Monday, July 23, 2012

Jom tengok jawapan personaliti diri berdasarkan simbol!

jawapan neh berdasarkan entry ini

Segi Tiga

-Seorang pemimpin semulajadi! korunk suka memimpin dan tidak suka dipimpin. ewah! korunk sesuai sangat kalau jadi PM, YB dan sebagainya. hihihihi. dulu korunk neh mesti pengawas sekolah? ketua kelas atau sebagainya kan?? kalau kat umah pun dah terserlah ciri-ciri kepimpinan tuh bila dengan adik2 korunk. contohnya. korunk mesti suruh adik korunk " peahhhhhhh amek kan pengorek telinga kat hakuuu!!!" haaa kau...memang pemimpin.

- Korunk seorang yang bercita-cita tinggi! kalau boleh korunk bukan sahaja ingin memimpin negara bahkan dunia! wahhhh memang tinggi cita2 neh. setinggi pokok kelapa kat umah aku.

-Seorang yang tegas, bermatlamat dan berkeyakinan tinggi! kalau korunk kata "A" maka "A" laaa jadinyaaa. tidak akan berubah! keputusan adalah muktamad dan tidak ada talian hayat lagi!.

-Seorang yang disukai bos, ego yang stabil, tidak emosional dan kerap bertanya! kekerapan korunk bertanya sampaikan rakan-rakan korunk cdgkan korunk ke kaunter pertanyaan utk bertanya. mls layan! eh,eh, mcm aku pulak.huhuhu

Segi Empat Sama

-Seorang yang bekerja kuat. omputih sebut workerholic! betul ker aku eja neh? peduli lah! haaa..korunk neh. kerja.kerja.kerja. kalau boleh korunk nak letak umah korunk dalam kilang, opis dan sebagainya sebab terlalu mencintai kerja.

-Seorang yang sibuk. yerlah...bila dah terlalu mencintai kerja korunk jadi sibuk laaa. sampai korunk tak tahu hari dah siang atau malam sampaikan hari raya pun korunk terlupa. ehhh dah raya?? huhu adake?? cam melampau jer akunya analogi. hikhikhik

-Seorang yang bijaksana, bijaksini dan bijaksitu. pergh! korunk memang terbaekk laaa!! kalau bekerja memang teliti dan terperinci! tetapi masalahnya korunk kerap merungut. " asal gaji aku dari tahun gajah sampai 2012 neh rm 800 jer  tak naek2???" huhuhu

-Seorang yang hidupnya asyik ikut buku. kalau bercakap dengan korunk. korunk mesti akan kata " nursuriani 2012, di dalam bukunya yang bertajuk jebonku jebonmu jua berkataaa bla..bla...blaaa.." huh! 

Segi Empat Tepat

-Seorang yang sentiasa keliru dengan hidup korunk. "eh, bukak pose neh aku nak makan ayam goreng ke ayam percik erk?? ke?? ayam KFC?? "

-Seorang yang gopoh, sukar diramal dan agak kurang sabar. kalau taim bukak pose tuh. baru makan sahur korunk dah kira jam, berapa lama lagi nak bukak pose! heh. betul kan..kan..kan..

- Seorang yang cepat berubah pendirian. " mak, saya tak jadi nak kawen dengan tipah tonggek tuh. ingat nak mintak mak tolong minangkan halimah jongang laaa...ermm tapii kalau bedah tog gas pun okeh jugak kan mak?? 

-Seorang yang berfikiran terbuka. orang sekarang kata "open minded!" korunk neh jenis tak kisah. apa2 pun boleh selagi tak meragut prinsip peribadi korunk. its okeh jer!

Bujur

-Seorang yang penyayang. kalau korunk jumpa kucing dalam longkang 15 ekor. 15 ekor tu korunk bawak balik. mandikan. bagi makan dan bela macam anak sendiri. 

-Seorang yang suka senyum dan kalau korunk senyum memang betul2 ikhlas lah..tak der senyum2 kambing, lembu, kerbau dan seladang.

