Thursday, December 27, 2018

Kehilangan abah

Assalamualaikum.

al-fatihah untuk arwah abah samsuri bin japri.
25 Julai 2018 (Rabu)

Sebelum tarikh keramat yang akan meninggalkan kenangan kepada aku itu. kaki abah sebenarnya dah dua minggu bengkak. aku dah maklumkan kepada abah untuk ke klinik. tapi, abah asyik berlengah. kata abah, ini sebab abah banyak berdiri. nanti kalau abah banyak duduk dan rehat. kaki abah okay lah. :(

Susah nak cakap sebenarnya, abah bukannya seorang yang boleh dipaksa2. kalau katanya TIDAK. tidaklah. jangan dilebih2 paksa. buruk padah dia. 

Tapi, dalam keadaan dia sakit tu, dia masih boleh bawak moto, ke hulur ke hilir, cuma beberapa hari sebelum abah meninggal, mak yang bawakkan moto untuk ke klinik. kaki dia dah bengkak sangat. barulah nak p klinik. 

Klinik kata tak de apa2. sedangkan dalam hati aku ni, kaki bengkak abah mesti ada kena mengena dengan sakit jantung dia. malam tu tergerak hati aku nak call mak. tanya abah macam  mana. mak kata abah nampak teruk. aku suruh mak pujuk abah ke hospital. aku bawakkan malam tu jugak, pujukan mak berhasil mungkin sebab dia sendiri yang rasa dah tak boleh nak tahan.

Suami aku yang bawak kereta malam tu bawakkan abah ke klinik kesihatan. katanya, kalau dalam kereta kita tak de kelengkapan nak bantu abah. jadi, hantar ke klinik untuk naik ambulans ke hospital. sebab antara rumah nak ke hospital memanglah jauh. memang lebih baik naik ambulans.adalah alatan-alatan yang diperlukan. 

Masa kat hospital, abah dah duduk kat red zone. pkul 3 pagi abah dihantar ke hospital Taiping, Masa kat kecemasan taiping, aku memang agak emosi dengan doktor yang rawat abah. soalan dia berulang. pak cik ada muntah? jap 5 minit dia tanya lagi. pak cik ada muntah? 

paling tak boleh tahan, bila dia tanya pakcik boleh berjalan 10 meter tanpa berhenti? aku jawablah ye, boleh, lepas tu boleh dia cakap kat aku. jadi, awak nak bagitahu saya yang pakcik menjalani kehdiupan seperti biasa? sedangkan jantung dia hanya berfungsi 25% saja lagi?

isk. masa ni aku daripada duduk terus bangun. ye, doktor, abah saya boleh berjalan 10 meter tanpa henti, boleh bawak moto ke sana sini, boleh itu, boleh ini. 

nak je aku cakap, saya yang duduk dengan abah ke doktor?

masa ni doktor tu dah cakap MAAF. suami aku plak sempat mintak maaf kat doktor dan bagitahu emosi aku tak berapa okay sangat sebab aku mengandung. eh? tolonglah, tak payah tunggu mengandung kalau bab abah memang aku rasa berapi je. kalau teori kau tak betul dengan apa yang pesakit bagitahu, janganlah pertikaikan pulak. hish.

abah dimasukkan dalam ward dengan keadaan tak sedarkan diri. mesin di sana sini dan abah memakai bantuan pernafasan. abah tunggu untuk dimasukkan ke ICU. malangnya ICU penuh. 

satu persatu doktor terangkan kepada aku keadaan abah, depa seakan menyalahkan pihak keluarga kerana abah tak dibawa follow up sedangkan abah perlu follow up untuk sakit jantungnya. aku cakap, ya betul salah kami, aku dah cuba bawak sekali abah untuk follow up, hasilnya?? abah marah kaunter pendaftaran sebab dia dapat no 100 ++ dan orang tu mintak kami datang ptg. bayangkan? datang jauh2 kat hospital pulau pinang, parking tak dak siap kena saman lagi lepas tu abah nak balik. tak nak datang lagi, kad dia semua dia tinggal situ. 

pujuk pun tak jalan. hanya mak aku dan aku je yang tahu abah macam mana. kalau dia kata, balik, baliklah, jangan ada sapa yang melawan. kalau x? aku malas nak cerita. orang takkan faham sebenarnya. orang akan cakap, biasalah orang tua memang mcm tu. tak. abah aku lain. itu ja nak bagitau. 

berbalik kepada tadi, doktor bagitahu semua organ dalam badan abah tak berfungsi dengan baik. malah buah pinggang abah sekalipun, doktor nak buat dialisis, tapi risikonya jantung abah akan stop. sebab dialisis memerlukan jantungnya kuat untuk mengepam. aku buntu. doktor ada juga cakap nak masukkan satu ubat ni, tapi ubat ni ada kandungan khinzir jadi, doktor nak tanya sama ada aku setuju atau tak. tak fikir banyak aku setuju je. untuk perubatan. untuk abah. 

tapi, malangnya semua cadangan doktor tu tak sempat dilaksanakan. abah mengembuskan nafas yang terakhir di sisi aku dan mak, tanpa aku dan mak sedar pun. senyap, sepi mudah, :(  aku dah sign untuk tidak melakukan CPR. untuk apa lakukan CPR? kalau doktor sendiri mengatakan tiada harapan pun kalau melakukan CPR, tpi ada keluarga yang nak juga melakukan CPR. aku plak tak nak sakitkan abah. suami aku dah cakap, kemungkinan risiko untuk banyak tulang patah itu ada. yela, dia sendiri pernah buat CPR untuk kes kes yang macam tu, buat apa nak sakitkan lagi abah? 

mak terduduk. insan yang paling dia sayang pergi meninggalkan dia. insan yang selama ni hidup dengan dia berpuluh tahun tanpa pernah meninggalkan dia. kemana saja mereka berdua. dan hari ni, mak hilang dia, mak hilang abah. 

aku hanya menangis di dalam hati, kuatkan hati dan perasaan untuk mak. 

1 comment:

ejulz said...

semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman :)

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com