Sunday, August 22, 2010

Pondan Tak Peduli

Assalamualaikum...

Bangun ajer tido, aku terus g on9, hajat di hati aku nak intai2 la apa yang menarik dalam paper hari ney..bukan apa..utk pengtahuan dan ilmu utk diri sendiri jer.aku pun klik laa my metro then dia pun kuar laa story mory utk hari ney..masa duk syok belek2 ntah kenapa aku tertarik ngan satu artikel ney.." pondan tak peduli "

hurm?? pondan tak peduli? tak peduli apa?? hati aku pun apa lagi meronta-ronta la nak baca. then aku pun baca ayat yang pertama di tulis macam ney..

KUALA LUMPUR: Tak kenal dosa. Itu perbuatan sebilangan pondan beragama Islam yang berpeleseran menjaja maruah mereka di Lorong Haji Taib, Chow Kit, yang sangat mengaibkan.



kalau kita baca ayat yang pertama pun kita dah tahu apa isi kandungan keseluruhan artikel kan? secara ringkasnya apa yang aku baca artikel ney cerita sal pondan2 yang jual diri dorang. Ada yang semurah RM 30 ..aku dah tak reti nak cakap.. kawan2 baca sendri laaa dalam artikel penuhnya..klik jer kat bawah ney


PoNdAn TAk pEdULi


tiba-tiba aku teringat kat sorang budak laki ney...budak sekolah aku dulu..sekarang dia dah masuk U. aku dengar byk cerita yang tak bapa nak baik tentang dia berkaitan dengan pondan ney la..apatah lagi bila aku pergi sekolah semua tanya aku kenapa dia jadi mcam tu?? aku tak tahu nak jawab..memang dulu dia agak rapat dengan aku..tapi sekarang dah tak lagi...

dorang cakap memang terjadi perubahan yang betul2 ketara kat diri dia. perubahan yang aku cakap ney dari segi make up, gaya jalan, rambut dll la yang sewaktu dengannya. Ya. memang aku ada nmpak. tapi aku sangkakan itu perkara biasa..pernah dulu aku nak amek dia jadi klien aku. aku nampak dia sangat2 la nak citer msalah. dia kata memang dia ada masalah pun sekarang ney..

masalah dengan abg angkat dia...

..masa tu aku tak ter pk lagi..
dan apa yang aku rasa bersalah sgtttt aku tak jadi amek dia sebagai klien sebab kekangan waktu dan masa...jadi aku tak tau apa msalah dia yang sebenar dan kenapa dia berubah??

salahkah aku??

kalau aku amek dia sebagai klien musti aku leh dapat tau kenapa dia jadi cam tu. hurm..terasa menyesal..dia yang dulunya aku kenal sebagai seorang lelaki yang sejati kini berubah..sejauh mana perubahan dia aku sendiri tak pasti..apa yang aku doakan semoga dia tidak jauh terlanjur seperti apa yang artikel hari ney tulis...

Apa definisi pondan yang sebenarnya?


Merupakan istilah yang merujuk bagi golongan lelaki transeksual iaitu orang-orang yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wanita. Golongan ini sering menggunakan istilah terperangkap dalam tubuh yang salah.

Ciri-ciri pondan

1) Kelakuan
-Percakapan yang lemah lembut seperti perempuan
-Terlalu senstitif
-Kerap ke tandas untuk menambahkan make up
-Cukup teliti dalam penjagaan wajah dan kulit

2) Kegiatan
-Bergerak dalam kumpulan yang sama
-Berkawan rapat dengan perempuan




3) Cara berpakaian
- Berpakaian menampakkan ciri keperempuanan
- Suka bersolek

Punca gejala pondan

1) Pengaruh media
2) Kurang didikan agama
3) Biologi
4)Pengaruh rakan sebaya
5) Tekanan sosial
6) Naluri yang berbeza dengan fizikal


Dalam dunia kaunseling yang aku belajar tidak ada sesiapa yang dapat mengubah diri kita melainkan jika kita sendiri yang ingin mengubahnya...jadi jika kita memang mempunyai niat untuk melakukan perubahan diri kita daripada yang tidak baik kepada yang baik teruskanlah dan untuk itu kita memerlukan kekuatan dan sokongan drpd yang lain.



Janganlah dihina dan dikeji golongan ini tetapi berilah mereka peluang untuk berubah. Ini akan membuatkan mereka lebih yakin untuk berubah kerana mereka tahu masih ada individu yang sudi menerima mereka seadanya. Inilah yang dikatakan penerimaan tanpa syarat.

No comments:

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com