Saturday, September 29, 2012

Entry Khas~Warkah Pelik


Kekanda,


Kehadapan, kebelakang, ketengah dan ketepi kekandaku yang diingati selalu. adinda berharap agar kekanda di sana sihat2 selalu. Tujuan adinda mengirimkan warkah usang berlagu sepi ini adalah untuk mengucapkan terima kaseh kepada Perdana Menteri untuk bajet 2013! Eh, tidak.tidak. maafkan adinda, kekanda, adinda nak ucapkan selamat hari jadi kepada kekanda! yang ke...erm..yang ke...haaa...erm...maafkan adinda lagi, kekanda. adinda musykil, kekanda lahir sebelum merdeka atau selepas merdeka??? huhuhuuhu.

Sejak kita berjumpa, di belakang pokok pisang  depan petronas rumah tok penghulu hari tuh, adinda sudah terpaut dengan kehenseman kekanda. tetapi al maklumlaaa adinda kan perempuan, jadi adinda kena pura-pura jual mahal. selepas itu, agak selalu kita bercengkarama di bawah pohon toge bertemankan lampu jalan di depan rumah tok penghulu itu. Walaupun, hubungan kita ini selalu di ganggu gugat oleh orang-orang bangsawan dan hartawan yang makan dipinggan minum di cawan tetapi cinta kita tetap teguh bagaikan salarmoon dan teksido bertopeng, nobita dan suzuki serta kak ros dan abang sally (upin &ipin). sungguh mendalam cinta kita ini.

adinda rasa, setakat ini saja tulisan adinda kepada kekanda dakwat pensel adinda sudah kehabisan. ingin pergi ke pekan dan membelinya juga berbatu-batu. semoga ulang tahun kekanda kali ini memberi seribu erti untuk diri kekanda. "walau raga kita terpisah jauhhhh namun hati kita selalu dekattttt" bak kata lagu asiteru yang selalu kanda dendangkan kepada adinda sebelum beradu. kekanda, boleh kah adindan speaking omputeh sekejap?? kalau salah nanti kanda betulkan grammarnya yer. hukhukhukuk

"Since this day, the day you were born, it was a day that really valuable. Thank you for born Ahmad Faiz Hilmi Mohd Kamal"
(29.9.2012)

 

24 comments:

Mieya Atiera said...

Haha. memang pelik punya warkah.

Everything's Everythings said...

Happy birthday juga Ahad Faiz Hilmi..

muhammad asyraf said...

first birtday ye? :)

C'Jai said...

hehe..memang pelik..:-) ★

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Wooo , sosweeetttttt , hakhakhak.. Terbaikk punya karangan ^^,

dEdEQ dE wIshEs said...

EWAHHH .. RUMUNTIK GEGILER .. HAHAHA ..

HEPI BEFDAY TO ORG YG NAME TERTERA D DALAM ENTRY TU JUGAK

hainom OKje said...

Hu.....hu.... Hepy Besday En Pa'is.... semoga menjadi bakal suami yang soleh dan pelik supaya dapat membimbing Sue pelik menjadi orang yg bertambah pelik...he...he....

Patut le semalam menghilang rupenya dating bawah pokok togeh!!!he...he...memang betul2 pelik...

Nurul Husna Mohd Hassan said...

amboi bawah pokok toge yang tak leh tahan tu. hihi

mekasih sue bagi link sally ;)

Zul De Alexis said...

selamat hari lahir Ahmad Faiz semoga sihat selalu :)

wa baca warkah nie tertiba wa jatuh cinta..eh? hahahaha

Scarlett O'Hara said...

Ke hadapan, ke tenga, ketepi... hahahahaha.... kreatif!

Fiza Suhaimi said...

awwww.. suwitttt gituu! ^^ fiza tumpang bahagia.. :)

deqjamucuxx said...

alolo sweetnyyaa !!

Cikgu Ma said...

warkah pelik yg menarik...

aku kena tag dalam segmen ni


http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/09/segmen-tangkap-follower-sebanyak-mungkin.html

Sue PeLik said...

@hainom OKje hahahah okje. bajet kecik kan?? nak dating bawah pokok toge. huhuhu

Sue PeLik said...

terimas kepada semua yang memberi ucapan!!! :)

Hanif Idrus said...

Warkah kasih sayang yg manis..
Hapi besday utk sayang awak

baby comel said...

memang pelik =) tp nice.. happy besday kt tuan empunya diri yg dinyatakan tu :)

Shah Eira said...

Hhaahaha :'DD
seronok baca :'D

kiera'sakura said...

sizuka la mana pulak suzuki. suzuki tue moto hahahahaha

hepy besday Ahmad Faiz Hilmi.

Mrs Velentine said...

mmg pelik entry ni ..hhehee...apapun happy birthday to faiz..

ros_reeza said...

hihi.. Eh, kak Ros dan abg Sally bercinta ek?..

Cik Nur said...

sesuai dengan kepelikkan tu tau..hihihi..

I love Sleep said...

hahaha~ klakar.. btw hepy besday untuk jejaka itu

Novelgurl said...

spe tu kak? pakwa kaa..hehe.

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com