Thursday, December 27, 2018

Kehilangan abah

Assalamualaikum.

al-fatihah untuk arwah abah samsuri bin japri.
25 Julai 2018 (Rabu)

Sebelum tarikh keramat yang akan meninggalkan kenangan kepada aku itu. kaki abah sebenarnya dah dua minggu bengkak. aku dah maklumkan kepada abah untuk ke klinik. tapi, abah asyik berlengah. kata abah, ini sebab abah banyak berdiri. nanti kalau abah banyak duduk dan rehat. kaki abah okay lah. :(

Susah nak cakap sebenarnya, abah bukannya seorang yang boleh dipaksa2. kalau katanya TIDAK. tidaklah. jangan dilebih2 paksa. buruk padah dia. 

Tapi, dalam keadaan dia sakit tu, dia masih boleh bawak moto, ke hulur ke hilir, cuma beberapa hari sebelum abah meninggal, mak yang bawakkan moto untuk ke klinik. kaki dia dah bengkak sangat. barulah nak p klinik. 

Klinik kata tak de apa2. sedangkan dalam hati aku ni, kaki bengkak abah mesti ada kena mengena dengan sakit jantung dia. malam tu tergerak hati aku nak call mak. tanya abah macam  mana. mak kata abah nampak teruk. aku suruh mak pujuk abah ke hospital. aku bawakkan malam tu jugak, pujukan mak berhasil mungkin sebab dia sendiri yang rasa dah tak boleh nak tahan.

Suami aku yang bawak kereta malam tu bawakkan abah ke klinik kesihatan. katanya, kalau dalam kereta kita tak de kelengkapan nak bantu abah. jadi, hantar ke klinik untuk naik ambulans ke hospital. sebab antara rumah nak ke hospital memanglah jauh. memang lebih baik naik ambulans.adalah alatan-alatan yang diperlukan. 

Masa kat hospital, abah dah duduk kat red zone. pkul 3 pagi abah dihantar ke hospital Taiping, Masa kat kecemasan taiping, aku memang agak emosi dengan doktor yang rawat abah. soalan dia berulang. pak cik ada muntah? jap 5 minit dia tanya lagi. pak cik ada muntah? 

paling tak boleh tahan, bila dia tanya pakcik boleh berjalan 10 meter tanpa berhenti? aku jawablah ye, boleh, lepas tu boleh dia cakap kat aku. jadi, awak nak bagitahu saya yang pakcik menjalani kehdiupan seperti biasa? sedangkan jantung dia hanya berfungsi 25% saja lagi?

isk. masa ni aku daripada duduk terus bangun. ye, doktor, abah saya boleh berjalan 10 meter tanpa henti, boleh bawak moto ke sana sini, boleh itu, boleh ini. 

nak je aku cakap, saya yang duduk dengan abah ke doktor?

masa ni doktor tu dah cakap MAAF. suami aku plak sempat mintak maaf kat doktor dan bagitahu emosi aku tak berapa okay sangat sebab aku mengandung. eh? tolonglah, tak payah tunggu mengandung kalau bab abah memang aku rasa berapi je. kalau teori kau tak betul dengan apa yang pesakit bagitahu, janganlah pertikaikan pulak. hish.

abah dimasukkan dalam ward dengan keadaan tak sedarkan diri. mesin di sana sini dan abah memakai bantuan pernafasan. abah tunggu untuk dimasukkan ke ICU. malangnya ICU penuh. 

satu persatu doktor terangkan kepada aku keadaan abah, depa seakan menyalahkan pihak keluarga kerana abah tak dibawa follow up sedangkan abah perlu follow up untuk sakit jantungnya. aku cakap, ya betul salah kami, aku dah cuba bawak sekali abah untuk follow up, hasilnya?? abah marah kaunter pendaftaran sebab dia dapat no 100 ++ dan orang tu mintak kami datang ptg. bayangkan? datang jauh2 kat hospital pulau pinang, parking tak dak siap kena saman lagi lepas tu abah nak balik. tak nak datang lagi, kad dia semua dia tinggal situ. 

pujuk pun tak jalan. hanya mak aku dan aku je yang tahu abah macam mana. kalau dia kata, balik, baliklah, jangan ada sapa yang melawan. kalau x? aku malas nak cerita. orang takkan faham sebenarnya. orang akan cakap, biasalah orang tua memang mcm tu. tak. abah aku lain. itu ja nak bagitau. 

