Showing posts with label Tips Versi Su Pelik. Show all posts
Showing posts with label Tips Versi Su Pelik. Show all posts

Thursday, August 23, 2012

Putus Cinta~


 

Korunk pernah putus cinta??
tak pernah??
wahhhh hebat korunk..
tak terjerumus dalam cinta monyet, beruk, tenuk, cipan dan lain-lain~

Aku??
Lebih dari putus cinta pun aku pernah
sedeh memang sedeh!
 berpisah daripada orang yang hampir menjadi suami
berpisah kerana terpaksa...
bertahun2 menyemai bunga2 cinta
akhirnya?? bunga layu di tasik madu
perghhh macam lagu fauziah latif pulak. hukukhuk

masa aku muda2 dulu~
aku memang frust sampai tertonggeng2 kalau putus cinta
pernah aku tak makan sampai 4 hari weh...
lepas aku dah okeh. aku cover balik yang aku tak makan 4 hari tuh! hihihihi
baru terasa lapar. over kan?

tapi sekarang neh aku dah berusia sikit.
sikit laaaa dulu 12 tahun, sekang neh baru nak masuk 15~
bajet baby paste! huhu
kalau putus cinta neh, tak der ler over cam dulu~
sedeh pun ala kadar jer...

ala kadar?? huh! yer ler sue~~
aku selalu ingat kata2 yang lebih kurang macam neh laaa yer~

 

haaaa. terus aku jadi kuat dan sihat! hihihi cam iklan gigi lak
aku pk kalau dah memang 'aku bukan untukmu' aku sedeh bergolek2 dari batu caves je jalan tar
pun tak guna. memang tak kan jadi milik aku. tak kan!
dan kalau dia memang untuk aku. walaupun terpisah antara gunung daik bercabang tiga dengan KLCC
pasti akan berjumpa jugak di dalam kuali.
hihihihi dah macam ikan goreng lak aku neh.

Aku harap korunk faham apa yang aku cuba sampaikan~
 

Thursday, August 2, 2012

Apa yang aku tengok untuk Join sesuatu GA, CONTEST or SEGMEN??

  • Syarat
Kalau yang jenis pemalas macam aku neh. Memang akan tengok syarat dulu la. Kalau syarat dia agak berat untuk aku yang dah  berusia neh. Hurm. Sory ler sayang...bukan tak minat. bukan Tak nak! tapi tak mampu. Daripada aku join jugak tapi aku tak ikut syarat dia wat per kan?? Kalau takat syarat nak follow penganjur dan BEBERAPA orang sponsor aku tak der hal laaa. Larat lagi. Larat! tapi aku rasa korunk pun sama jugak kan? betul tak?

  • Hadiah

 
Perghhhhhhh!! kalau hadiah dia dapat kate dengan hanya satu entry! syarat dia mcm mana pun aku mesti larat! hahahah. Neh jenis yang mata duitan. cam aku jugak. hihi. Lepas aku tengok syarat dia okeh. Aku mesti Join! biasanya aku tak kisah sangat sal hadiah neh. Aku lebih kepada "sapot menyapot amalan mulia". Tapi hadiah yang selalu buat aku teruja adalah duit tunai. Gila mata duitan kan aku? heh! tapi aku rasa korunk pun sama gak? betul tak?? walaupun 2 hengget. aku dah cukup bahagia dah. hihihi

  • Pemilihan Pemenang
 

Sebenarnya, aku lebih suka if di adili dengan manusia daripada mesen2 ke nasib2 ke hape ke. hihihi. Demand kau! buat contest sendiri! hahaha. Tak der..aku nak gitau jer..mana tahu leh buat tips pada orang yang nak wat GA,CONTEST atau SEGMEN kan..kan..sebab bagi aku, bila kita nak sesuatu tuh bukannya datang bergolek2, ketepak! ketepuk jatuh depan muka. mesti nak ada usaha sikit laaa. Contohnya, penganjur pilih pemenang berdasarkan kreativiti letak banner ke, senget ke tebalik ke. hahahaha. cam sengal jer aku nya idea. hikhik tapi paper pun ada gak orang yang jenis simple lagi pimple neh. yang tak suka benda2 cmtuh. dia suka tempek jer banner then anta link. hihihi kekadang aku pun cm tuh gak. Jadi, Penganjur kena buat dua bahagian a) dipilih by nasib b) nenek aku yang pilih. okeh tak cm tuh?? hihihi

