Tuesday, May 13, 2014

pengalaman gunakan set berpantang shaklee


Assalamualaikum!

Hari neh aku nak share tentang set berpantang yang aku pakai waktu berpantang. untuk makluman orang yang tak tau, aku bersalin pada 30.4.2014 (rabu) 8.42 am. sebelum bersalin, aku sibuk google tentang set berpantang yang terbaik untuk aku! ewah..serius, aku memang seorang yang sangat nak kan kesempurnaan. tu laaa masalahnyaa. hukhukhuk. pilih punya pilih, tilik punya tilik setelah buat banyak pertimbangan aku pun buat keputusan nak amek set berpantang shaklee. antara sebabnya :

1) sbb boleh makan utk bersalin normal atau bedah
2)sbb produk shaklee just makanan tambahan, so anak kuning pun boleh telan
3) tak ada benda2 yang rigid, yang akan menyusahkan aku. just! semuanya telan. sebab aku neh jenis yang pemalas. keh3

so kalau korunk pun spesis yang macam aku, boleh try produk neh. ewah! hahaha. sebelum aku teruskan dengan mereview produk neh. nak aku ingatkan yang aku menulis entry neh bukan dengan paksaan sesapa, atau dapat bayaran apa2 k, aku pun bukan penjual shaklee neh. keh2. aku just pengguna yang aku rasa better aku berkongsi pengalaman aku pada semua! hikhikhik. macam duta sangat kan...

okay! aku start gunakan produk berpantang shaklee iaitu vita lea, vit pluc c, zinc dengan b complex beberapa jam lepas aku bersalin. telan macam biasa jer laa kan...aku memang tak dak masalah nak telan2 ubat neh. so, hari ke 5 aku masih kat spital kan. nurse datang cek luka aku yang kt bwh tue, dia cakap eh? dah kering? dah baik. hurm...pastu dia tengok atas meja aku ada set shaklee neh. nurse pun tanya "makan tue ke? masa berpantang?" aku pun jawab haah laa. then aku dengar nurse tu cakap kt kwn dia. sebab makan tue kot cepat kering and baik. hola! baru hari ke 5 kot... dah laaa aku neh berjahit banyak! hukhuk

hari2 yang aku lalui memang bertenaga. aku okay jerk. tak dalah lembik sampai tak leh nak buat hape! kalau uolss nak tau?? tapi jangan tiru erkk..aku siap leh shoping beli barang sofea masa hari ke 12 and p tengok rumah yang aku nak beli tuh masa hari ke 13. hahahhaha. haaa ini jangan laa ikut aku, korunk pantang laaa betoi2. aku neh lain cerita. terpaksa! huhu. so, aku just nak highlite kat sini betapa aku bertenaga masa pantang dengan shaklee. hukhukhuk. 

masa hari yang ke 12 tuh, aku dah tak rasa sakit langsung pulak kat bawah tuh, sampai kekadang aku terlupa yang aku luka berjahit. hukhuk. nak berjalan pun dah boleh berjalan macam biasa. cuma, nak buang air besar atau air kecik aku still tak berani nak duduk lagi laaa sebab macam trauma sikit. hahaha.

selain tu, apa yang aku nampak, kulit aku tetiba jerk jerawat mcm mls jerk nak munculkan diri. aku pun pelik. dalam hati mungkin jugak hormon lepas bersalin kot. tapi lepas aku selidik2, laaaaa rupa2nyaaa dua dripada empat botol yang aku telan tuh adalah set kecantikan!! hikhikhik. so? bukan sahaja masalah utama aku terawat masalah sampingan aku pun sama. happy!! siutttt sebab tuh aku sibuk nak review jugak produk neh. hahahah.

aku beli dengan harga rm215.00 sahaja!! hikhikhik
mana nak dapat?? korunk ada pesbuk tak?? mesti ada kengkawan kan.. korunk beli jerk kat situ
survey2 laaa harga ada yang bagi murah sikit. macam aku dapat beli rm215 kawan aku beli set yang sama dekat orang yang berbeza rm245 plak. so, pepandai laaa erk!! huhuhu

and utk makluman hari neh aku baru 14 hari berpantang. hikhikhik, dah sibuk nak review. yerlaa dah bagus. aku review laaa. hukhukhk

aku beli kat cik nafisah
tima kasih cik nafisah! hukhukhuk

2 comments:

dariilhamkehati said...

hahahaha, sis, CP pun consume shakle jugak, CP beli kat kawan blogger jugak, tak ngt la nama blog dye, in shaa ALLAH CP pun nak buat review, hehehehe ~

Kira Sakura said...

masa saya pantang dlu kan nak beli jugak set shalee nie tapi mama tak bagi. pasal katanya yang tue supplement ape ntah. nak baik luka bawah dengan dalam perot kena makan jamu dengan benda2 tak sedap tue. nguuu kita pun ngikut aje la ;((( takpe la. mama lebih tahu nanti kena cop anak derhaka pulak kihkihkih :p

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com