Saturday, May 17, 2014

16.05.05 vs 16.05.14


Assalamualaikum

16.05.05 adalah salah satu tarikh penting dalam hidup aku. Inilah tarikh perkenalan antara aku dengan hasben aku yang masa tue aku pun tak sangka dialah yang akan jadi suami aku. hish...neh laa namanya jodoh itu rahsia Allah...kalau korunk nak tahu mas kawen aku berdasarkan tarikh perkenalan kami neh laa. hihihi

Aku kenal dengan dia kat internet. masa tuh kami gunakan mirc. korunk yang veteren2 mcm aku ingat tak mirc neh?? boleh chat dalam kampung laa mamak laa..umur aku masa tuh 17 tahun. huh! al maklum laaa jiwa remaja. dah ada perasaan nak berpakwe2 neh. memang gila. kenal baru 2,3 hari terus declare couple terunggul. padahal jumpa pun tak pernah lagi. even tengok muka dia pun tak pernah! masa tu aku tak fikir pun muka dia neh tah2 senget ke. tak siap kat mana2 ke. uhuhu sumpah aku tak fikir semua tuh. yang aku fikir ada teman nak mesej2. huhu. sungguh zaman jahililah masa tuh. apatah lagi masa tuh aku baru putus cinta. hish. fikirkan balik. gedik sangat masa dolo2 tingkatan 1 dah ada pakwe.

bercouple dengan hasben aku neh tak lama. lepas jerk SPM. mksdnya dalam tahun tuh jugak dia mintak putus dengan aku. cis! terasa tercabar jerk. tak pernah kot sebelum neh lelaki mintak putus dengan aku. sedeh? kecewa? masa tuh memang tak laaa. couple pun bukan atas dasar fall in love ke hape kan. atas dasar suka2 jerk nak ada teman sms. lama aku lost contact dengan dia. hampir 2 tahun!

masa umur aku 19 tahun. aku keja kedai dobi sementara tunggu result STPM. Tiba2 jerk masa tu aku yang gatai nak contact dia balik. tapi memang aku tak ada niat nak jalinkan hubungan balik ke hape. tak ada! cuma saja2 nak contact balik. sunyi laaa kunun, huhu asyik duk main mata dengan mamat sebelah kedai dobi jerk. eh? hahahha

then bermula laaa pulak sesi berkawan dengan bekas pakwe yang aku tak pernah jumpa dan yang jauh di mata. kat KL nun...kwn punya kwn tak berapa lama dia ajak aku couple balik. masa tuh, serius aku memang betul2 tak berminat. tak berniat. dan tak ada hati nak balik masa tuh. aku tolak cara baik. but dia tetap bagi aku msa untuk fikirkan semula. tp, jwpnya biarlah kita berkawan sahaja dan masa menentukan segalanya...

ewah?? aku memang drama daripada dulu weh. sebenarnya masa tuh kan aku dah ada someone yang more loving caring and aku dah kenal dengan dia laa. dah bersua muka gitu. sebab tue laa aku tak nak kat hasben aku balik! hahaha nampak tak kesetian aku?? elehhhhhh hahhah!! 

aku sambung belaja kat U. masa sem 3, aku terus di sunting org. yap. org yang aku kenal. yang aku suka. yang aku cerita kat atas tuh. tapi sebenarnya, masa tuh aku belum sedia nak bertunang dengan dia. kalau korunk nak tahu aku sampai nagis2 kot tak nak tunang. tapi, aku bertunang jugak sbb mak ayah aku laa. pelik kan?? mcm kena paksa laakk! hahaha

masa aku bertunang dengan tunang aku neh, aku still berkawan dengan hasben aku. dia tak tahu yang aku dah bertunang. tak pernah aku cerita. yer laa.nak buat apa?? lagipun aku dengan hasben aku neh pun jrang2 berhub. perluke nak cerita dekat someone yang aku tak pernah jumpa pun??