  • Penganjur yang Peramah bukan Pemarah(Tambahan)
 

Masa kita Join. mana kita nak tau kan?? hihihi tapi neh lepas terjoin laaa. Macam aku, aku suka bila penganjur neh ramah tamah. Suka! Contoh bila dia luangkan masa ke entry kita dan cakap "tengss join bla..bla" Aku rasa dihargai sangat. Terus tanya, bila lagi kau nak wat contest? aku nak join neh. hahaha gila punya nak menyapot sebab suka dengan keramahan penganjur. Tapi tak ler ramah sangat sampai ulang alik kerumah aku yang kat TG. piandang neh sebab nak tunjukkan keramahan sangat tu boleh mendatangkan kemarahan aku lak. hihihi. Aku puji sorang penganjur neh. Aku menang dia punya contest hari tuh. Cam biasa aku bagitahu la detail2 kat dia. Then, dia anta komen kat aku kata hadiah lambat sikit, dia minta maaf. Eh, seriuss aku tak kisah! tapi apa yang bestnyaa..dia bagi tahu kat aku..dan yang paling penting. aku dah menang! kau hado?? hihiih.

sekian!

p/s : Entry tak der kena mengena dengan yang sesiapa. Sila jangan terasa yer..

Tuesday, July 10, 2012

nak percaya ke tak????


Bila sekali orang tipu kita..asenyaa susah ke tak kita nak percaya lagi?? aku yakin weh korunk pun sama aku gak..bila sekali kita kena tipu mesti kita susah nak percaya dengan orang yang tipu kita tu lagi kan?? mcm tuh jgak aku...sungguh aku payah nak percaya balik setelah orang yang kita percaya musnahkan kepercayaan kita tu mcm tu sahaja...walaupun org tuh bersungguh2 menyatakan rsa bersalah dan cuba meyakinkan kita bahawa tidak akan berulang lagi perkara tersebut..kita tetap tidak akan percaya ...

skema toi aku neh..tetiba jer citer sal KEPERCAYAAN plak dan mcm nilai2 murni yang aku belaja dengan cikgu moral jeh! keh2 !!!

ada tips tak weh?? cm ner nak percaya balik kat orang yang telah meragut kepercayaan kita..perghhh ayat??? mesti baikkk pnya!! MERAGUT?? igt hape? perompak jer beleh meragut beg?? kambing je boleh meragut rumput?? kepercayaan pun boleh meragut tauuu..heh?? apa yang aku merepek kan neh?? haish!!!

TIPS NAK PERCAYA ORANG BALIK VERSI SU PELIK~

  • HILANGKAN INGATAN-perkara ney leh di laksanakan ketika anda berjalan2 sambil menghrup udara yang segar...kemudian apabila anda melihat ada batu2 jalan yang agak besar korunk hempuk je kepala korunk tu kat batu hempuk sampai hilang ingtan. yep! kalau kepala korunk memang keras hempuk dekat batu pun tak jadi apa korunk try laaa hempuk dengan kwn2 korunk nya kpla. aku yakin! kalau tak korunk yang hilang ingtan kawan2 korunk yang tak bersalah tu yang akan hilang igtan! hahahaha aku yakin pas daripada tuh korunk dah boleh percaya dah kepada orang yang pernah tipu korunk dulu..selamat mencuba ya~
  • p/s= batu2 jalan sahaja batu nisan tidak digalakkan
  • p/s lagi : gambar di atas tidak ada kene mengena ataupun menyerupai orang yang mengarang cerita ataupun sewaktu dengannya. tima kasih!
amaran keras : dilarang meniru perbuatan di atas~sekian!
hidup malaysiaaa!!! muahaaahahahha tetiba!

Saturday, March 3, 2012

BILA MAKWE KORUNK MERAJUK?


