Tersepit...
bukan tersepit celah batu, celah tangga atau celah2 yang tak sepatutnya. eh?? huhu
tersepit di antara mak dan suami...
nak tau ceritanya??
macam neh...
seperti semua orang tahu, eh yeke?? hurmmm okay laaa aku tukar ayat. seperti beberapa org tahu aku dengan suami PJJ. PJJ maksudnya mcm sorang kat landon sorang lagi kat india laaa. yang india dia. landon aku. huhuhuhu. dan sekarang adalah CUTI SEKOLAH. maknanya aku pun cuti jugak laaa. walau pun dia tak pernah sebut secara direct ajak aku stay dengan dia masa cuti neh...tapi kekadang terlepas jugak yang dia nak aku ada dengan dia kat sana... contohnya, dia selalu cakap teringin sangat nak tengok perut aku membesar depan mata dia, aku faham..aku sedar..aku tahu...tanggungjawab aku adalah di sana...hurmmm tapi ada satu yang memberatkan aku...
mak...
mak aku baru lepas operate buang rahim dan ovari. tak baru sangatlahhh. lebih kurang 3 bulan yang lepas. melihat kpd keadaan dia sekarang. semuanya okay. dah boleh berjalan. dah boleh keluar. dah boleh shoping lagi walaupun kena jalan pelan2 laaa. tak boleh nak lasak sangat macam dulu lagi. ayah aku neh pengawal keselamatan. jadi kadang2 tu ada jugak terkena shif malam. mak aku pulak jenis yang takut duduk umah sorang2 kalau malam. masa aku belajar dulu. 4 tahun mak aku ikut abah aku p kerja malam. maknanya dia memang kena ada yang teman bila malam. aku pulak anak tunggal.
setakat neh, hubby aku memang laaa tak cakap apa2 secara serius tentang perkara neh...
aku tahu dia cuba memahami situasi aku, tapi hati aku tetap tak sedap...
sampai bila dia akan memahami???
dia ada juga cuba iktiar pindah dan kerja di sini,
tapi setakat neh, belum ada lagi kerja sesuai yang dijumpa. aku sendiri nampak usaha dia. utk aku pindah sana? aku rasa bila2 masa aku boleh mohon tukar. tapi...mak macam mana?? memanglah abah masih ada...tapi...aduhai susah nak cakap...
mcm mana ya??
berbincang?? bukan tak pernah aku berbincang dengan mak. mak cakap, balik laa KL waktu abah aku keja siang. jadi malam abah aku ada rumah. tapi abah kerja siang tak menentu. kadang2 hari isnin sampai rabu. hari tu pulak hari hubby aku neh kerja. sapa pulak nak datang amek? pastu nak anta aku balik perak pulak?? hubby aku dah memang takkan bagi aku balik KL drive sendiri sekang neh. hurmmm...
jadi keputusan dia. tak palahhh tak payah datang...biar dia jerk yang datang sini. tapi aku rasa ralat sangat. sebab sekang neh CUTI SEKOLAH. aku boleh ada dengan dia pada hari2 biasa. laksanakan tanggungjawab aku. tapi...aduhaiii payah...susah...
Syurga di bawah tapak kaki suami, tapi mak pernah membesarkan aku selama 25 tahun neh, walau tak pernah mengandungkan aku tapi jasa dia terlalu besar...
macam mana ya??? hurmmmm
s
3 comments:
banyakkan sabar ye,.. kadang kadang memang akan berlaku situasi macam ni. tersepit di antara tanggungjawab sebagai isteri dan kasih sayang ibu.. apa pun keputusan yang bakal awak buat, Ros harap awak sendiri yang memilih jalan tu, dan berbahagia..
haishh..pening jugak nur rasa ni...
ermm..xde sedara2 dekat ke kat situ? bila abah keje malam...minta tolong la sesiapa temankan mak...
jadi mak xdelah sorg2 kat umah tu.. rasanya saudara2 mesti faham situasi ni..cuba bincang elok2 dulu.. :)
Susah jugak tu Sue....okje pun bisa pusing kalau kena batang hidung sendiri...
macamana yeh?....
Anak bila dak kawen mmg ada taggungjawab dgn suami....sebagai ibu kena faham kot.....sampai bila kita nak harapkan anak yg meneman.....membesarkan anak kan dah mmg tanggungjawab ibu bapak...
Memang le sebagai anak kena membalas jasa mereka.....tp nak jugaklahkan merasa hidup bersama suami terchenta....hoho...solat isthikharah le
Post a Comment