Friday, February 1, 2013

Pengalaman aku dalam program GCAP


Assalamualaikum!!

HAri neh aku nak berkongsi dengan korunk pengalaman dalam program GCAP atau graduate Career Accelerated Programme.Aku dah janji dengan cik miza nak kongsi sal benda neh. huhuhu. maaf laaa lambat sikit. hihihi. sibuk dengan urusan negara2 bersekutu. soalan cik miza berbunyi begini

 

 Sebelum tu, korunk yang mana2 tak tahu amenda yang sedang aku bebelkan neh. boleh tekan sini. Okeh, aku memang dah pergi program neh masa bulan 12 hari tu, sesapa yang selalu datang sini mesti ingat aku ada cakap aku nak p kursus di subang jaya?? kursus bahasa inggeris. ingat tak??? ahh. korunk makan semut banyak neh. huhu. 

Masa aku dulu kursus dia 6 minggu, di segi college subang jaya. aku memang stay kat sana. dorang bagi aku tempat tinggal segala cuma makan pandai2 laaa korunk kais pagi2. huhu. dah macam ayam plak nak kena kais2. dulu aku dapat elaun rm 800 cukup. kenapa aku dapat elaun penuh sedangkan aku duduk dalam kolej?? sebab aku specel! hahaha. tak tau laaa dorang bincang dengan segi dan segi putuskan untuk tak amek apa2 caj kepada kami. untung kan?? kalau tak kena tolak rm 200 untuk penginapan tau!

 

Best ke tak?? serius aku cakap best. huhuhu. tapi letih sikit laaaaa. hari2 korunk akan ada presentation! hari2 korunk kena cakap omputeh sampai korunk dah lupa bahasa melayu tu apa??? ahahaha. even, kalau korunk nak mengumpat dalam kelas pun korunk kena cakap omputeh jugak. ermmm..hihihi. 

Presentation ada yang by group ada yang individu. ada jugak lakonan! huhuhu. sonok2. erm tapi part yang bagi aku sangat berguna kepada graduan yang tak keja lagi neh adalah INTERVIEW. kita akan buat role play macam mana nak interview. mula2 korunk akan jadi org yang ditemuduga pastu korunk akan jadi org yang menemuduga pulak. sorang2 akan buat. :)

Korunk akan di ajar macam mana nak jadi presenter yang lebih baik. macam mana berkomunikasi dengan orang. bisnes proposal pun ada. etika dan lain2 laaa semua dalam bi. tajuk actly nampak cam boring kan?? tapi cara dorang handle tu tak boring langsung! aku dalam kelas asyik nak gelak terguling2 jerk. tak sempat nak ngantuk walaupun kelas daripada pukul 9 pg - 6ptg. 



Aku untung dapat lect dua2 best! sporting dan sangat memahami. percaya cakap aku, lepas korunk masuk situ korunk tak kan malu nak cakap omputeh dah walaupun grammar korunk tunggang langgang. serius kot, aku dengan geng2 aku sampai balik umah pun duk hentam skeping london. bajet baru balik dari UK padahal grammar mak datuk ke laut mediteren dah aku rasaaaa. huhu


Pasal kerja? apa yang aku dapat tahu nama kita dah ada dekat kampeni tu. so, resume pun ada dengan dorang jugak. kalau ada carier fair, dorang akan panggil kita untuk pergi temuduga tuh. jangan risau sangatlah. pihak majikan pun tahu korunk dah selesai GCAP. so, korunk just perlu tunjukkan kehebatan korunk jerk lagi. kelayakan tu memang dah ada dah. chewaaah! hihihi

aku?? aku lain sikit sebab aku bahagian pendidikan. aku join sebab nak tingkatkan bahasa inggeris aku dan tambah ilmu2 yang lain. serius aku cakap tak rugi. hahaha aku tak tau nak citer apa lagi. kalau korunk nak tahu just tanya kat komen jerk laaa oke?

kENAgan aku dalam kelas GCAP~
aku punya kursus di bawah kendalian MY PARTNER.

-sori entry berjela2 panjang pulak. hihihi-


12 comments:

hainom OKje said...

Agak-agaknya kalau OKje gi kursus ni diterima masuk tak Sue? hua...hua... dahlah lebih umur, penganggur pulak tu...tak payah berangan...gi mop lantai lagi bagus!! hehe

Sue PeLik said...

@hainom OKje huhuhuu. boleh jerk. boleh. hahaha . okje tak perrr. terer masak. duk umah masak jer laaa hehehe

Nurul Aini said...

Waa...best tu. Nak pergi jugalah..macam mana boleh terjoin kan diri ke sana..hehe..ada syarat2 nya ke?

aNiss :):) said...

Wah mcm best jer. Boleh up kn confident level. Pndai bi nie untung, senang nk dpt keje.

Misz Mieza said...

Terima kasih Sue sudi kongsikan pengalaman.. Nebes pulak rasa nih.. Huhu.. Dah la BI tunggang terbalik, nak speaking segala sepanjang kursus tu ntah mampu ke idok ler.. Career fair after kursus tu pulak berapa hari ekk ? Lepas career fair tu nanti dorang ade suh stay lagi tak ? & macamana nak tau kita dapat keje ke x? Oh, ya! lagi satu, ada dengar2 cerita yang lepas kursus tu, nanti ada training dlm pekerjaan selama 6 bulan.. Ye ke ? Sebenarnya nak bajet nak bawa baju jer ni ha.. Mieza add FB ye.. Tlg accept friend request Mieza boleh? Senang bsikit nak bersoal jawab.. Hehehe..

Cik Nur said...

macam teringin je nak pegiii... :)

Sue PeLik said...

@Nurul Aini ada syarat dia! cik aini just klik jer dekat SINI kat atas huhuhu

Sue PeLik said...

@Misz Mieza sama2 cik miza hihihi. apa2 just tanya kalau boleh saya bantu saya bantu laaa hehehe

Nurul Aini said...

hehehe.dah tengok..degree je..sobssobs..

myfreeminded said...

Saya kalau bab2 kursus ni, suka part makan je.. Hehe

kiera'sakura said...

alaaaa kita tak reti beromputih nie. maunya jadi pendiam klu gi kursus tue huuuu

Mrs Velentine said...

wah seronok baca entry ni sue...rasa kagum dgn sue

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com