Bila makwe korunk balas mesej acuh tak acuh :
Ini kiranya tak sampai tahap gaban lagi tahap tak serius sangatlah nih…dia tetap balas mesej yang korunk hantar TAPI…DIA MERAJUK. Mcm mana tue? korunk kena perasan melalui bahasa yang digunakan dan cara dia membalas mesej. Mungkin dulu makwe korunk ni kalau balas mesej mak aiiii!! Dah boleh buat karangan STPM. Tak boleh nak rumuskan dah. Dulu kalau korunk anta mesej tnya
‘ syg dah makan?’
‘ dah. Semalam lagi dah makan. Makan nasi putih, jering dengan sambal belacan jer! Abg dah makan? Dah mandi? Chat? Tgh buat apa? Besok lusa dengan tulat nak buat apa plak?”
haaaaaaaaaaaa lebih kurang macam tu laaa erkk kalau tak merajuk..tapi kalau merajuk…kalau korunk tanya
‘ syg dah makan?’ jawabnya
‘ dah.’
‘ syg tgh bt apa?’ jawabnya lagi
‘ tak bt per’.
SAH! MESTI ada yang tak kena! tengah merajuk/marah/badmood ataupun ada pakwe lain! Kahkahakahakahakah
Bila makwe korunk langsung tak balas mesej tak angkat kol dan sebagainya :
Tengok jugaklah erk keadaanya. Kalau dia tengah ada dalam jamban dia tak angkat kol or mesej janganlah korunk kata dia merajuk plak. Sia-sia je pujuk! Ingat pujuk perempuan ni senang? Dahlah nak kata2 sakti bagai. Beberapa puloh minit lepas tu kol la balik tengok apa jadi. Takut2 gak makwe korunk merajuk sampai buat keputusan untuk cek in jamban satu malam kan? Jadi paper pun tnyalah mkwe korunk. Apa hal kau tak angkat kol aku?! Hahahhaha memang cari nahas la kalau tanya macam tu. Huhuhuhuhu takkan lah makwe sendiri merajuk korunk tak tau? Sah2 lah korunk yang buat dorang merajuk!
Bila makwe korunk cakap ‘ SAYA TENGAH MERAJUK NI DAN TOLONG PUJUK! ’ :
Hahahahaha agak2 ada tak perempuan macam nih? Ada sih! Berterus terang sangat kot. Peduli apa? Lelaki ni kalau tak bagitahu yang kita nih tengah merajuk depa bukannya tau pun! Payahlah nak faham perempuan nih. Susahlah dengan perempuan nih. Itulah. Inilah. Kan? Jadi kalau aku, aku buat keputusan untuk bagitahu ajer. Senang! Ha kepada semua pakwe2, untunglah kalau dapat perempuan yang bagitahu terus nih. Senang nak ke langkah yang seterusnya iaitu memujuk. Kalau tak korunk pun payah kan? Mesti terfikir2 perempuan ni apa kena? Sawan? Meroyan? Ke tersampuk jin? Pastu korunk pun buat keputusan biarlah…lama2 bila sawan dia hilang dia okey laaa…haaa…itu yang tak nak tu. Rajuk yang pendek bertambah panjanglahh kalau macam tu weh!
p/s : Entry kali ni khas untuk lelaki2 di luar sana yang masih blurr dengan makwe sendiri. Biasanya aku memang bagi TIGA jer yang lain2 korunk carilah sendiri. Kata Albert Bandura pembelajaran daripada pengalaman itu lebih baik. Jadi p cari pengalaman! Dan belajar laaa daripada situ J

