Assalamualaikum.
Banyak cabaran dan dugaan untuk kandungan yang kedua
ni. Dari sebelum mengandung sampailah nak melahirkan, ujian dan dugaan datang
sentiasa. Aku is pasrah. Redha. Inilah harga yang perlu aku bayar untuk
keinginan aku mendapatkan anak yang kedua ini.
Telah aku ceritakan bagaimana mulanya mengandung
anak yang kedua ini di entry yang lalu. Entry ni, aku focus untuk ceritakan
pengalaman aku di hospital selama hamper dua bulan.
Semasa kandungan aku 20w, aku ada buat detail scan
di sebuah klinik swasta di sungai petani. Doktor mengatakan bahawa kandungan
aku semuanya tidak ada masalah.Cuma, uri ada sedikit bawah atau ketika itu
dipanggil low lying. Tetapi, doktor mengatakan pada aku supaya jangan risau,
kerana kebanyakkannya akan naik semula pada 28w.
Mendengar kata-kata doktor tu, aku ni taklah risau
sangat. Semasa 28w, aku ada temujanji dengan doktor pakar O&G di hospital
untuk masalah cyst aku. Tak sangka. Lain yang direfer lain yang jumpa. Pada
mulanya doktor mengesahkan aku Placenta Previa Type 1. Doktor mintak aku datang
semula dua minggu lagi dan siap sedia bawak baju.
Masa tu, aku gelak jelah. Nak cakap apa lagi. Masa
30w, aku datang semula ke hospital dan malangnya doktor sahkan aku placenta
previa posterior type3 dan aku perlu dimasukkan ke hospital segera. Masa tu
jugak. Ya Allah. Tersentak sekejap. Memang aku dah ada bawak baju. Tapi aku
taklah menyangkakan yang aku akan tinggal di hospital sehinggalah bersalin. aku
syak paling lama pun 3,4 hari saja di hospital, tapi rupanya Ya Allah. Dugaan
apakah ini?
Malam pertama memang aku tido dengan air mata la
weh, sedih gila tinggalkan anak yang sulong aku tu. Walaupun dia macam tak
kisah sangat sebab dia memang rapat juga dengan ayah dia. Tapi, aku tetaplah
sedih. Aku ibu dia kot. Oh.
Hari2 yang aku lalui kat hospital ni kadang2 memang
menyiksakan jiwa dan emosi. Aku hanya boleh duduk di katil aku. Tak boleh
kemana-mana. Anak pun tak boleh masuk. Kadang2 tu aku keluar juga daripada
bilik. Aku pergi juga jumpa anak aku.rindu sangat. Masa aku menulis ni, aku dah
13 hari kat hospital ni dan aku ada lagi 34 hari untuk tinggal di sini sebelum
tarikh pembedahan. L
Makanan yang sangat menyiksakan. Sedih! Bila
mengandung ni, apatah lagi dalam keadaan hujung2 ni tentulah aku nak makan
pelbagai makanan. Tapi, aku hanya terpaksa mengadap makanan hospital yang hanya
makan nasi 2 kali sehari. L
Aku rindu nak berjalan dengan suami dan anak aku.
Aku rindu nak kemana saja dengan suami dan anak aku. Suami aku juga sebenarnya
macam sedih jugak lah sebab aku kan selalunya kemana saja akan ikut dia pergi,
kita ni asal boring je akan kemana2. Tapi, bila aku tak dak semuanya jadi macam
tak best. Aku sendiri kat sini pun berduka menunggu hari. Sedih!