Assalamualaikum!
28.12.12 hari tuh aku pergi Interview untuk dapatkan lesen sebagai kaunselor berdaftar. so, hari neh aku nak cerita pengalaman aku masa interview hari tuh. hehe dah lambat??? aah. aku mang spesis siput sedut sikit bab2 cerita2 neh. hikhikhik.
Tempat : hotel seri malaysia kuala terengganu
 |
taklimat masa malam sebelum interview |
pagi tuh aku bangun memang agak lewat. al maklumlaaa tido kat hotel. gila punya nyenyak kot. hukhukhuk. rasa macam nak interview sambil berbaring jerk kat tilam hotel. huhu. aku jaga pun sebab kawan aku yang aku panggil nenek kebayan tuh dah menjerit. adeh! memang potong stim betoi. aku baru nak feeling2 datin. ermmm. aku bangun terhoyong hayang p ke arah pintu. then masa aku nak bukak pintu jerk nenek kebayan yang merangkap kawan baik aku tuh tetiba histeria.
sueeeeeeeeee!!!! pintu bilik air belah sini. huwaaaaaaaaaaaaaa sib bek lerrr!! aku tak bukak pintu bilik. kalau tak ramai yang mungkin pengsan tengok fesyen pakaian aku masa tuh. dah macam hape lagi. huhuhu. pas mandi aku pakai baju. siap2! terus ke dewan dengan yakin usaha tangga kejayaan. hurmmm..tak lama aku duduk aku kena panggil interview. haah. aku dapat number 9. bukan dorang yang letak. aku yang mintak number 9. gila punya konpiden kan?? hurm..
Aku duduk. gila punya sopan. kalau mak aku nampak neh. mesti dia kata 'anak aku ke neh??' huhuhu. sambil tersengeh2. konon2 nak buat muka manis ler kat penemuduga tuh. then, dia pun mula merepek2 start dengan sebut nama aku!
P : Nursuriani bt othman. umur 24 tahun baru?? muda sangat neh.boleh ke nak amek lesen neh??
A : Boleh tuan, sebab syarat nak amek lesen neh umur kena 21 tahun ke atas.
heeeee. jawapan aku memang mintak bala. bala. bala. sponton kot?? hukhukhuk.
P : Ya...sy tahu..tapi awak tak der pengalaman. macam mana awak nak buat kaunseling?? awak jangan menipu diri sendiri. banyak kes yang mungkin awak tak boleh handle neh"
glup! aku tertelan air liur. mang aku tak der pengalaman kot! setakat pengalaman dengan bebudak sekolah tu adalah. aku tengok muka dia dah macam hape jerk. gila punya psiko pak cik neh. tak senyum langsung. tetiba dia cakap lagi.
P : Saya bagi awak kes sekarang, saya nak awak selesaikan. seorang lelaki umur 50 tahun nak bercerai dengan isteri dia dan nak kawen dengan seorang perempuan muda. dia memang dah tak boleh tengok muka bini dia. apa awak nak buat untuk selesaikan kes neh??
Memang gila pakcik neh. takkan dia tak tahu setting aku kat sekolah?? mana datangnya pulak orang tua umur 50 tahun neh?? haaaa. jangan2 dia! memang tak syak lagi. neh mesti masalah dia! suruh aku selesaikan pulak. haish. bencana betoi laaa! huhuhu.
A : sebagai pemegang teori REBT, sya akan cuba selesaikan kes ikut teori ni. kalau ikutkan kes ni saya rasa saya perlu ubah pemikiran lelaki umur 50 tahun ni. saya nampak, lelaki nih fikir dia mungkin akan lebih bahagia, akan lebih seronok bila bersama dengan isteri yang lebih muda."
tetiba dia potong cakap aku.
P : tak der2 lelaki neh dah tak boleh nak ubah dah pemikiran dia. dia pk memang macam tuh laa itu
yang terbaik.
huh! gila punya psiko. aku cakap macam neh. dia putar belitkan macam neh. semua cadangan aku tak boleh diterima pakai. huhu. dia memang nak buatkan aku down! aku tau..but aku tetap tersenyum dan try untuk kawal marah aku. huhuhu. lepas tuh dia tanya kat aku sikit2 pasal teori yang aku pegang. then sumbangan aku kepada Tanjung piandang. huhu. apa yang aku sumbangkan?? huhuh. apa lagi merepek ler aku! aku cakap, aku banyak pergi buat program kat sekolah lama aku. sumbangkan tenaga dan bakti kepada anak didik di sana. dia pun terus angguk2 kepala kata ha. bagus2. huh!
lepas tuh dia suruh aku keluar. masa nak keluar tuh, dia sempat mintak aku suruh yang lain tunggu sekejap untuk taklimat sikit. dan dia sempat cakap "sy akan cadangkan awak diberi lesen" ! hooorayyyyyyy!! tapiiiiii~
kedebuk!!! aku terlanggar dinding kat pintu. huh! malu ya amat!! aku cepat2 kuar dengan muka cam kambing tak mandi!eh? hukhukhuk
Nasihat : kpd yg nak amek lesen kaunselor berdaftar : bacalah teori sikit2 terutama teori yang korunk pegang. jgn baca jerk. faham sekali. huhu. yakin! kalau kena psiko mcm mana pun please jangan tetiba nak marah atau nak bergaduh dengan penemuduga. hukhukhuk. nak tahu apa2 leh ke kaunter pertanyaan (komen) di bawah ya! :P
 |
muka nebes tunggu giliran! hehehe |
sekian!!