Sunday, August 23, 2015

Pengorbanan suami mengakhiri PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) juga rezeki dari ALLAH


Assalamualaikum



Bila bercakap soal PJJ bersama suami. sungguh. ia bukan mudah. bukan menyeronokkan. aku menghadapinya selama setahun. setahun pun macam berabad2. ewah. al maklumlaa. baru kawen weh. pregnant pulak. nak memanja pun tak bole. kira aku memang berdikari laaa. org kata aku bertuah sebab duduk dengan mak ayah aku. ha. memang aku bertuah! tapi...tempat seorang isteri tu kan bersama suami dia?? tak kira laaa dia bersama mak dia ke bapak dia ke. nenek dan seluruh ahli keluarga sekalipun tanpa suami apa guna? tapi ada org ckp, tak paa...kalau ada apa2 mak ada. bapak pun. tapi kalau mcm aku neh?? mak abah aku tak bole bawak kereta. aku p hospital nak beranak pun drive sndiri tau!. kikiki. hola2 org tetap akan kata aku bertuah jugak. tak pa. aku terima. kuikuikui.

Setelah setahun ber PJJ akhirnya kami bersama! semuanya kerana 1 perkara

PENGORBANAN...

- Pengorbanan pertama ialah dari aku : aku ke PUTRAJAYA mintak tukar ke KL. bagai2 surat di buat. MAAF jawapannya hampa. melalui pengalaman rakan2. memang agak sukar CIKGU mcm aku neh nak mintak tukaq. apatah lagi baru kerja. mintak penampaq mungkin dapat. hukhuk.

-Pengorbanan kedua ialah dari suami aku : memandang suami aku adalah juruteknik elektrik. puas dia cari kerja di pulau pinang. aku laaa yang terhegeh2 temankan dia cari kerja kosong di kilang2 sesuai dengan kelayakan yang dia ada. MAAP. tak jumpa. kami lelah dan penat. takkan dia sesaja nak berenti keja di KL dan datang duduk dengan aku tapi last2 tak dok keja. gilo? aku pulak nak kena menanggungnya. kuikui. isteri derhaka. huuu

-Pengorbanan seterusnya juga dari suami aku : dia mohon bagai2 jawatan dalam kerajaan. sebab kerajaan mudah skit laa nak mintak tukaq tu. kecuali KPM. kah!

akhirnya...
alhamdulillah...masa kami honeymoon bulan 12 , 2013 hasben aku dapat berita di panggil kerja kerajaan. sebenarnya bukan mudah untuk dia terima kerja tu. terkulat2 aku tengok dia membaca nama jawatan tersebut di kementerian kesihatan. kesian.. bukan bidang dia. bukan minat dia. bukan apa yang dia nak. ALLAH...

mampukah dia?? susah hati aku...
apatah lagi gaji yang ditawarkan lebih rendah berbanding gaji dia yang sebelom neh. hola itu bidang dia. bidang yang dia belajar. memang laa gaji lagi banyak. ini tah hapa2 punya mende pun dia tak tahu. dia cakap tak pa. pasal kerja tu dia akan cuba. mana2 pun sama. pasal gaji pulak dia kata...rezeki ada kat mana2. dia boleh buat part time kat perak berdasarkan kemampuan dan kemahiran yang dia ada. so bole tambah duit kata dia.
dan aku tetap susah hati...

sebab aku dah terbiasa berjoli. kikikiki. serius kot. dengan gaji laki aku masa tue. tak terusik duit gaji aku kot. kiranya memang syurga laaa. poya2 sampai pengsan weh, duit aku simpan baik2 dalam bank. kah.kah. tp bukan itu yang aku susah hati sangat..tapi mampukah dia?? buat kerja baru tue?

Setelah beberapa ketika berkursus...

dia ditempatkan di UNIT FORENSIK HKL...
sekejap di forensik. dia terus mintak tukar PERAK...
kemudian selepas 6 bulan di HKL dia di terima di DEWAN BEDAH HOSPITAL TAIPING...
6 bulan di situ..alhamdulilah...dia benar2 dekat dengan aku...
berpindah pula ke UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA..
HOSPITAL...di rahsiakan. gediks!

alhamdulillah...rezeki daripada Allah..terima kasih juga untuk pengorbanan yang dia lakukan. sanggup meninggalkan ibu nya di KL. sanggup meninggalkan kampung halaman nya di sana. sanggup meninggalkan gaji yang lebih besar. sanggup meninggalkan kerjaya yang diminatinya..sanggup meninggalkan rakan2 nya..semua hanya untuk melihat anaknya membesar di depan mata dan isterinya..er..takkan nak guna ayat membesar juga ka?? itu mendoakan kegemukan diri sndiri. huh!

Alhamdulillah..itu semua berbaloi...berbaloi sebab dapat melihat puteri nya membesar bijak dan sihat di depan mata...

dia yang berkorban...kikiki.

AKU DOAKAN KORUNK YANG PJJ JUGA MCM AKU. SEMOGA MENGAKHIRINYA TAK LAMA LAGI..


 







4 comments:

nini said...
This comment has been removed by a blog administrator.
blog usang said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nursuriani said...

maaf laaaa ter remove komen huhuhuh sebenarnya nak delete spam huhuhu

Puan Eka said...

alhamdulillah. kita maasih menanti. dan menanti. hehehe

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com