TIPS DAPATKAN PAKWE/MAKWE BARU LEPAS PUTUS CINTA


Dedahkan kepada semua orang yang ‘im single rite now’
Ha…senang ajer..kalau rasa malu nak bagthu guna mulut guna la FB. Letak jer status jiwang-jiwang. ‘setelah dia tiada’ tak pun ‘ kembali menjanda/kembali menduda’ tak pun kalau rasa malu nak update status korank tukar je daripada in relationship jadi single. Biar orang komen sikit2 then baru uollss masuk! Kehkehkeh ni la masanya nak bagitahu kepada dunia yang korunk dah single. Lepas tu tgoklah hasilnya, mesti ada yang mula PM tnya ‘ kenapa boleh jadi mcm tue?’ ‘ kalau u tak kisah u cerita la kat I, biar hilang sikit beban di dada u tu’ wahhhhhh!!! Lepas tu pandai2 lah korunk ayat erk. Tak kan tu pun aku nak bagtau kan? Kalau tak jalan jugak letak kat FB korunk letak jer kat jalan mana2 buat BANNER. Betul ke tak aku eja nih. Haishhh. Tulis – JAWATAN KOSONG – SUAMI- KELAYAKAN SPM PANGKAT SATU- apa2 la yang korunk nak tulis erk ikut suka hati jangan ikut suka kaki lak. Ney bukan desprte erk! Ney namanya usaha tangga kejayaan okey?
Jangan tunjukkan yang korunk tu KECEWA NAK MATI
Kenapa aku cakap jangan? Sebab kalau korunk tunjukkan yang korunk tu kecewa sangat. Sedih sangat ditinggalkan minah or mamat sengal tu ( ex korunk la erk ) mesti la dorang pk yang korunk ney tak nak bercinta lagi dan tak boleh nak terima lelaki lain. Bukan ke kat situ dah membantutkan perkembangan cinta baru korunk?? So tak mo2 nah…alah..tunjuk kecewa cikit2 dahlahhh lepas tu teruskan perbualan mengenai uuolllsss…tnya laaa dia pulak ‘ u pernah dikecewakan tak?’ ‘ u pernah bercinta?’ chewaaaahhhhhhhhhhhhhhh!!! Aku kalau bab CINTA perghhhhhhhhhhhh ijazah kedoktoran kelas pertama plusssss100 muahahahahahhahahahahha.
Bila dah dapat number phone dia!
Hurm…lagi sonang kojo! Kol la! Mesej! Tak kan tu pun eden nak kono kabo kan aih..setiap pagi anta mesej kat dia ‘ Moninkkk ’ kalau dia tak balas pun tak pa. pagi besok anto lagi anto sampai 44 hari 44 malam. Kehkehkehkeh. Aku ney bagi tips untuk couple ke untk perempuan lepas pantang nih. Huhuhu ha! Bukan monink jo selamat malam pun antalah jugak erk…ney asyik moninik jerrr dia pon pening…mamat/minah ney asal pagi jer monink asal malam jer hilang. Haaa tak mau2 k? ingat pesan aku neh dia tak balas pun anto gak! Lepas 44 hari berenti! Jangan anta lagi malam ke siang ke jangan anta dah haaa kita tengokkk dia gelisah mimpi tak cari kita! Hihihihihi harus tak senang duduk cari orang yang monink hari2 tuh. Masa tu laaa kita boleh tanya ADAKAH INI CINTA? Hahahahhaha tapi yang aku bagitau jangan anta lepas 44 hari tu untuk orang yang tak balas mesej jer tau.. yang balas tu teruskanlah macam biasa. Ney tetiba hari ke 45 tak anta mesej ke 46 tak anta mesej memang jangan tanya kenapalah kalau pastu korunk kena cerai talak 30 kehkehekhe.
Aku tau mesti korunk tertanya-tanya kan? Kalau perempuan tak kan nak buat macam tu jugak kan?? Malu la! Perigi cari timba kot. Plz erkk sekarang dan tak ada perigi jadi mintak tukar korunknya peribahasa tu jadi pili cari timba k? ok fine…bagi yang perempuan aku bukannya soh korunk p tulis ‘ I love u sayang, tidur I tak kenyang kerana bermimpi kat u…boleh tak u jadi pkwe I yang ke 51?’ aku suruh tulis SELAMAT PAGI JER PUN…kalau dia tak nak kat korunk pun lepas tu kita leh cover lagi..apa lahh maknanya selamat pagi dengan selamat malam?? Kannnnn hahahhaha so mesti try.