bulan 7, 2011 aku putus tunang. sebab?? tak payah laa aku huraikan panjang lebar. aku yang mintak putus, ada masalah keluarga sikit. aku tak salahkan dia. mungkin salah datang dari pihak aku jugak. tapi yang pasti bukan kerana orang ketiga. sebelah dia atau sebelah aku. kekecewaan aku tu melibatkan banyak pihak pulak. aku dengan rasa kununnya bersalah, bagitahu dekat hasben aku neh yang selama kami berkawan aku sebenarnya adalah tunang org. and aku mintak dia jangan hubungi aku lagi, sebab aku tak nak berkawan dengan mana2 laki pun sekang neh. pelik kan?? aku pun tak tahu kenapa aku buat mcm tuh,.

bermula laaa episod aku tanpa lelaki di sisi baik kawan ataupun pakwe. kawan2 kat kelas tuh lain laaa. neh maksud aku kawan2 yang lain macam sikit. hahahha. habeh aku belaja kat U. aku sambung belaja kat subang. untuk dua bulan. kursus bahasa inggeris yang ditawarkan U aku. 

hari pertama aku di subang. aku jumpa hasben aku! atas alasan mintak pinjam extension!itu bukan kali pertama aku jumpa dia. dah berkali2 masa kat U dulu.tp sekejap2 jerk. serius aku memang menyampah dengan dia. menyampah sangat. bagi aku dia bukan taste aku. sebab kami teramat jauh berbeza. pandangan, pmikiran, dan lain2 laa.

1 hari dia ajak aku keluar. aku pun iktla. tak di sangka2 rupa2 nya dia bawak balik aku p rumah dia. jumpak mak dia! hish. serius aku terkejut. masa tuh. owhh plzz laaa sapa nak kawen dengan ang neh?? aku neh keluar pun atas dasar kawan jerk. tapi yer laaa salah aku jugak..sapa suruh bagi harapan?? bila dia ajak kuar dan bagi jawapan yes tu maknanya memberi harapan la kan?? hurmmm...

hurm bermula dengan perkataan terpaksa, separuh rela dan akhirnyaaa...aku dengan dia bercadang nak bertunang pada 1.6.2013 dan nikah pada 17.8.13. tapi, kami hanya merancang tuhan yang menentukan. aku ternikah dengan dia pada hari kami bertunang tu. ewahhh ternikah?? hihihi. seminggu sebelum tarikh keramat tuh kami buat keputusan untuk nikah sebab takut aku di hantar jauh ke sabah atau sarawak. huhu. tragis kan??

setelah berbagai2 laluan. kona ke kiri dan ke kanan. rupanya2 dialah jodoh aku. lelaki yang aku kenal melalui internet. yang aku tak fikir pun akan kawen dengan dia. dan alhamdulilahh..sekarang aku cinta dan sayangkan dia sepenuh jiwa aku. apa lagi, baru2 neh kami dianugerahkan amanah Allah yang cukup bernilai pada aku dan dia zahra nur sofea! (17 day) born 30/4/14

menjawab soalan adik aku yang paling comey neh!
aku dah PJJ dengan hasben aku sejak kami nikah lagi 1.6.14 sampai laa sekarang. dia di KL rumah mak dia. dan aku di Perak rumah mak aku. insya ALLAH dia dalam proses untuk menukarkan diri dia ke sini.sekang dia bertugas di HKL dan harap sgt dapat tukar hospital dekat2 sini. doakan kami!! :)

6 comments:

Dhia Johary said...

Whatt??? expect the unexpected! jodoh kan,.. congrat for having zahra! :)

syafiq audy said...

uiiiiii,..menggamit sgt,.moga hg bahagia sue,..
=)

Kira Sakura said...

".. sebab aku tak nak berkawan dengan mana2 laki pun sekang neh. pelik kan??.."

tanya lagi? pasal awak kan ke Sue Pelik. ape nak peliknya kahkahkah :p

ok ok kita serius.

jodoh rahsia Allah. mcm entry saya dulu la. Jodoh Langgar Bahu, kadang kita tatau kita kenal dia dah lama. tapi rupanya dialah jodoh kita. rasa mcm haishhh nape lah aku tak kawen dari dlu lagi kahkahkah :p

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum... Pn.Sue,

kisah yang panjang lebar, jodoh dan pertemuan di tanganNya.. kan. Nice story touching baca.

mselim3

pls: moga bahagia di samping suami dan anak tercinta...amin.

Kesuma Angsana said...

hehehe sweetnyer n3 ni suka sgt!

hainom OKje said...
This comment has been removed by a blog administrator.
 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com