-Seorang yang mudah sangat percaya kat orang. sebab tu korunk selalu kena tipu . walaupun dan kena tipu lapanploh lapan kali tapi korunk tetap jugak percaya dan kemudian ditpu lagi. hikhikhik

-Seorang yang selalu ditindas dan dibuli sebab terlalu baik. alaaa..mcam citer suri tu. korunk tgok takk?? haaa mcm tuh laahh!! hihihi

Zik Zak

-Seorang yang gila2. korunk neh lebihgila lagi dari orang gila. sebab tu jugak korunk selalu jer datang lambat. tak kisah laaa kalau pergi mana pun. lambat jer manjang!

-Seorang yang kreatif. ada sahaja benda2 yang orang lain tak fikir korunk dapat fikirkan. contohnya bagaimana doremon leh mengalahkan majmumia!! hihihi

-Seorang yang berterus terang. korunk memang tak suka berkias2 neh. kalau korunk g minang tak dernyaaa nak petik2 bunga di taman neh terus jer cakap " encik, kami mai nak bagi kawen anak kami dengan anak encik boleh kaaa???" tudia! terkejut mak pengantin pmpuan. terus pakingsen dua minit.

-Seorang yang tak suka kepada peraturan dan sering mendatangkan tekanan kepada orang lain. kegilaan korunk tu buatkan orang len tertekan! kalau korunk bertemu dengan orang yang jenis bujur tak per laaa kalau yang jenis segi tigaa?? hihihi habeh laaa korunk!

sumber : dalam kelas psikologi aku ler

-selesai-

P/s : Mana yang baik amek dan jadikan yang terbaik. mana yang buruk cuba baiki dan jadi lebih baik. personaliti berdasarkan simbol neh tidak 100% betul...hanya suka2 dan mungkin boleh buatkan kita menilai balik diri kita :) 

psssttt...psssttt korunk nak tahu aku yang mana satu. masa aku buat bnda neh dulu aku pilih??

hikhikhik


zik zak tuh aku ler!! hihihi

sekian!

14 comments:

Unknown said...

Kdg2 je jd giler..haha...lambat?slalunye sy yg tggu org,bkan org tggu sy..haha...70% betol la prsonaliti sy tu..haha

nursuriani said...

hahaha yer ker cik arisa?? hihihi bgus2 kalau tak lambat huhuhuhu gila2 neh best..ramai orang suka. mesti ramai suka cik erisa neh :)

NAL said...

ade yg sama dan ade yg x sama..

nursuriani said...

biasalahh cik nal~ tidak 100% tepat kan :)

SoLy SoLicious said...

err..bulat xde? heee

fanuiz said...

haha.. yg datang lambat tuu macam tipuu je.. hehehehehe..

:)

Pink Lavender said...

metg yg makneng kureng suka mmg lah akan lbt sampai...
hahahah...giler2 tuh tgk tpt n keadaan lah tau...

hihihih...apa2 pon enjoy reading this...sonok eh jd psychologist

nanti tag makneng lg eh...hi3...

dayteenlea said...

yes! boleh jadi YB
hahaha

ietams said...

selamat berpuasa ..
akak dtg dari segmen http://ietams.blogspot.com/2012/07/salam-ramadhan-giveaway-sweet-lizahanum.html

salam kenal

nursuriani said...

fanuiz - hihihi tak semstinya betul kan huhuhu.

mak neng- hihihi okeh2 no pblm! huhuhu best laaa jgkkk huhu byk tahu tentang personaliti

datin-sonok erk leh jadi yb?? hihihihi

soli- bulat memang takder laaa huhuhu

letams - okeh kakkk TQ ERKK :)

nana said...

Hahaha! I chose zigzag and somehow bab lambat tu BETUL GILAAA! Hahaha

nursuriani said...

cik nana- hihihihi pas neh kena kurangkan lambat lah yer hihihi

Beiby Yatie said...

wuw.. kite nie taklah workholic sgt pun.. tapi sebab terlalu kerja kadang2 sampai lupa hari apa, haha..

nursuriani said...

huhuhu lepas neh cik yatie kena ingat hari apa ler huhu nat terlepas pulak raya huhuhu

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com