berbalik kepada tadi, doktor bagitahu semua organ dalam badan abah tak berfungsi dengan baik. malah buah pinggang abah sekalipun, doktor nak buat dialisis, tapi risikonya jantung abah akan stop. sebab dialisis memerlukan jantungnya kuat untuk mengepam. aku buntu. doktor ada juga cakap nak masukkan satu ubat ni, tapi ubat ni ada kandungan khinzir jadi, doktor nak tanya sama ada aku setuju atau tak. tak fikir banyak aku setuju je. untuk perubatan. untuk abah. 

tapi, malangnya semua cadangan doktor tu tak sempat dilaksanakan. abah mengembuskan nafas yang terakhir di sisi aku dan mak, tanpa aku dan mak sedar pun. senyap, sepi mudah, :(  aku dah sign untuk tidak melakukan CPR. untuk apa lakukan CPR? kalau doktor sendiri mengatakan tiada harapan pun kalau melakukan CPR, tpi ada keluarga yang nak juga melakukan CPR. aku plak tak nak sakitkan abah. suami aku dah cakap, kemungkinan risiko untuk banyak tulang patah itu ada. yela, dia sendiri pernah buat CPR untuk kes kes yang macam tu, buat apa nak sakitkan lagi abah? 

mak terduduk. insan yang paling dia sayang pergi meninggalkan dia. insan yang selama ni hidup dengan dia berpuluh tahun tanpa pernah meninggalkan dia. kemana saja mereka berdua. dan hari ni, mak hilang dia, mak hilang abah. 

aku hanya menangis di dalam hati, kuatkan hati dan perasaan untuk mak. 

Sunday, December 2, 2018

upt samar, 3 bulan tak period, ovulasi lambat,


Assalamualaikum


Ini Kisah kandungan aku yang ketiga. Alhamdulillah. setelah lama ber TTC. akhirnya, Allah memberi rezeki itu kepada kami. 

aku ceritakan daripada mula. sejak aku keguguran tahun 2015 period aku memang tidak teratur. kadang kadang 2,3 bulan tak datang. dan setiap kali tak period aku memang makan pil untuk turunkan period. letih. kecewa. risau dan bimbang.

aku tekad turunkan berat badan November 2017. kesedaran sampai lambat weh. hahaha. disamping tu, aku amalkan madu lebah asli. alhamdulillah, period aku dah teratur kembali. setiap bulan datang tanpa gagal. alhamdulillah, sehinggalah period aku yang last 13 April 2018. 

pelik. period tak kunjung tiba pada mei, tidak pada jun, dua2 bulan aku test UPT dan keputusannya negatif. negatif. ahhh sedehhh. aku syak period aku kembali jadi seperti dulu. 

1 julai 2018 suami aku mengemas. dia jumpa UPT aku yang lama, yang belum guna. aku pun tak tahu bila dan kat mana aku sorok. haha. sebab aku sejenis yang kalau cek UPT memang takkan bagitahu suami. sebab aku tak nak dia rasa kecewa macam aku. aku hanya bagitahu bila upt dah bertukar kepada dua line sahaja. hehehe

aku abaikan saja apa yang disampaikan suami aku. 3 julai 2018, aku buat keputusan untuk derma darah. tapi, tak lepas HB aku hanya 11 sahaja. cukup2 untuk diri sendiri nurse tu bagitahu aku. tak yahlah derma. hahaha. 

Pelik. sekali lagi aku pelik. Biasanya HB aku kalau low sangat ni mesti masa mengandung. balik rumah tu belum ada rasa nak cek UPT sampailah malam tu tiba2 gusi aku berdarah. eh? bukan ke kalau gusi berdarah ni tanda-tanda mengandung? kenapa aku macam malas nak cek? sebab sebelum ni aku dah cek dan keputusannya adalah negatif. jadi aku tak yakin dia akan tetiba jadi positif pulak.

