Saturday, October 6, 2012

Aku, Mak Long Ya @ Mak Su Ya??


pinjam mak tiri google
Im back!!! huhuhu mana aku pergi?? dangdut?? disko?? ke...kawen????Eh! hahahaha. no. no. no! aku pergi menyibukkan diri. tak kemana-mana pun.ada ja dalam bilik puaka rumah aku  neh. huh. jgn silap paham ya. aku di bumi. jarang-jarangdah aku balik pluto lepas dah banjir hari tue. huhuhuhu. eh, apa aku merepek neh? huh!Ekceli, tak sangka ada orang rindu aku. i miz u to sis! ewah~ hihihihi. *mohon orang tue terasa :P
sori semua. tak sempat nak singgah. sangat busy. tak tipu!

 Hari neh aku nak cerita pasal pangkat nama. apa tue?? alaahhh yang mak long, mak su, mak tam, mak kau. eh, bukan. huhuhu. aku ada sepupu. sepupu aku ada anak. then anak-anak dia tu kiranya pangkat anak sedara pupu aku laaa kan?? faham tak? tak? huhuhu. buat2 jer laa faham. di sebabkan oleh kerana akuadalah anak tunggal. jadi aku bajet boleh pilih pangkat mana yang aku nak. jadi aku amek maksu! nampak muda! sesuai dengan aku yang muda belia neh. *mude sangat weh~ huhuhu

tapi mak bapak dorang yang merangkap sepupu sepapan aku yang jeles dengan kemudaan aku neh
suruh anak-anak dorang panggil aku mak long YA! YA tu nama panggilan aku di rumah. then aku cakap kat dorang cenggini. " kol me mak su YA oke?, no excuse!"waaaa~ very da meletop letop bahasa omputeh aku neh. huhuhu. so, dorang pun ikut cakap aku, tapi mak bapak dorang tue asyik bahasakan aku 

"haaa pergi laaa kat mak long ya tue"
"ha. duduk diam2 dengan mak long ya"

sebabkan mak dorang ajar macam lain. aku ajar macam lain. dorang pun kompius!
last2 tentulahhhh mak bapak dorang menanggggggggggg!!!! dan nama mak long ya akan
kekal sampai ke hari tua aku! huh!

arghhhhhhhhhhh stresssss. aku tak suka nama mak long YA!! "mak" tue dah macam emas dah. tambah lak dengan "long" kat belakang tuh! terus nampak cam warga emas!.uhuhuhu.
macam mana neh?? macam mana aku nak jernihkan keadaan neh??
huhuhu

Korunk lak pangkat apa???? huhuhuhu


Thursday, October 4, 2012

Hitam-hitam si buah manggis~hah??


Tajuk apa neh?? kui2.
Aku rasa entry neh aku tak payah nak bebel byk sgt kot. kalau aku bebel
tak jadi cam tema dalam gambar neh. dah jadi macam citer hantu kapcai lak
so, silent is better dalam entry  neh. juz layan~
stesen keretapi lama. stesen neh dah tak guna dah. kalau korunk tengok tempat dia. huh!
taman tasik taiping. tapi tempat neh macam seram sikit. sesuai dengan muka kami yang macam puaka. eh?
landasan keretapi lama tapi landasan dia dah tak der. bekas jer.  jadi tak der keretapi yang lalu dah. so, jgn risau tak dok sapa nak lenyek. huh. kalau ado pun tak kan tak nampak depa berdua neh?? besaq neh. dari jauh dah nampak neh. :P
bergabungggggggggggggg~ ewah2 hengat neh dragon ball?? nak bergabung segala?? motip?? tunjuk kuku! huhuhuhu. aku kat sebelah tu sekadar dipinggiran
layan ja~ tapi kami bukan black metal erk. huhuhu. kami budak mental. huhuhuhu




Tiga " N" -nazirah, nur alwani, nursuriani. uhuk! dua org blom berpunya lagi. eh?? huhuhuhu
uiiiiiiiiiiiiiii. aku tak tau nak tulis hape. huh!aku rasa aku paling cun. boleh tulis cmtuh? :P
phewittttttttttttt. apa kes? dah lari tema aku rasa aku neh.
Suluh jangan tak suluh! baru ada 'nur' kat muka. huhuhu! petik toclite 'siah Nur adila'

 Amacam?? mengancam tak??? hihihihihi ke tak cam??? huhuhuhu

  Gambar di edit : syafiq & alwani

-gambar tak dok kene mengena antara yang hidup dengan yang mati-
-sekadar suka & suki untuk kepuasaan sendiri-
Tidak bertanggungjawab di atas segala serangan parkinson, kencing manis, mahupun apendiks selepas melihat gambaq neh-

Aku Pelik...hurm...


