Sunday, January 20, 2019

Pengalaman Placenta Previa Type 3 posterior dengan both ovarian cyst (uri bawah)


Assalamualaikum.
Banyak cabaran dan dugaan untuk kandungan yang kedua ni. Dari sebelum mengandung sampailah nak melahirkan, ujian dan dugaan datang sentiasa. Aku is pasrah. Redha. Inilah harga yang perlu aku bayar untuk keinginan aku mendapatkan anak yang kedua ini.

Telah aku ceritakan bagaimana mulanya mengandung anak yang kedua ini di entry yang lalu. Entry ni, aku focus untuk ceritakan pengalaman aku di hospital selama hamper dua bulan.
Semasa kandungan aku 20w, aku ada buat detail scan di sebuah klinik swasta di sungai petani. Doktor mengatakan bahawa kandungan aku semuanya tidak ada masalah.Cuma, uri ada sedikit bawah atau ketika itu dipanggil low lying. Tetapi, doktor mengatakan pada aku supaya jangan risau, kerana kebanyakkannya akan naik semula pada 28w.

Mendengar kata-kata doktor tu, aku ni taklah risau sangat. Semasa 28w, aku ada temujanji dengan doktor pakar O&G di hospital untuk masalah cyst aku. Tak sangka. Lain yang direfer lain yang jumpa. Pada mulanya doktor mengesahkan aku Placenta Previa Type 1. Doktor mintak aku datang semula dua minggu lagi dan siap sedia bawak baju.

Masa tu, aku gelak jelah. Nak cakap apa lagi. Masa 30w, aku datang semula ke hospital dan malangnya doktor sahkan aku placenta previa posterior type3 dan aku perlu dimasukkan ke hospital segera. Masa tu jugak. Ya Allah. Tersentak sekejap. Memang aku dah ada bawak baju. Tapi aku taklah menyangkakan yang aku akan tinggal di hospital sehinggalah bersalin. aku syak paling lama pun 3,4 hari saja di hospital, tapi rupanya Ya Allah. Dugaan apakah ini?

Malam pertama memang aku tido dengan air mata la weh, sedih gila tinggalkan anak yang sulong aku tu. Walaupun dia macam tak kisah sangat sebab dia memang rapat juga dengan ayah dia. Tapi, aku tetaplah sedih. Aku ibu dia kot. Oh.

Hari2 yang aku lalui kat hospital ni kadang2 memang menyiksakan jiwa dan emosi. Aku hanya boleh duduk di katil aku. Tak boleh kemana-mana. Anak pun tak boleh masuk. Kadang2 tu aku keluar juga daripada bilik. Aku pergi juga jumpa anak aku.rindu sangat. Masa aku menulis ni, aku dah 13 hari kat hospital ni dan aku ada lagi 34 hari untuk tinggal di sini sebelum tarikh pembedahan. L
Makanan yang sangat menyiksakan. Sedih! Bila mengandung ni, apatah lagi dalam keadaan hujung2 ni tentulah aku nak makan pelbagai makanan. Tapi, aku hanya terpaksa mengadap makanan hospital yang hanya makan nasi 2 kali sehari. L

Aku rindu nak berjalan dengan suami dan anak aku. Aku rindu nak kemana saja dengan suami dan anak aku. Suami aku juga sebenarnya macam sedih jugak lah sebab aku kan selalunya kemana saja akan ikut dia pergi, kita ni asal boring je akan kemana2. Tapi, bila aku tak dak semuanya jadi macam tak best. Aku sendiri kat sini pun berduka menunggu hari. Sedih!

No comments:

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com