Wednesday, May 21, 2014

Pengalaman pertama sebagai ibu


Assalamualaikum!

Hari neh genap 22 hari aku dalam pantang. ada lagi 22 hari untuk aku habehkan hari2 yang menyiksakan ini.
Hari neh aku nak ceritakan pengalaman aku dalam pantang selama 3 minggu neh. tapi aku bukan nak share tentang apa aku buat ke. tentang aku pakai bekung ke tak ke.tentang apa aku makan. nope! tentu sekali semua benda tu banyak dah orang lain share. aku nak share lebih kepada emosi dan perasaan selepas bersalin. kenapa aku nak cerita benda neh? sebab aku nak ibu2 lain yang baru melahirkan anak pertama tahu dan sedar perasaan dan emosi yang sebegitu jika tak keterlaluan adalah normal!

Pertama kali dapat pegang anak dan susukan anak

 
kekok! itu sahaja yang dapat aku katakan untuk menggambarkan semua perkara. mcm mana nak pegang?? mcm mana nak bagi susu?? malu laa nak menyusu depan org. kalau air susu tak keluar mcm mana?? mcm2 aku fikir. risau! tapi aku cuba jugak. cuba! alhamdulillah...aku dapat susukan anak aku. dan semua kerungsingan itu hilang! aku cadangkan, kalau korunk masa tuh kat hospital jangan malu and segan tanya kat misi apa yang korunk tak tau. and tak da masalah kalau korunk share kan benda tuh dengan kawan2 korunk yang ada dalam ward tuh jugak.

Minggu pertama dan kedua di rumah sebagai ibu

minggu yang sangat-sangat mencabar emosi dan fizikal. kenapa?? anak pertama biasanya jahitannya lebih banyak apatah lagi vacum macam aku. jahitan kat sana sini kot. keadaan diri memang siksa laa masa tuh. itu baru fizikal. masuk jerk hari kedua dan ketiga kat rumah emosi dan perasaan dah mula terjejas. rasa tak seronok. tak best.  aku rasa macam semua neh menyusahkan jerk. mana taknya. kita kena merawat diri yang tak sihat dalam masa yang sama kena jugak jaga anak yang tiap2 malam memang akan merengek dan tak tido. kiranya malam2 aku memang terganggu sejak hadirnya seorang insan yang bergelar anak. 

aku makin terjejas, sampai pernah aku nangis sorang2. tiba2 rasa rindu pada kehidupan aku yang dulu. aku boleh duduk dengan hasben aku sambil tengok TV dengan tenang. bergurau senda. cerita macam2 sambil makan2 atau rasa bosan terus jerk keluar rumah jalan2. aku rindu sangat kenangan masa aku mengandung. pernah aku terfikir rasa macam nak mengandung jerk tapi tak nak bersalin. bahkan pernah kot aku rasa menyesal dengan semua neh! serius! bayangkan?? teruk ke tak aku??

1 malam aku ceritakan semua yang aku rasa pada suami aku. sumpah! aku dah tak tahan. takut aku termeroyan plak nanti. huhu. rupa2nya bukan aku sorang yang rasa. suami aku pun rasa benda yang sama. yerla. mana taknya, malam2 kami terpaksa berjaga sampai pukul 5,6 pagi sebab dia asyik merengek dan tak nak tido. kami berdua neh pulak dulunya memang kaki berjalan dan berpoya2 jadi bila dah ada anak, dan aku pulak dalam pantang, banyak benda yang dah berubah. 

tapi, hasben aku dengan matangnya cakap...mungkin neh proses untuk kita menyesuaikan diri dengan kehidupan baru kita neh. bukan senang nak jadi ibu dengan ayah. lama2 mesti semua perasaan neh akan hilang. aku yang dengar neh diam tak terkata. air mata jerk yang gambarkan perasaan aku masa tuh. haah baru aku tahu, bukan senang nak jadi ibu dengan ayah. start daripada proses mengandung, melahirkan dan sampailahh menjaga dia pulak...