 Semalam atas urusan kerja aku dan kawan aku ke pulau pinang. 
kami naik motor. brooommm. brooommm. eh, mcm tu ka bunyi motor??? hentam sajalah.
weeeeeeeeeee. sambil  tu kami bernyanyi2 kat atas motor untuk hiburkan hati sendiri.

"kami guru malaysiaaaaaa, berikrar dan berjanji........."

eh? apakah?? salah lirik neh. huhuhu. 
memang cerialaaaa kami macam neh
mohon tukar bulan dengan matahari. maklumlah pic pinjam atok google
v
v
v
 

tapi bila masuk jer highway~
aku mula pelik. semua orang pandang kami.
ada yang ponnnnnnnnnnnnnnn! ponnnnnnnnnn!! ada yang pheeewitttttttttttttttttt!!
dan ada jugak lori ikut kami. dia tak potong. dia jalan pelan jaaaa ikut kot tepi.
aku semakin pelik! then ada pulak mamat2 askar lalu. tetiba dorang bersorak bila nampak kami.
eh, apasal neh????

aku terlebih seksi ker??? t.shirt lengan panjang. seluar slack. siap pakai stokin lagi
dah menutup aurat neh aku rasa. muahhhheehehehe. aku dengan kawan aku pun fikir. kenapa??
kenapa??? tetiba aku cakap kat kawan aku.

berentiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!! stop!!!
aku nak tengok cermin jappppppppppppp
muka aku dah bertukar jadi lisa surihani ke???????
:P

hehehehe rasa2 kenapa dorang semua tgok kami???

Wednesday, October 3, 2012

aku ingatkan...tapi rupa2 nya???


 

Aku start blogging neh pada bulan 3 tahun 2009. Dah lama kan??tapi aku baru start aktif menjadi blogger sejati pada bulan 5@6 tahun 2012. sejati ler kunun! ekceli, banyak benda yang sebelum neh aku tak tau, tapi sekarang aku dah tau dan ada jugak yang aku tak tau sampai sekarang. hukhukhukhuk. kebanyakkan yang aku tak tau adalah perkataan-perkataan dalam dunia blogging neh. contoh:

Dulu selalu orang tinggalkan pesanan kat cbox aku " BW here" kadang-kadang " BW sini "eh, sama la kan? huhuhu. korunk tahu aku jenuh fikir neh jenis kereta apa?? aku cuba translate sendiri. dalam kepala batu aku neh duk fikir  "bw" neh mesti singkatan daripada perkataan "bawa" tapi kalau betul la kan, kenapa dorang duk sebut "bawa sini"???? bawak apa??? cekodok?? teh ais?? arghhhhhhhhh tak faham!! lama2 baru aku tau " bw" tu singkatan daripada perkataan blogwalking! dan blogwalking tu maknanya berjalan2 atau singgah ke blog rakan-rakan. hahaha. ngek! terasa bengap susu pulak aku neh. huhuhuhu.

Kemudian aku ternampak perkataan tutorial kat beberapa blog. dalam hati aku kata "hebat!kecik2 lagi dah boleh mengajar neh" hurm..tahu kenapa aku kata cam tuh?? sebab aku mati-mati duk hengat dorang neh semua mengajar pasal benda-benda pelajaran! dasar pendidikan kebangsaan?? perlembagaan malaysia??? hukum kanun melaka?? hahahha. hadoiiiiiiiii. lama2 baru aku tau tutorial tuh mengajar tentang dunia blog. segalanya tentang blog!!! huh! pengsan cekgu aku kalau tengok tahap iq aku yang begitu rendah neh. hukhukhuk

Then aku sibuk lak dengan nufnang. aku tengok blog orang lain semua ada nufnang. aku tak dok? kenapa? aku nak jugak! aku nak sama macam dorang yang lain. then aku godek2 aku tekan sana sini. aku nak daftar nufnang! tapi weh, sampai sekang aku tak berapa nak tau. nufnang tu hape?? even aku baca pasal nufnang neh dah lapanplohlapan kali weh! huhuhuhu. ada kepentingan ke??? huhu. tapi sebab orang lain tampai. aku nak tampai jugak!weeeeeee

Perkataan lain aku tak berapa nak tau jugak doodles. apakah?? dodol?? kueh yang orang selalu makan masa raya tuh erk?? ke hape?? huh! doodles tu kartun comey2 kat atas tu erk??? hahaha. lepas tue aku fikir lagi, kenapa dorang selalu kata amiklah doodles saya tu kalau nak?? tempek ler banner saya kat blog awak saya tempek banner saya balik. huwaaaaaaaa. sumpah aku tak tau!!! sengal laaaa weh. teraasa diri aku neh macam budak tadika!!

