Assalamualaikum!
28.12.12 hari tuh aku pergi Interview untuk dapatkan lesen sebagai kaunselor berdaftar. so, hari neh aku nak cerita pengalaman aku masa interview hari tuh. hehe dah lambat??? aah. aku mang spesis siput sedut sikit bab2 cerita2 neh. hikhikhik.
Tempat : hotel seri malaysia kuala terengganu
taklimat masa malam sebelum interview |
pagi tuh aku bangun memang agak lewat. al maklumlaaa tido kat hotel. gila punya nyenyak kot. hukhukhuk. rasa macam nak interview sambil berbaring jerk kat tilam hotel. huhu. aku jaga pun sebab kawan aku yang aku panggil nenek kebayan tuh dah menjerit. adeh! memang potong stim betoi. aku baru nak feeling2 datin. ermmm. aku bangun terhoyong hayang p ke arah pintu. then masa aku nak bukak pintu jerk nenek kebayan yang merangkap kawan baik aku tuh tetiba histeria.
sueeeeeeeeee!!!! pintu bilik air belah sini. huwaaaaaaaaaaaaaa sib bek lerrr!! aku tak bukak pintu bilik. kalau tak ramai yang mungkin pengsan tengok fesyen pakaian aku masa tuh. dah macam hape lagi. huhuhu. pas mandi aku pakai baju. siap2! terus ke dewan dengan yakin usaha tangga kejayaan. hurmmm..tak lama aku duduk aku kena panggil interview. haah. aku dapat number 9. bukan dorang yang letak. aku yang mintak number 9. gila punya konpiden kan?? hurm..
Aku duduk. gila punya sopan. kalau mak aku nampak neh. mesti dia kata 'anak aku ke neh??' huhuhu. sambil tersengeh2. konon2 nak buat muka manis ler kat penemuduga tuh. then, dia pun mula merepek2 start dengan sebut nama aku!
P : Nursuriani bt othman. umur 24 tahun baru?? muda sangat neh.boleh ke nak amek lesen neh??
A : Boleh tuan, sebab syarat nak amek lesen neh umur kena 21 tahun ke atas.
heeeee. jawapan aku memang mintak bala. bala. bala. sponton kot?? hukhukhuk.
P : Ya...sy tahu..tapi awak tak der pengalaman. macam mana awak nak buat kaunseling?? awak jangan menipu diri sendiri. banyak kes yang mungkin awak tak boleh handle neh"
glup! aku tertelan air liur. mang aku tak der pengalaman kot! setakat pengalaman dengan bebudak sekolah tu adalah. aku tengok muka dia dah macam hape jerk. gila punya psiko pak cik neh. tak senyum langsung. tetiba dia cakap lagi.
P : Saya bagi awak kes sekarang, saya nak awak selesaikan. seorang lelaki umur 50 tahun nak bercerai dengan isteri dia dan nak kawen dengan seorang perempuan muda. dia memang dah tak boleh tengok muka bini dia. apa awak nak buat untuk selesaikan kes neh??
Memang gila pakcik neh. takkan dia tak tahu setting aku kat sekolah?? mana datangnya pulak orang tua umur 50 tahun neh?? haaaa. jangan2 dia! memang tak syak lagi. neh mesti masalah dia! suruh aku selesaikan pulak. haish. bencana betoi laaa! huhuhu.
A : sebagai pemegang teori REBT, sya akan cuba selesaikan kes ikut teori ni. kalau ikutkan kes ni saya rasa saya perlu ubah pemikiran lelaki umur 50 tahun ni. saya nampak, lelaki nih fikir dia mungkin akan lebih bahagia, akan lebih seronok bila bersama dengan isteri yang lebih muda."
tetiba dia potong cakap aku.
P : tak der2 lelaki neh dah tak boleh nak ubah dah pemikiran dia. dia pk memang macam tuh laa itu
yang terbaik.
huh! gila punya psiko. aku cakap macam neh. dia putar belitkan macam neh. semua cadangan aku tak boleh diterima pakai. huhu. dia memang nak buatkan aku down! aku tau..but aku tetap tersenyum dan try untuk kawal marah aku. huhuhu. lepas tuh dia tanya kat aku sikit2 pasal teori yang aku pegang. then sumbangan aku kepada Tanjung piandang. huhu. apa yang aku sumbangkan?? huhuh. apa lagi merepek ler aku! aku cakap, aku banyak pergi buat program kat sekolah lama aku. sumbangkan tenaga dan bakti kepada anak didik di sana. dia pun terus angguk2 kepala kata ha. bagus2. huh!
