Monday, August 24, 2015

tentang anak...(perkara yang berjaya dan tidak berjaya)


Assalamualaikum

Sebelum lahirkan sofea. aku kononnya tak nak itu. tak nak ini. banyak yang aku tak nak nya. antaranya :

1) tak nak bagi anak tidur dalam buai. nanti payah nak p berjalan
2) tak nak bagi anak puting kosong kank gigi anak tak cantik
3) nak bagi susu ibu sampai 2 tahun sebab nak anak jadi lebih bijak dari aku
4) nak bagi anak makan masa umur 6 bulan dan ke atas sahaja! takut usus anak tersumbat weh
5) nak bagi anak makan makanan home made je kauu.. (no nestum)


ha..nampak?? ini baru 5 senarai yang aku lampirkan betapa banyaknya benda yang telah aku letak syarat dan larangan semasa nak jaga sofea. semua neh aku letak masa sebelum sofea lahir ya..

lepas dia lahir...?????

1) sofea hanya tidur di bawah sampai umur 44 hari sahaja. lepas sahaja pantang tak berapa hari aku kol hasben aku ( masa tue masih PJJ ) bagitau yang plzz syg?? jom kita p beli buaian? sofea asyik jaga jaa tido bawah. lagipun panas sangat laa kalau tidur bawah neh..reason aku yang paling konkrit di beri adalah PANAS. hihihi, tapi mang betoi pun kau. rumah mak aku neh mana na ada air cond bagai. jadi kesian laa kat dia bila dia tido berpeluh2 kat belakang. mana nak selesa kan?? so kami pun beli laaaa...bermula laaa tidur sofea di dalam buaian. buaian letrik lagi haaa! huhu tapi alhamdulliah tak lama...umur dia 7 bulan dia dah start tidur bawah waktu malam. tidur di sebelah kami. hanya waktu siang aku masih biarkan dia tidur di dalam buai sebab sekang memang terlalu panas.

2) bab puting kosong neh. aku hampir terbagi jugak laaa kat sofea masa tue, masih dalam pantang lagi sebab terlalu tak tahan dia asyik tak mo tidur dan nak melekat jaaa menyusu. aku pun pergi beli.tapi masa nak bagi tue...tetiba terus ada macam mentol muncul dalam kepala hotak aku. jangan sue. jangan. jangan. memang laaa sekarang tak dak effect tapi kalau dia tak mo berenti macm mana?? kalau sampai ke besor?? how?? huhu. so aku terus tak bagi dan nekad masa tue bila fikir masak2 aku trus stop tindakan aku tu. huhu 
(aku tidak ada pertikaian kepada anak orang lain ya, ini hanya untuk anak aku sahaja)

3) nak BF sampai dua tahun neh memang cita2 aku weh. memandang aku tak pernah diberi susu ibu. jadi aku memang teringin nak anak aku dapat sepenuhnya susu ibu. tapi, start umur 3 bulan sofea dah tak nak direct BF. dia lebih selesa botol. salah satu faktor mungkin sebab aku dah bagi dia botol sejak awal lagi. tapi ini nak mudahkan aku g kerja nanti. lepas tue aku pam jugak dan bagi pada dia. tapi, sebab dia dah tak hisap jadi susu pun dah tak banyak lagi. pam tak sama kan dengan mulut dia sendiri. jadi lama2 berakhir laaaa aku bagi susu ibu pada dia. dia fully FM. tapi apa2 pun alhamdulillah...kenyang beratus2 kali jugak laaaa minum susu ibu tue. kikikiki

4) nak bagi anak makan masa umur 6 bulan neh aku berjaya ya! walau banyak cabaran oleh mak , abah aku dan orang orang tua lain..tapi aku tetap jugak nak bagi dia makan 6 bulan ke atas! berjaya!!

5) nak bagi makan anak home made sahaja konon!! last2 anak makan kedai. makan nestum dan segalanya! kah.kah. tapi aku tetap pantau jugak dia neh punya pemakanan cuma kadang2 kalau dia tak nak makan makanan yang kita masak aku bagi jugak nestum kalau itu yang dia nak kan...kiki so TAK BERJAYA!! 

walau apa pun...aku bersyukur selama 1 tahun 4 bulan neh..sofea hanya pernah sekali sahaja demam. itu pun tak tinggi. demam biasa dan sekejap sahaja. selsema pun ada sekali dua sahaja. alhamdulillah ya Allah..terima kasih kurniakan kesihatan yang baik kepada anak aku!!
alhamdulillah...

 
rambut kau nak... genetik sapakah??
 


4 comments:

Syaz Blackrose said...

Anak, tak semua benda boleh kita applykan.. janji sihat walafiat dahkan.. comel nya sofea...

Nastyna said...

Semua dalam list perancangan u tu, I tak pernah rancang, tapi berlaku.. ni semua pasal anak2 sendiri membantu hahahaha walhal I dah awal2 sediakan puting, botol apa semua.. tapi depa yang tak nak. pasrah. Owh NEstum pun my kids tak nak, so pasrah I hari2 terpaksa masak. Btw bagus jugak la depa tau mak depa bukan ada kerja nak buat pun. And u pulak, anak u tau u kena kerja.. tu yang tak nak nsuyahkan u sangat :D

Kira Sakura said...

kihkihkih. biasalah kita mak mak ni mesti nak bagi yang terbaik untuk anak kan. tapi kita merancanga semuanya Allah yang tentukan huuuuu. janji anak sihat selamat itu lebih memadai. sape yang tak sayang anak kannnn. nak beranak tu ingat macam kentut ke..

Sue PeLik said...

hahahaha kan?? perancangan punyalaaa beriya at last hahahahaha jadi apa jugak laaa

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com