Tuesday, May 13, 2014

pengalaman bersalin anak pertama


Assalamualaikum!
Hari neh aku nak ceritakan kpd semua pengalaman aku bersalin. aku pasti dan yakin ibu yang mengandungkan anak pertama seperti aku tentu tercari2 pengalaman orang lain untuk diambil iktibar. cisss asal ayat aku cam skema sangat neh?? hukhukhuk. tak pa laaa dah jadi ibu kan. so, kena laaa skema2 sikit. hahaha.
okay. meh sini aku cerita. malam 26.4.2014 selepas aku seronok berpoya2 dengan husband aku kat peneng, aku balik dengan penat yang teramat sangat. masa aku masuk bilik air tetiba aku Nampak ada lender warna putih bersih macam hingus kuar dengan banyaknya. glupp!! nak bersalin dah ker?? yer laaa masa tuh aku dah 38w 6d. aku pun dengan tenang bagitahu kat husband aku. dia kelam kabut suh aku p hospital tapi, aku relaq lagi...baru kuar lender putih! ewahhh...
27.4.2014, masa tu malam jugak tetiba, keluar lagi lender banyak. kali neh warna dia coklat2 pulak. hish. aku dengan tah paper. kalut p tjuk dekat husband aku. dia dengan blurr Tanya
" apa tue??" huh! nak jerk aku jawab. biskut mary! ayooo abg, Nampak tak itu lender campur darah??? huhuhu
tapi aku tak rasa sakit lagi pun. relaqq ar kan...28.4. 2014 petang dan malam tu pun sama. kuar lagi lender warna coklat2 cam tuh laaa. aku buat relaq lagii. pagi 29.4.2014. tepat pukul 5 pagi, aku p toilet dan tengok lender coklat2 tuh dah bertukar jadi warna darah merah yang fresh! huhuk. aku cuak! husband aku dah balik KL. aku kelam kabut kol kawan aku wan!.
so, kami p on the way ke hospital taiping pada pukul 6.30 pagi 29.4.2014 dengan mak ayah aku. husband aku plak dah on the way balik dari KL. sampai hospital lebih kurang pukul 8.00 pagi. aku sempat melantak dulu Nasik dengan ayam masak apa tah. yang pasti tak sedap langsung!. hahaha
then, sampai jerk kat dewan bersalin tuh. aku pun p daftar. aku masuk ward sebab dah ada tanda2 nak bersalin. serius. benda yang paling buat aku nebes masa kena buat spot cek dah berapa cm. hukhukuk. daripada tak sakit. terus rasa sakit! huwaaaa. bukaan baru 2cm! so, aku mmg akan terberanak tak lama lagii...rasa nak berjoget2 plak sebab dah lama aku tunggu saat2 neh.
aku di masukkan ke dalam ward dengan berjalan kaki sendiri. al maklumlah tak sakit lagi! hihi. makan tengahri di hospital macam makan tengahri kat tepi pantai. seronok! masa tuh hasben aku dah sampai, so dia pun temankan aku makan laaa. okay. tepat pukul 3.05 minit petang 29.4.2014, air ketuban aku pecah. gluppp!! aku semakin cuak. tak lama lepas tuh sakit semakin teruk. doc buat lagi spot cek kat aku. bukaan baru 3 cm! hukhukhuk ada lagi 7 cm kot...
start daripada air ketuban aku dah pecah. aku semakin sakit dan sakit dan terus sakit!! sampai aku dah tak hengat apa yang jadi. sakitnya tuhan saja yang tau...tak dapat aku nak ceritakan. ya Allah...nak menangis bila aku teringat balik. tepat pukul 12mlm 30.4.2014 baru laaa aku di masukkan ke dalam labour room dengan bukaan 4 cm. bayangkan??? daripada pukul 3 ptg aku tahan sakit sampat 12 malam baru bukak 4 cm??
di labour room. tak tahu aku nak cerita macam mana . sakit yang teramat sangat! doc dah dua kali cucuk ubat tahan sakit kat aku. pluss aku pun sedut oksigen utk pelali. tapi semua tu aku rasa macam tak brapa nak berkesan jerk.memang tak berkesan! ya Allah...
bukaan aku dah 10 cm. aku nampak ramai yang dah ada kat keliling aku. seorang doktor cina perempuan bersedia sambut baby aku. doktor2 lain, nurse, MA turut ada kat tepi aku bagi semangat ke menyemak ke aku tak peduli. yang aku fikir masa tuh nak deliver jerk. malu ke hape ke campak kat laut. aku teran! teran! dan teran! hukhukhuk berkali2 aku cuba berpuluh kali. tapi tak berjaya. aku kepenatan. doktor kat tepi bagi semangat, nurse pun sama. yang marah pun ada. huh! kalau aku tak sakit, nak jerk aku sepak muka dorang, aku mana pandai weh! neh first time neh. huhuhu