TIPS MENGHADAPI EX-BOYPRENZ, TUNANG, SCANDAL DLL


TUNJUKKAN YANG KITA JUGA BAHAGIA TANPA DIA
Macam mana? Ha macam ni, kalau tetiba ex kita kol cakap kata nak kawen ke nak tunang ke dan jemput kita. Jangan tak p! p jer …buat muka selamba badak. Kalau muka dan ada mirip2 badak lagi senang tak payah buat dah memang kan! Keh2 yang lepas tu lepas. Cinta ke sayang ke tolak tepi dulu. Dia boleh bahagia dengan orang lain asal kita nak sedeh2 sampai keluar hingus nangis sal dia? Lagi dramatik kalau kita bawak seseorang disisi kita. Alahhhh kutiplahhhh mana2 kawan kita yang hensem2/cantik2 tuk jadi pelakon. Jadi kekasih untuk beberapa jam! Bagilah upah dua tiga hengget ke kan kat dye mesti dia maunya. Kalau tak der kawan g jer tangkap mana2 bangla wat jadi kekasih. Ok per? Hidung mancung bak seludang kot…dia ada?? Aku yakin siut dia yang telan air liur tengok kita mcm tu wehh…ingat apa? Ang p? aku nak gantung diri la? Nak kelar2 tanganlah? Silap! Aku lebih bahagia kot…
B PROFESIONAL
Wah…tak tahan kan? Tahan jer la weh! Hurm kalau tetiba masa kita tgh jenjalan kat tesco ke giant ke tetiba kita terserempak dia dengan makwe/pakwe baru dia. Wah…kemain lagi erk jalan berpimpin tangan bergelak ketawa macam dunia neh milik berdua la! Jangan duk gatai nak p lari2, sambil kesat2 air mata yang tak bapa nak hada tuh pastu ke washroom, ke rest room, ke room mate ke plz erk! Jangan nak wat adegan hindustan lak. B profesional! kalau leh p jer dekat dia sambil tersenyum, jalan tu biar ada gaya2 model sikit, kalau dulu jalan kengkang, kepit sikit mana yang perlu. Then tanya “ hai…buat apa kat sini? Sihat ke? Dengan makwe/pakwe baru erk…” sambil sengeh3 tau! Make sure nampak gigi yer…alah bukan nak tanya sangat pun…saja nak tunjuk kita ney seorang yang tenang dan profesional…walaupun baru putus tengahari tadi kan! Sedangkan kak umah kita dah ngamuk sakan. Muaahhahahahahahhahahha
BUAT KAWAN ORG LA KATA ‘BFF’
Aku tau part neh memang agak payah la kan…hurm tak pa2 semua perkara amek masa. Buat apa kita nak gaduh2? Nak saling maki memaki? Sdap gak buat lirik lagu neh “ saling memaki” hikhikhikhik. Kadang-kadang bila kita berkawan baru kita sedar yang kita ney lebih sesuai berkawan dengan dia daripada bercinta dan percaya cakap aku. Bila kita berkawan dengan ex kita, kita akan rasa lebih tenang tak der laaa kita nak bermusuh dengan semua orang kan? Yer lahhh kalau kata makwe or pakwe kita tuh ada di serata malaysia mcm mana? Banyak lak orang yang kita kena gaduhkan. So tak perlu. Jodoh pertemuan di tangan Allah…dah tak dak jodoh tak kan nak wat mcm mana? Tetiba jadi akademik lak aku nya tajuk neh. Huhuhuhuhu

Thursday, January 19, 2012

Tips lupakan seseorang~ versi su pelik

bila aku tingat dye~

1) aku cuba tingat balik muka koyak dye tu. cari mana cacat2 yang ada kat dye. mugkin hidung dye penyek ke. lubang hidung tak der ke. hehe. baru aku leh lega! yer laaa...aku pk kan..mana padan muka koyak dye tu dengan aku neh...tak layak digandingkan! apa lagi dengan aku yang cun melecun ney..isk! mana padan . chewahh!!!hahahahha so nak wat laki ker?

2) pastu aku cuba ingt balik masa2 menyampah aku dengan dye...contohnyaaa bila kuar tgok wayang asyik aku jer kena kuar dwit cm ner nak jadi laki aku neh?? then bila dye nak g jamban pun mintak duit kat aku " yunk ada 20 kupang abg nak g toilet!" haaaaaa ney saat2 yang tunjukkan..plz jgn kawen dgn lelaki ini! lelaki ini kedek! lagi kedek dari haji bakhil. so nak kawen ke laki cm ney?

3) aku cuba duduk tepi2 tingkap sambil layan jiwa raga aku. feel sikit2 sedey2 ngis2 pastu hempas dye punya gambar kat bawah pjak2 . then kata " tak guna punya jantan! tak guna !nyah kau dari hidup aku!" nges kuat2 sampai jiran sebelah datang tnya " knp jerit? knp? ada ular masuk rumah ke? pencuri? knp? muahahahahahahha

4) aku cuba crita kat kawn aku betapa aku menyampah dengan muka koyak dye dan mintak kawan aku tolong sokong aku dan kata muka dye mang koyak macam perangai dye! supaya aku tak laa rasa menyesal tinggalkan dye kih2

5) Aku cuba tanya kawan2 aku . mana2 lelaki yang tak der mkwe leh arr aku p jadi mkwe dye tok beberapa minit pun tak per!. atau p je cari jantan kat mana2 dengan kawan2 aku! banyak kot jantan tepi2 jalan. tapi boleh ker?? buat laki...