5 JULAI 2018 balik sahaja sekolah aku terus cek UPT , cek pakai upt yang suami aku jumpa tu, aku cek Petang dalam pukul 3-4 ptg. ya ALLAH.. aku gosok gosok mata. nampak macam ada dua line tapi sangat samar. aku bagithau suami. dia sengeh2 je. lorh tak teruja ke? bukan yang ni dia tunggu sangat ke?? ye laa lama kan berbanding anak pertama dulu. 

aku ajak dia p klinik pakar sakit puan dan ibu mengandung area kamunting. ya ALLah, dia scan kata rahim kosong. yang ada cuma both ovarian cyst dalam 4cm ++. dia cek upt, dia kata negatif sedangkan aku tengok upt tu air kencing pun tak sempat nak merebak lagi. dia dah buang. negatif dia kata. dia suruh aku bedah. besok. besok weh?? gila ke apa? bagilah aku peluang fikir dan tenangkan fikiran dulu. dia tanya nak ubat turun darah tak? aku cakap tak nak. aku nak biar dia turun sendiri. ahhhh. kecewa! doc ni daripada KPJ weh. dia memang bedah-bedah orang dan sambut org bersalin. tapi, aku rasa agak tidak beretika asyik nak suruh bedah saja. nak duit saja!

aku pelik sangat. aku tau upt aku positif. aku google. adakah cyst boleh menyebabkan upt positif? TIDAK. cyst tak menyebabkan upt positif. aku tanya kawan aku seorang doktor, dia pun cakap benda yang sama dan suruh aku bersabar, cek balik lagi 2,3, hari tengok upt semakin terang tak. walaupun dia agak pelik jugak sebab kalau ikutkan LMP aku, kandungan dah 3 bulan lebih. tapi, dia juga ada bercakap tentang ovulasi lambat.jadi ada kemungkinan kandungan masih baru.

hari yang sama aku ke klinik lain untuk tanyakan pendapat yang ketiga, doc tu scan rahim kosong. tapi aku tak buat upt pun. doc cakap benda yang sama ada both ovarian cyst. dia kata mungkin jugak early prgnancy. walaupun LMP aku 13 april 2018 yang kalau ikutkan kandungan aku dah 3 bulan lebih dah masa tu. tak mungkinlah scan tak nampak kan? jadi dia pun syak ovulasi aku lambat. jadi, kandungan masih baru. dia refer aku kepada hosp. columbia untuk cek darah. 

tapi, suami aku cakap tak payahlah. tunggu saja ikut cakap doktor. lagipun, nak pergi mana kelam kelam kabut kata dia? hahaha. lelaki memang tak pernah faham perasaan perempuan. huhuhu. aku mana reti nak bersabar ni.aku diam2 beli upt digital clear blue. aku nak kepastian lagi. 

alhamdulillah. ya Allah, aku test dia tulis pregnant 1-2 ( 3@4 w) maksudnya. selepas tu, aku bersabar selama 2 minggu. ketika 6w aku pergi ke klinik lagi. scan lagi. alhamdulillah ya Allah, memang rezeki aku agaknya. doc sahkan aku mengandung 6w. baby dah nampak. jantung baby pun dah berdegup. 

alhamdulillah. akhirnya manis, walau permulaanya sedikit mencabar!



Wednesday, April 4, 2018

Insurans terbaik aku

Assalamualaikum.

ini entry yang pertama aku pada tahun 2018. semakin kelam nampaknya blog ni. marilah aktif semula. hari ni nak aku berkongsi tentang insurans pilihan aku. 

setelah ditolak ditambah dan didarab. aku memilih zurich takaful untuk menjadi perlindungan aku sekeluarga. setahun kot aku menilai semua insurans. buat perbandingan sana sini. dan akhirnya aku memilih zurich takaful. 

aku - rm145.00
anak - rm 145.00
suami - rm88.00

kenapa suami aku murah?? suami aku punya medical card sahaja. weh, dia pun ambek medical card weh sedangkan dia adalah pekerja hospital kerajaan. hahaha, aku dan anak aku memilih untuk ambek skim simpanan dan perubatan. dua2 ada. senang. 

sebelum aku ambek insuran kan aku rasa benda yang paling penting, itulah inilah. rupanya benda yang paling penting adalah senang ke nak claim?? hahahah. kalau susah nak claim perlindungan sampai 20 juta pun tak guna jugak. hahah. 

justeru, hari tu aku ada kemalangan sikit. jari jemari aku yang mulus dikaki tertusuk dengan gunting. berdarah banyak dan agak cedera parah. ewah. hahaha aku pon p klinik swasta. aku tak terfikirlah pulak nak claim. tapi, bila ejen aku bagitau boleh claim aku pun rasa inilah masanya untuk aku buktikan betapa insurans yang aku ambek ini berbaloi. hahaha.

yes! aku dapat claim untuk pesakit luar ye. huhuhu. 

Image may contain: text

jadi dah terbukti. boleh claim hihi
 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com