Showing posts with label kisah benar. Show all posts
Showing posts with label kisah benar. Show all posts

Friday, August 31, 2012

"aku dah boring ler kawen beb, mcm nak cerai jer"


"aku dah boring ler kawen beb, mcm nak cerai jer"

 

Rasa mcm nak tersembuq kuaq semua semprit yang aku tengah kunyah neh.
Cerai???? gila babas apa hang neh??
ang ingat kawen tuh mcm makan kueh semprit??
boleh tukar2 makan kueh lain bila borink??
hadoiiiiiiiiii

Fakta Tentang dia~
-Tengah Pregnant
-Kawen Baru setahun lebih
-Sebelum neh dah pernah pergi kaunseling kat pejabat agama

Bila dia cerita kat aku~
Laki dia buat dia mcm Pe****r
'Touch n Go'
Dia cakap dia dengan laki dia sekang neh tidoq asing~
Lelaki dia jarang makan kat rumah~
Sumpah! aku kesian...

Tapi aku tak boleh buat apa2 kesimpulan. sebab aku belum dengar daripada pihak laki dia~
aku tak tau apa sebab dan puncanya. mungkin jugak pembawakan budak dia jadi sensetip. mungkin jugak perasaan dia ja atau mungkin memang laki dia mcm tuh?teruk! aku tak tau. 
 
Oleh tu, aku suruh dia bincang dengan suami dia.
komunikasi tu penting bagi aku. sebab sampai bila dia nak macam tuh?? kalau dia tak cakap, lelaki dia tak tahu apa yang dia rasa. kalau dia tak dengar, dia lak tak tahu apa dalam fikiran laki dia.
 
*korunk ada cdgn tuk selesaikan masalah dia??

Thursday, August 16, 2012

Korunk ada fobia tak??

 

Secara ilmiah nya fobia neh bermaksud ketakutan yang sangat berlebihan terhadap sesuatu perkara atau keadaan.Contohnya macam gambar yang kat atas neh takut kepada lipas. korunk kalau jumpa lipas, mak datuk berlari~mengalahkan olahragawan negara! keh3

Aku pun ada fobia gak! nak senaraikan rasa macam memalukan diri
di khalayak ramai lak! tapi tak palahh buat korunk yang tersayang..
aku cerita!

Aku fobia kepada binatang yang lembik2 dan panjang2
contoh ular, ulat, cacing dan lain2 laaa!
pernah satu hari! aku masuk dalam bilik air. nak mandi ler kunun!
last2 apa jadi?? aku melolong menjerit panggil mak aku
bergegar satu rumah dengaq suara aku. kelam kabut mak abah aku. hengat ka apa dia??
aku nampak cacing weeeeeeeeeee!! geli siutttt. heeeheee
tak jadi aku mandi! tnggu aku dh lupa baru aku mandi! keh2
terasa macam cacing tu ada jaaaa kat dalam bilik ayaq tuh. lbih truk! smpai aku mimpi2 weh!
huhuhu

tapi aku rasa fobia aku tuh biasalahhh kan?
ramai jugak yang fobia atau geli kepada cacing sama ada berlebihan macam aku
atau tak ja! tapi aku ada sorang kawan neh!
pelik ja dia punya fobia. tau apa??
dia fobia pada binatang yang ada pelepah!
hahahahahaha
macam burung~
ayam~
heh!

ha! satu lagi aku punya fobia! aku fobia pada KFC sebenarnya.
pantang nampak! huhuhu mesti rasa macam nak kunyah2 nak telan2
ermmmm dap2!! kenapa kau sangat lazat KFC?? hadoiiii
nak kawen dengan atok yang kat KFC tu ler
sapa ada nombor contact dia??
bak kat aku!

mak aku pun bergaduh dengan abah aku
 abah :  anak sapa neh? anak u ke anak i? i kurus je!
mak : Eh, u tak nampak? i pun kurus neh! slim river lagi. mana i tau. 
 
HUHUHUHUHUHUHU
 
sEKIAN!
 
p/s : Jom share! awak, awak dan awak ada fobia takkk??? peace!