- versi merepek aku jer sekadar nak sedapkan aty~

Wednesday, March 30, 2011

AWEK dgn PAKWEKnya dlm episode MERAJUK


Minggu ney mood mang cam apa cikit. mulut mang cam gampang jer. muka serius mcm cuka basi. dan aku tahu kenapa..biasalahh perempuan setiap bulan ada jer bulan2 yang tak bapa nak indahnya…dalam mood yang agak songsang ney tetiba jer aku rasa nak melalut tentang AWEK dgn PAKWEKnya dlm episode MERAJUK lak kat entry kali ney…
huh…kadang2 aku tak faham napa laki ney susah sgt nak faham kita yang pmpn ney? aku rasa kita ney pun spesis manusia macam dorang jugak. ada ke sesapa pmpn yang dari spesis kuda laut ke? beruang panda ke? tak der kan?? so apa pasai yang depa ney susah sagat nak faham kita? kdg2 aku rasa sampai kita ney terpaksa bagi tahu :
“ abg…syg tengah merajuk! ” wahhh ayat…kan?? kdg3 tu kita bgthu lagi
“ pmpn ney merajuk bukannya sbb dia marah sgt ataupun betul2 merajuk , dia nak tarik perhatian ajer mintak d pujuk”
jawapan lelaki “ tak larat laa kalau hari2 merajuk jer ” betul ke pmpn ney hari2 merajuk??? tipulah! kalau lelaki tak byk songeh apa lak nak merajuk kan?? ntah laaa dalam penilikan aku ney pmpn ney cukup menjaga hati lelaki ney tau..even dia tgh makan tapi kalau lelaki tu kol dia sanggup ajer cakap dengan pkwe dia walaupun masa tu dia tgh kebulur tahap nak mampus. kalau lelaki tgh makan?? jgn hrp laaa nk dpt ckp ngn pkwe diaa..jwpn lelaki mesti mcm ney
“ jap2 abg nak makan dulu nanti abg kol ” si awek pun tgu lerr…menanti dgn penuh sabar pakwe dia makan..tgu punya tgu ~~tgu lagiii tak kol2. awek ney pun dgn rasa bimbang dan susah hati takut pakwe dia tercekik tulang kea pa ke kan kol la lagii…
tuttttttttt ( tak angkat ) kol lagi!
tuuuuuuuuuuuuuuutttttttt ( bru angkat )
awek pun tnya “ abg buat apa?” pakwe dengan rasa tak bersalah dia. dengan muka air liur basi melekat merata. “ abg tgh tido” awek jwb…”owhhh ang sedap duk tidoqq aku kat sini tgu laa ang dari tadi kata lepas makan kata nak kol!!” tapi sayanggnyaaa kata2 itu hanya kat kerongkong tak keluar daripada mulut. dan simtom2 nak merajuk bermula~ awek pun mula merajuk~ bila pakwe tnya :
pakwe :“ syg tgh wat per”
awek : “ tk bt pe”
pakwe : “ syg dah makan?”
awek : “ dah”
pakwe : “ syg dah mandi?”
awek : “ dah.”
pakwe : “ esk ada p mana2?”
awek : “ tak”
Tahukah anda? tanda2 seorang pmpn merajuk antaranya ialah membalas mesej pendek! masih memblas tetapi tidak spt biasa tetapi mlgnya lelaki langsung tidak menyedari tentang itu bahkan mereka akan berkata begini :
pakwe : “napa bls msg pendek2 ney? kalau tak nak msej tak pala”. ( eh, dia plak yang marah kan?) kdg2 dia dorg bls mcm ney plak “ bz erk? tak per la wat keja dulu, nt dh abeh wat keja msej abg”
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
aku tengah merajukkkkkk laaaaaaaaa napa tak faham!!!
P/S utk encik lelaki : kalau tak nak kami merajuk. jgn buat tak tahu ajer bila wat silap tu. ada faham? mcm kes kat ats ney ^ kalau la masa kol tu laki tu cakap.. “ minta mf syg , tak kol syg, abg tertido tadi ..maaf tauu..meh cini abg kol balik k” haaaaaaaaa encik lelaki sila copy ayat ney n paste kat kpla otak k. cnfrm pas ney u all tertnya2 “ bila awek aku nak merajuk ney??”
sekian…episode pertama awek dan pakwe episode ‘ merajuk ’
 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com