Wednesday, August 8, 2012

Mak ke Abah??

 

Tetiba tadi masa tengah feeling2 dengan "omputeh celup" aku tuh. aku tanya dia. dia rapat or sayang sapa lagi?? mak ke abah?? Dia pun gtw aku yang dia lebih rapat dengan mak. Lebih selesa laaa walaupun mak  garang katanya. Then aku lak gtw tanpa dia tnya yang aku lebih rapat dengan abah! 

kenapa??
sebab abah bila aku mintak sengget abah bagi dua hengget.
bila aku minta 5 hengget abah bagi 10 hengget. heeee
kau memang mata duitan kan sue??

mak?
mak bagi jugak tapiiii
bila aku mintak singgett mak bagi singget laaa
bila aku mintak lima kupang mak bagi lima kupang laaa
kekadang mak kata~
sat. mak tanya abah ada duit dak!
hahahahah
abah aku jugak yang kena~


tapii
bukan sebab duit jaaa ntahlahh..aku suka sebab abah COOL jer mcm blog aku.hihihi
abah tak membebel macam mak. korunk tahu? masa aku kecik2 dulu aku balik kampung naek moto. di sebabkan aku neh dah macam belon masa tuh kami kena naek dua bijik moto. abah suka beralah..abah bagi mak naek moto baru tapi abah naek moto buruk yang nak jalan pun macam tak larat ja. rasa2 aku pilih naek dengan sapa?? tentulah dengan abah! walaupun moto abah buruk! aku tetap pilih naek dengan abah.

mak?? 
bukan tak nak naek dengan mak. mak bawak lajuuu woooo hahahah
takut betul aku naek dengan mak. hihihi lagi satu mak aku neh kadang2 atas moto pun sempat bebel lagi. hahahaha mak. mak.

aku tak pernah nampak abah menangis. sungguh! biarpun masa hari kematian mak dia pun aku tak nampak dia keluarkan air mata. dia sembunyikan dari pandangan mata kami. aku tau! tapii aku dah pernah buat dia menangis..aku rasa bersalah. terharu. abah menangis kerana aku?? Ya..masa tuh aku putus tunang...abah menangis depan aku dan ex tunang aku. aku tau dia nak aku bahagia. aku satu2 anak yang dia ada. "maafkan ya..ya tak sengaja" huhuhu tetiba tacink lak aku. syg abah ketat3x!!!!

mak??
mak pun sama! mestilahh nak kebahagian anak dia jugak. tapi kan air mata mak aku neh selalu sangat dah aku nampak. huhuhu kekdg tuh! tetiba jer dia nanges. aku pun pelik. mata merah2 segala. aku tanyalah kenapa neh?? mak aku kata " hang tengok cita neh sedeh betoiii" huhuu mak. mak.

tapiii even aku rapat dengan abah! tentulah aku sayang mak jugak!
mak yang jaga makan minum aku. yang buat itu buat ini. kalau tak der mak? mau aku sekang neh tengah update blog tak pakai baju. sebab tak reti! hihihi. sayang mak kuat3x!!!

dorang cakap anak perempuan akan rapat dengan ayah dia dan anak lelaki akan rapat dengan mak dia. betul ker??

korunk mcm mana?
rapat dengan siapa lagi?
mak ke abah?? :)

15 comments:

rAIHan said...

hehe..raihan rapat ngn mak..:)

Mrs Velentine said...

rapat ngan dua2..

OKje said...

OKje pun rapat ngan abah jugak....
Tapi sayang tentulah dua-duakan....

Agaknya anak OKje macam tu ke?.... he...he... entahlah... susah untuk diramal

Nurul Husna Mohd Hassan said...

dua2 pun rapat, tapi dengan ayah akak segan sikit =)

yang penting mak orang pertama! =)

CINTA UNTUK KITA said...

i love both of them :(

Anonymous said...

KA sebak pulak baca N3 ni, alfatihah buat arwah Abah yg sgt2 KA rapat

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Yana rapat ngan mak, tapi kalau minta duit tu yana sokong sue , yana mintak kat abah RM3 , dapat RM5.. yana mintak kat mak RM3 , RM3 tu ja dia bagi , hahaha , Tapi Yana sayang MAMA & ABAH YANA!:))

Hanif said...

Anak pompuan aku rapat dengan aku ..tu puteri terakhir aku tu...

nursuriani said...

betul tuh semua!! waalau dengan yang mana pun kita rapat kita tetap sayang dua2! kann?? love abah dan makkk kuat2x!!!

Unknown said...

rapat ngn dua2:)

nursuriani said...

huhuhu best lerr rapat dua2 kann hihihi

Hey B! said...

Jue rapat ngan ma....
anyway, Jue dh follow sini... ^_^

nursuriani said...

yer jue?? huhuhu myb senang kan pmpn sama pmpn huhuhu

NuRuL eIzWaNi SuLaImAn said...

rapat ngan mak lg.. seng nak rahsia kan pe2,hehe.. tp syg dua2..^_^

nursuriani said...

pmpuan sama pmpuan kan hihihi

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com