Huhuhuhu. ada sesiapa nak jadi cekgu aku nak ajar tentang perkataan2 neh?? atau ada sesiapa yang macam aku jugak??? hihihihihihi

Tuesday, October 2, 2012

aku cinta padamu! heee. aku yang buat aku yang geli~



Buat seketika ku tutup pintu hati
Buat seketika aku tidak merasa cinta sejati
dan akhirnya hari ini aku jatuh cinta..
buat sekian kali..
dia…
lelaki yang pada mulanya ku anggap hanya sebagai teman
lelaki yang pada mulanya hanya ku fikir untuk di permainkan
hadir..
membuka pintu hatiku
menyentuh luka2 di hatiku..lalu
memberi penawar dengan kehangatanya cintanya yang tiada tandingannya
dari saat itu aku mula menyedari
aku sudah punya penawar untuk luka2 yang masih berbekas
dari kesan cinta lalu itu..
akhirnya…
ku serahkan sepenuh hatiku
sepenuh kasih sayangku..
buat dirinya..

Amacam?? rasa2 aku boleh ganti A.samad said tak?? usman awang?? tak pun shila hamzah??? kalau aku ganti shila hamzah bukan asian wave tuh. tsunami wave yang akan melanda. huhuhu. keh2 tak dok kena mengena. huhuhuh. Aku buat sendiri syair neh. tak dok cilok kat mana2. ohhh, jadi seharian aku tak hupdate neh laaa yang aku duk buat??? syair kunun! huhuhu. apo komen uolsss yang cantik & kacak??? huhuhu. kalau okay aku nak p antaq kat majalah mangga neh. weeeeee tak pun tanyalah ustaz??? kih2. okje, kalau buat syair jaa tak payah masak boleh kawen tak??? heeeeeee *larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Sunday, September 30, 2012

Jom Berkenalan Weh???

Semalam, masa aku tengah duduk termenung kat tepi bendang sambil tengok ikan kekel mak iloi2. ikan gelama mak ilai2. huh! sempat lagi aku terfikir. rapat dah rapat dah. mesra dah mesra dah. tapi tak brapa nak kenal. ha. macam mana tu erk?? Contohnya dalam blogging neh laaa. kita tahu nama jer. yang lain kita tak tahu. berapakah umur beliau?? berapa banyak suami yang beliau ada? eh, pulak. contoh ler kan. beliau lelaki, perempuan atau sebaliknya?? huhuhuhu. korunk pun mesti teringin nak tahu tentang aku kan??? berapa banyak tapir yang aku bela?? berapa kali aku mandi seminggu?? pelik aku tahap mana sekang neh?? kan?? huh! jom berkenalan???aku perkenalkan diri dulu then korunk lak kat komen ya! peace!!

 

Nama aku tak yah bagitau laaa noh?? dah terpampang kat tepi tingkap blog aku neh nama penuh aku. tudiaaaa ---->>> heeee. umuq aku?? huhuhu buat pertama kalinya aku ingin mendedahkan umuq aku di khalayak ramai neh. aku lahir tahun naga. 1988. sekang dah 2012. korunk tambah tolak darab bahagi sendiri erk, aku mate neh alergik. hukhukhuk. sekarang neh aku duk kat tg. piandang perak. dah dekat dah dengan peneng tuh. sekangkang nyamuk jer lagi sampai laa peneng. huhu. kecik sangat kot kalau nyamuk punya kangkang. hukhukhuk. sekangkang cipan la. huhuhu. 

Aku dulu jadi budak sekolah sampai amek STPM. Lepas tuh, walaupun aku hentak2 kaki nak sambung lagi belajaq kat sekolah mereka dan keluarga mereka tak bagi! dorang kata aku dah cukup tua untuk p sambung belaja kat Unibercity. okay! aku sambung kat upsi. aku neh anak tunggal. kat umah aku memang sorang2 ja. tak dak adik beradik. korunk ada berapa orang adik beradik?? best ker ada ramai2 orang dalam rumah?? huhuh. aku pernah bertunang suatu ketika dulu. tahun 2009. tapi nampaknya bukan jodoh aku dengan beliau. kami putus di tengah jalan. mungkin sebab aku ikat dengan tali rapia. kalau aku ikat dengan rantai besi kargo. okeh kot. hukhukhukhuk. aku dah! then giliran korunk lakkk crita!

Please introduce yourself...
Wahhh skeping london sokmo neh. huhuhu
 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com