Sunday, June 30, 2019

Insurans/Takaful Terbaik (Pengalaman sebagai seorang Klien) operet batu hempedu


part 1
Allahuakbar
tak berenti ujian yang Allah berikan kepada aku dan keluarga. selepas, menginap di hospital taiping selama 51 hari kerana placenta previa type 3. aku disahkan mengidap batu hempedu pada 12/5/2019. 

ceritanya mcm ni, semasa aku dalam pantang, aku tiba2 jadi sakit perut yang amat sangat di bahagian atas. macam pedih hulu hati tu, tapi sangat teruk. sakit dia boleh aku katakan macam contraction nak bersalin tu. aduh! tak tertanggung sakit dia. dah muntah. dah makan ubat. dah urut tapi tetap tak lega. sakit dia boleh pergi sampai 2-3 hari. 

masa tu, aku ingatkan aku salah makan. sebab masa tu aku masih lagi berpantang anak kedua aku. tapi, lama lama makin pelik. kadang aku tak makan apa pun, sakit dia boleh jadi teruk yang amat sangat. isk pelik sangat. satu hari aku pergi ke sebuah hospital kerajaan. doktor yang merawat aku masa tu kata yang aku ni kena gastrik. aku pun syak memang gastrik laa .

tapi, lama kelamaan makin kerap plak jadinya. seminggu sampai 2,3 kali jadi. pelik sungguh. kadang tak makan apa pun tapi boleh jadi mcm tu. aku rasa macam dah tak tahan sangat. aku pun ajak suami aku pergi hospital columbia. 

Masa nilah perbincangan berlaku dengan agen insurans/ takaful zurich aku, Malam sebelum aku buat keputusan nak ke columbia tu, aku tanya kakak agen aku tu macam2. aku risau pulak pergi hospital tapi penyakit aku ni tak cover. risau dan risau. tapi, memandangkan...dia pun yakin sebab aku tak pernah claim lagi dan aku memang yakin sakit aku ni wujud selepas aku ambil insurans/takaful, aku pun pergi pagi ahad tu. 

masa kat kecemasan doktor yang merawat tu cakap, memang dia syak dua perkara saja batu hempedu dan gastrik. dia kata kena buat ct scan. tapi, kalau nak buat ct scan kalau nak bayar sendiri memang triple le sebab ahad dia kata. jadi, dia tanya aku ada medical card tak? aku jawab ada. jadi diorang plan masukkan aku ke hospital. jadi boleh le guna medical card aku tuh.

aku pun dimasukkan ke hospital................

nanti aku sambung cerita

sesiapa yang nak tahu cerita lanjut
boleh pm whasap aku
0168392411

selepas peristiwa itu
aku nekad nak bantu orang lain dengan menjadi agen takaful


No comments:

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com