 

Thursday, July 19, 2012

Kisah cinta seorang blogger yang aku follow menyentuh hati aku~

Entah kenapa hati aku terusik sekali bila membacanya..
tersentuh..
sedangkan hati aku...
ya..hati aku neh sekeras batu..
payah untuk punya rasa dan jiwa~

mungkin kerana...
aku juga seperti diaaa...
kerap terluka dan kecewa..

Katanya..

"terasa diri tersangat malang dalam bercinta . buatkan hati saya mati . pintu hati dah tertutup . terkunci dengan mangga. dan kunci dah diserahkan kat empunya tulang rusuk saya . dia akan cari saya kalau saya dah bersedia untuk dimiliki" (Mazidah, 2012)


Ya...aku tahu dia kecewa..
teramat kecewa..
kekecewaannya sampai aku yang tidak mengenalinya juga terasa...


Sebenarnya, aku dah byk sekali mendengar tentang kisah cinta terluka macam neh..
tapi kenapa aku turut terasa?
turut merasa? perasaan dia??
nak kata aku juga sedang mengalami perkara yang sama
TIDAK!
mungkin pernah...tapi itu semua telah aku buang jauh
dari memori

apa2 pun..
aku doakan dia tabah menghadapi~
ada hikmahnya..
"Mungkin Allah dah sediakan yang lebih baik untuk dirimu syg"


Try baca entry neh mungkin boleh buat kalian yang sedeh tersenyum! :)





p/s : Maaf..aku tak brani nak linkkan entry itu kpada smua.

Monday, April 18, 2011

cinta si isteri~dusta si suami~


lelaki itu adalah lelaki pertama utk perempuan itu...
lelaki pertama yang di jumpa, disayangi,dicintai dan juga dikahwini...
lelaki itu adalah segalanya buat perempuan itu...

mereka berkahwin dan hidup bahagia... hidup gembira dalam dunia mereka sendiri...
segalanya dilakukan bersama dan si suami tidak pernah meninggalkan si isteri walau kemana jua ia pergi...namun...setelahh 4 tahun berkahwin mereka masih belum dikurniakan anak...si isteri sedih dan si suami tetap tenang menghadapi dugaan Allah...

" abg , kawen laaa lagi...sy relakan " dalam terpaksa kata2 itu diluahkan juga
" apa pun yang terjadi abg tetap dgn awk...dan hanya awk seorang shj yang akan jadi isteri abg sampai bila-bila..." jwb suami penuh keyakinan...
"tapi sy tak mampu nak bagi abg anak..." kata si isteri mengakui kelemahan diri..
" tak per...kita boleh amek anak angkat..."

mereka memulakan hdup baru dengan kehadiran anak angkat di sisi..di tatangnya dibelai seperti anak sendiri...

selepas 23 tahun....

" abg harap awak izinkan abg kawen lain ...abg nak anak yang darah dgg abg sndiri..." kata si suami meluahkan rasa di hati..
" tapi knp baru skg?? setelah anak yang kita bela besar? setelah sy sygkan abg sepenuh hati sy...setelah sy tak mampu nak hdup tanpa abg??" kata si isteri sambil air matanya mengalir laju membuktikan luka di hati
" itu dulu...skg lain...abg nak anak abg sendiri..."

si isteri sekdar mendiamkan diri. sudah tidak terdaya untuk bersuara lagi. kalau ikutkan hati yang parah mahu shj di cari perempuan gatal yang cuba merosakkan kebahagian yang dikecapi.
serasa ingin memaki hamun perempuan tidak sedar diri itu..
tetapi dia masih waras...
apa gunanya??
tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi...

anak angkat yang mengetahui segalanya itu datang menghampiri
ibu tercinta...
" mak ...apa pun yang terjadi...apa pun yang bakal mak hadapi...percayalahh...anak yang mak besarkan ini akan bersama mak melaluinya...percayalah mak...seperti mana mak besarkan saya sehingga saya berjaya sehingga sekrang ini...seperti itu jugalahh saya akan menjaga mak..."

si ibu tidak berupaya bersuara. hanya lelehan a. mata menandakan bahawa betapa ibu itu terharu dan bertuah memiliki anak itu...
dan pesanan si anak kepada ayah angkatnya...

" ayah...ayah tak mungkin dapat isteri yang mencintai ayah seperti mak lagi..."

-tamat-
kisah benar


 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com