleh ler jugak aku bagi sikit2 walaupun tak brapa nak bernas. hihihi. boleh ler nak tolong2 kwn. ikut situasi ler, bilamana situasi memerlukan aku untuk menjadi matang, ya, aku akan jadi matang, bila mana situasi memerlukan aku utuk bertingkah laku macam kanak-kanak riang. huh! mcm tu ler jadinya. tak der laaa hidup aku nehhh seriuss memanjang~ bosan! kadang2 aku tingin gak nak jadi budak2 balik, kanak2 tingin lak nak jadi makcik2. ikut suka suki aku ler. huhuhu

 

- di atas adalah pendapat aku sahaja. tak semestinya betul dan tak semestinya salah. setiap orang ada pendapat masing2 tentang isu matang neh. jom kongsi dengan aku kat komen!-

apa pendapat korunk tentang matang???? 

Thursday, November 15, 2012

hadapi dengan senyuman! :)


"senyumlaaaaa, senyumlaaaaa ahai! cek mek molek~"

huhuhuhu. dah ler lama hilang. tak hapdate2 blog, lepas tu hapdate blog dengan menyumbangkan suara yang merdu pulak. hikhikhik. mohon cemburu dengan suara aku. :P  
sekarang neh, aku ada dekat rumahku syura ku, eh? syurgaku okeh! aku balik cuti seminggu. menyibuk jer kan? orang lain nak raya aku pun kalut nak raya. uhuhhuhu. biasalahhh kita kan 1 malaysia! ewaaaaah~ 

Dah lama aku balik, tapi banyak pulak urusan-urusan negara yang aku nak kena selesaikan. isnin tadi aku p hospital taiping bawak abah aku. sakit mata. kenapa?? ada binatang langgar lari dia punya mata. huh! kesian kat abah aku sampai kena p hospital punya teruk accident tuh.  korunk tahu?? tiga kaki binatang tuh ada dalam mata abah aku. kesian abah! tapi tak per, sekang neh dah oke sikit. mata abah dah tak berair lagi!

Lepas neh, 22 hb mak aku pulak kena p hospital taiping sebab ovari bengkak. tapi melalui apa yang aku baca dari tulisan doktor yang sangat cntek tuh. mak aku mcm tak der apa2 cuma nak buat kepastian jerk. haish! semuanya buat aku risau. apa lagi masa tuh aku dah ada balik kat subang jaya. ermmm plzzz kawan2 doakan mak dan abah aku sihat2 hendaknya. amin!

Okeh, kalau korunk nak tahu, lepas jerk aku habeh kursus BI aku neh, aku dah kena terus terbang ke terengganu untuk kursus KAUNSELOR BERDAFTAR pulak. hukhkhuk. kene amek lesen ler pulak. huhuhu. tak boleh ler nak buat sesi kaunseling tepi2 jamban umah aku. huhuhu. asal bizi sangat aku neh?? sampai nak mandi pun tak sempat dah. huhuhu

tak per suriani! apa2 pun yang jadi

 

Doakan mak dan abah aku!!!! 
 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com