lepas dah hampir 1 jam 30 minit aku cuba, baby masih belum menampakkan wajah, aduhaii bayangkan?? aku memang dah tak bertenaga. 18 jam sudah aku menanggung sakit yang tak tertanggung. mana mungkin aku bertenaga lagi. apatah lagi tanpa makan dan minum! tetiba aku nampak sorang doktor lelaki india datang menghampiri aku. dia cakap, "puan kita terpaksa gunakan vaccum, kepala baby dah nampak tapi puan tetap kena teran jugak. kami cuma membantu dengan vaccum" aku angguk. gunalah apa sekali pun janji baby aku selamat.prapp! dia gunting lagi... utk kali kedua dengan gunting tumpul. huhuhu. aku dengar sendiri doktor tu ckp, gunting tu tumpul. cisss!! huhuu

sorang doktor cina perempuan dan sorang doktor lelaki india seluk kat bawah tuh. huhu. bayangkan weh?? tapi sakit kontraksion aku lagi hebat dari sakit kena seluk. lantak la! lepas tuh bermula laaa sesi kedua teran dan vaccum. percubaan pertama, gagal! percubaan kedua gagal!! dan akhirnya percubaan ketiga...

alhamdulillahhh...baby aku berjaya keluar! syukur ya ALLAH...
TAPI....



tanpa sempat tengok muka dia. malah, aku pun tak tau jantina anak aku hape. dia terus dikejarkan ke icu. aku melopong tunggu anak aku sambil tengah kena jahit. tiba2 doktor datang kat aku explain yang anak aku kena terus hantar ke icu sebab dia hampir lemas, masa dia keluar tuh jantung dia berdegup kencang dan dia dah tertelan ayaq ketuban! so kena kuarkan air ketuban takut kena jangkitan kuman. baby pun kena pakai bantuan penafasan. hukhukhuk. sedihnya!!

alhamdulillah...setelah 3hari 2mlm ZAHRA NUR SOFEA BINTI ZAHARUDDIN duk kat icu dan 3hri 2 malam jugak di ward kanak-kanak. dia dah boleh keluar dan keadaan dia agak stabil cuma kena follow up dengan hospital beberapa bulan sekali. tak pa laaa janji semuanya selamat.

ini pengalaman aku melahirkan puteri sulung aku, kalau ditanya nak beranak lagi ke? jawapan aku sekarang tentulah "tak nak!" huhu. tapi tu jawapan sekarang nanti tak tau laaa. huhuhu. jangan pulak sesapa yang baca neh takut lak. nasib orang lain2. ada jugak yang sakit 1 jam dah bersalin. so, rezeki masing2. mungkin ini semua ada hikmah buat aku untuk lebih menghargai mak kandung aku. :)

entry lepas neh :
1) aku nak review pasal guna produk berpantang shaklee
2) review guna breast pump snow bear
3) cerita perasaan aku di dalam pantang
4) pengalaman bersalin di hospital taiping

9 comments:

Azwar Syuhada said...

Alhamdullilah semua selamat..Lawak sih masa tunjuk dekat husband..Sue kata biskut marry..hahaha.. Tahniah ye..Tak sangka sue dah kawen.. xD

Nastyna said...

Tahniah dan alhamdulillah, dah selamat semuanya skang kan. saspen wei baca citer u nih hihihi.

ma ❥ said...

ERR takut bacaaaaaa... tahniah atas kelahiran :)

Sally Samsaiman said...

ohhh maiii god! Camne sally boleh tak tau baby sally dah lahir...damn! sorry sue!! mana baby titew..?? ite nak tgk sangat!! hehehe...jumpa kat FB! :P

cweet pinky said...

pergh !sis, penceritaan yang bagus, paling heaven part gunting tuh , tahniah sis, hahahaha, sangat berjaya menakutkan CP, hahahaha !!

btw, tahniah la, wah, dah lama sangat rasenya CP tak melawat blog nih , yerla, hari tuh paling last CP baca yang sis ade cek pregnancy, sekarang nih dah bersalin pun, pergh, memang lama la CP tak berblogging kiranya, tak perasan pun, btw tahniah untuk princess sulong nih , hehehehe ~

Kira Sakura said...

Allahuakbar besar ujian Allah. tapi alhamdulilah semuanya dah selamat.

tapi memang takde kekuatan bila dah bertarung lawan sakit berapa jam lamanya. bila nak meneran tue memang rasa sengsara yg amat huuuu.

tahniah awak. dah jadi ibu pun :)

hainom OKje said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ummi Jual Vitamin said...
This comment has been removed by a blog administrator.
 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com