Mesej tanpa nama yang aku dapat pagi tadi sememangnya agak mengejutkan.
Sungguh aku tak sangka!
-imbas kembali-
Dia roomate aku yang aku panggil "kakak"
Dia baik dan peramah
Kenangan bersama dia 4 bulan di bilik dan di rumah yang sama
memang menyeronokkan
Satu malam kami dikejutkan dengan panggilan telefon
kata kakak "roomate" ku itu kawannya yang berada di tingkat atas sedang menghadapi masalah.
dia rasa tak sedap hati sebab dia dengar suasana kat sana macam kelam kabut.
dia ajak aku temankan dia naik ke tingkat 9, tingkat atas rumah kami
aku menurut. namun apabila sampai sahaja di depan pintu
aku dengar bunyi orang menjerit seakan kena rasuk. Ya! memang betul. ada orang yang kena histeria.
siapa? kawan kakak roomate aku tu yang kena histeria. lebih parah dan menakutkan dia memanggil2 nama kakak aku tuh.
aku mula rasa tak sedap badan. aku memang lemah semangat. dulu saja aku pernah kena sampai orang sekeliling aku bacakan yasin. jadi aku bgtw kak aku untuk undur diri dulu di temani seorang rakan rumah yang aku pergi tuh.
Selepas itu,
kakak aku balik. walau aku dalam keadaan masih belum stabil aku tetap beria2 nak tau apa yang jadi kat sana. akak aku pun start laa cerita. rupa2nya rakannya itu punya pendamping yang tersendiri dan ada sebab kenapa jadi begitu. tidak perlulah aku bgtw apa sebabnya. akak aku yang membantu dan menolong rakannya itu. nasib baik dia bukan seorang yang lemah semangat macam aku.
lepas tuh aku nampak akak aku neh agak murung. stress dan macam sakit jer. dia selalu cita kat aku tentang mimpi2 buruk yang dia selalu alami. kadang2 dia citer jugak kat aku yang badan dia rasa lenguh2 dan sakit2 tak tahu apa puncanya. tapi kami berdua buat kesimpulan yang sakitnya tu berpunca daripada stress kena buat thesis akhir.
dan selepas tuh aku dengan dia berpisah hampir dua tahun
dalam masa tuh aku adalah jugak bertanya khabar dekat FB dan HP.
Tetapi tadi aku agak terkejut. bila aku tanyakan tentang perkhabaran dirinya.
katanya~
" akak baru saja sembuh sikit dari sakit yang teruk, akak lumpuh. tak leh berjalan. terbaring. kaku. faham situasi dan keadaan tapi akak tak mampu walaupun nak gerakkan tangan"
sungguh aku terkejut. kenapa?? apa yang dah jadi??
katanya..
dia dah pergi x-ray dan pergi mengurut dan sebagainya tetapi doktor cakap tak der paper. pelik bukan?? lepas tuh dia pergi kepada seorang ustaz neh. ustaz neh cakap. dia sendiri tak tahu apa yang sedang di alami oleh kakak roomate aku neh. dia cadangkan akak aku pergi kepada yang lebih pakar.
Tahu apa hasilnya??
ustaz tu kata kakak aku dah terkena buatan orang. orang tuh bagi kat akak aku suh bela. dan benda neh dah lama. Siapa?? tak payah aku bgtw aku rasa korunk yang baca semuanya tahu siapa. aku sedeh sangat sebab benda neh jadi masa aku bersama kakak aku tuh. ada jugak dia tanya masa dalam bilik aku ada rasa apa2 tak?? tak pernah lak aku rasa paper benda yang pelik dan ganjil.
kepada semua~
doakan kakak aku neh sembuh ya...
aku sedeh bila dengar dia kata ini mungkin ramdhan terakhir dia~
umur dia baru 25, masih muda dan belum kawen. baru nak menjadi seorang guru. nak balas jasa mak dan ayah.
"su doakan akak cepat sembuh ya!"
amin~
7 comments:
seriau plak.. semoga kakak sue cpt sembuh... amin...
tengsss naniey!!!
amin semoga yg memberi 2 menrima balasan yang setimpalnya
haish seram plak. tu lah manusia ni memacam
cikmisi doakan cepat sembuh ye.. allah tidak menduga hambanya melampaui kemampuannya.. kakak su kuat, oke..sabar ye
Ya ALLAH,ksiannya..harap cpat smbuh..
mrs-aah betul tuh semoga yang bagi tu dapat balasan.
adibah faizah-tu la kan manusia neh bukan kerja jer pelajaran pun nak jeles
cik misi-tima kaseh cik misi doakan
hazwani-tima kaseh jugak doakan yer
Post a Comment