Minggu ketiga sebagai ibu


aku dah makin bijak menyesuaikan diri. ewah...! haha. walaupun kadang2 stress jugak dengan anak yang merengek dan tak tido mlm tapi perasaan menyesal atau apa sahaja perasaan negatif dulu dah hilang. sekarang cuma ada perasaan rindu! perasaan sayang dan cinta pada anugerah Allah ini. makin banyak yang aku belajar dan faham dengan kerenah si kecik neh. jadi, lebih mudah untuk aku uruskan dia dan diri sendiri walaupun tanpa suami aku. tak sabar2 nak tunggu dia besar pulak. 

aku pernah tanya kawan-kawan aku yang dah bersalin. apa yang diorang rasa masa minggu2 pertama bersalinkan anak sulong mereka. so jawapannya lebih kurang apa yang aku rasa. malah, ada yang rasa suami dorang semakin jauh dengan dorang dan anak sebagai beban sebab kena jaga sorang2. tapi, kawan aku cakap perasaan tuh hanya hadir masa bersalin anak pertama. anak kedua dan seterusnya perasaan tuh dah tak ada.sebab?? kita dah bersedia dari segi fizikal dan mental sebab dah ada pengalaman kan...apa2 pun mungkin tak semua rasa perkara yang sama kan...mungkin wanita yang dah biasa jaga adik dorang masa ibu dorang dalam pantang atau yang dah biasa dengan budak2 neh tak adalah kena culture shock sangat macam aku yang anak tunggal neh. hahahaha

dulu...seorang kakak kat sekolah aku pernah tanya. "dah sedia ke nak jadi ibu??" aku dengan bangga dan bongkaknya menjawab " sedia tak sedia kena sedia jugak. nnti dah lepas ada anak pandai laaa nak bersedia!" hahah kakak tu just senyum kat aku. sekang aku rasa itu bukan jawapan yang baik. nak jadi ibu tak sama macam nak jadi isteri bagi aku. nak jadi ibu memerlukan persediaan fizikal dan mental yang lebih. bukan main redah jerk. masa mengandung aku rasa dah patut kita banyakkan membaca tentang persediaan menjadi ibu, bukan asyik baca tentang kemengandungan jerk. hahaha. itulah salah aku! sepatutnya, aku lebih tahu dan sedar cabaran menjadi seorang ibu! tak adalah minggu2 pertama tuh aku jadi ting tong sikit. keh2 sib bek tak meroyan weh!

nasihat aku kepada yang baru kawen : tak payah laaa kelam kabut sangat nak ada anak just untuk buktikan yang korunk dengan hasben subur!. atau tak nak dengar umpat keji masyarakat. atau tak nak dengar orang asyik tanya " tak ada lagi ke?" " dah ada isi ke??" sedangkan baru kawen sebulan dua! hukhukhuk. bukan dorang yang nak jadi ibu kepada anak2 korunk nanti, bukan dorang yang nak datang bela anak korunk masa diorang tak nak tido malam2 haaaa! kan... honeymoon laaa puas2 dulu. amek masa untuk berdua dan baru bincang sama2 "yunk, u dah ready nak jadi bapak??" kalau dua2 dah ready...go on! tapi, kalau korunk dua2 sebelum kawen pun memang nak sangat anak and memang dah bersedia lama dah nak jadi ibu ayah tak kisah laaa kalau tak nak honey moon nak terus ada anak pun kan. 

tapi paper pun sediakan dulu diri kita dengan ilmu! so, lepas tuh kita dah boleh nak jadi apa pun kecuali badman, superman dan sebagainya! hew.hew. entry aku sekang neh asyik panjang2 jerk. huhu nampak sangat terlebih masa duk rumah neh. huhuhu.

p/s: mana yang baik amek laa sebagai panduan. mana yang tak, terus abaikan sahaja. peace!




4 comments:

Sally Samsaiman said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Kira Sakura said...
This comment has been removed by a blog administrator.
PILOT LOVER said...
This comment has been removed by a blog administrator.
suhailah hamid said...
This comment has been removed by a blog administrator.
 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com