lepas tuh dia suruh aku keluar. masa nak keluar tuh, dia sempat mintak aku suruh yang lain tunggu sekejap untuk taklimat sikit. dan dia sempat cakap "sy akan cadangkan awak diberi lesen" ! hooorayyyyyyy!! tapiiiiii~
kedebuk!!! aku terlanggar dinding kat pintu. huh! malu ya amat!! aku cepat2 kuar dengan muka cam kambing tak mandi!eh? hukhukhuk
Nasihat : kpd yg nak amek lesen kaunselor berdaftar : bacalah teori sikit2 terutama teori yang korunk pegang. jgn baca jerk. faham sekali. huhu. yakin! kalau kena psiko mcm mana pun please jangan tetiba nak marah atau nak bergaduh dengan penemuduga. hukhukhuk. nak tahu apa2 leh ke kaunter pertanyaan (komen) di bawah ya! :P
muka nebes tunggu giliran! hehehe |
sekian!!
32 comments:
waaa..seronoknya baca cerita ni..hehe..best lah dapat lesen kaunselor..hehe..pernah berangan nak jadi kaunselor..tahniah ye. Pak cik psiko..kot2 berkenan dengan cik sue..hihi
p/s: nasib balik langgar dinding dekat pintu..kalau jatuh golek2, lagi malu..heee. ^__^. lagi satu..panjang ni, comel lah cik sue pakai tudung pink.
huhuhuhu tengss cik aini! sy tahu cik aini baca sy habis. tnkiu sudi baca pai abeh walaupun citer panjang berjela. heeeee. hahaha tu laaa sib bek tak jatuh! hehehehe
TERBAIKLA PUNYE SAIKO .. HAHAHA .. KALO DEQ .. ABIS DA BERLAWAN MULUT . KUIKUI .. NI KNE PGGIL ANAK DARA KAUNSELOR LA NEH KAN KAN .. HIKHIK
hahahah dedeq jgn2 panggil anak dara jerk baru best. rasa macam muda sentiasa jerk hehehe
tahniah dpt juga sue psiko dia..hehe..tp awatnya pegi langgaq pintu tue
TQ. tak perasan ler MV dinding tuh. hehehe kalut2 nak kua dah masa tuh dia panggil pulak. hehehe
wau kira sue ada peluang lah ni..bagus2
kakak kite pun dulu teringin nak jadi kaunselor ni tapi tak ada rezeki...
pengalaman berharga tu. Done U mobile !
perghh..gila psiko eh..teringin gak nak amik..tapi belum ade keyakinan..!
Eh..dah ok la blog ni.. semalam ade malware hinggap..!
wah! Cayalah Sue! Lepas ni kalau ada masalah bolehlah refer kat SUe jer.. Heheeh~~ =)
Kira nak bagi tau lah ni ...konon konon kool n steady,...he..he...
Apa pun Tahniah Sue...senang le nak mintak kaunseling hu..hu... nanti okje listkan problem yg tak selesai lagi ni..
Tang tersandung tu.... nampak sangat nebes...ha...ha..Eh tapi OKje pun jenis tu jugak Sue, kelam kabut.... tadi masa nak angkat baju pun boleh tergelincir... kelam kabut angkat baju sebab dah hujan...hu..hu..
@hainom OKje hahahha boleh3 list kan jerk. hehehe nt sue rujuk kepada kaunselor lain. hihihi. betoi okje su mmg jenis kelam kabut sikit. hihihihi
@Cik Nur huhuhuhu aah semalam ada binatang apa ntah hinggap huhuhu.
uiii,..tahniah sue,.dh dpt kan,..
huhuhuhu tenkiu! aah. :P
salam sue
Pengalaman yg tak dpt dilupakan.
Sue abadikan disini.tq sharing.
lepas ni,.blh la ak jd klien hg,..free ek,..uiii,..
Aduh macam menakutkan je interview tu....
Nasib AJ ni memang takde bakat dalam hal2 ni...
kalau tak kena psiko camtu terus terdiam tak tau nak putaq tang mana dah....
hehehheheheh...
tahniah dear.. memg superb la,, kalo sy jgn harap dpt buat mcm tu..
Saje je kot org tu nk kenakan sue :)
InsyaAllah berjaya tu nanti..
Best baca entri nie ^_^
Semoga berjaya Sue...
teringat kenangan intvw ... tkut sgt. hehehhh
CP suke ! hm , tapi kan CP ade masalah la kat blog , bile bukak je , ade kejutan malware , acano nih ?? cmne nak setelkan ek ??
htel seri msia terengganu?dkt dgn sy,hehe
mmg x minat psiko...hehehe
wahhh..dah ada lesen kaunselor tu..nanti kalau ada apa2 masalah, H rujuk kat sini ea..dengan syarat, kaunseling tu free..:D
gedebuk.. ahaaha... tu part paling best.. ape2 pon smoga pakcik tu dapat kawen dgn sue.. eh silap.. smoga sue dapat lesen tu eh.. aminn
Post a Comment