Tuesday, January 22, 2013

Pengecualian Bayaran Balik PTPTN. aLhamdulillah!


Assalamualaikum!
Alhamdulilahhhh. akhirnya urusan pengecualian pembayaran PTPTN aku dah setel. lega weh! bila dia kata permohonan aku dah lulus! akaun aku di PTPTN dah 'o'! maknnya aku dah tak payah bayar hutang piutang aku yang banyak tuh! betapa aku berhempas pulas, terkejar ke sana, terkejar ke sini, berlari2 anak lagi untuk cop sijil, buat surat, p UPSI berkali2 nak mintak cop. huh! segala penat lelah tuh akhirnya membuahkan hasil jugak. eceh! holaaa...betapa aku pernah membebel sebab PTPTN saja jerk...nak susahkan hidup aku yang dah sedia susah neh. huhuhu. 
Alhamdulilahhhh. terima kasih Allah dengan rezeki ini! terima kasih mak dan abah dengan kasih sayang yang diberi. eh? tetiba jerk. huhuhu.  okey sekarang, aku nak citer sikit macam mana nak buat pengecualian PTPTN neh. 
Pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya bermula 1 Januari 2010 berdasarkan kelulusan senat dan memenuhi syarat-syarat berikut:

(i) Mengikuti kursus secara sepenuh masa.

(ii) Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan PTPTN.

(iii) Pembiayaan pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.

(iv) Pelajar hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.

(v) Kursus yang diikuti oleh pelajar di IPTS telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.

Dokumen-dokumen yang perlu disertakan:

(i) Surat permohonan rasmi.

(ii) Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.

(iii) Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.

(iv) Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah).

(v) Akuan Pelajar yang telah lengkap diisi (boleh dimuat turun di portal rasmi PTPTN).

(vi) Bagi pelajar IPTS, salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.

Nota:

Semua salinan dokumen dan surat pengesahan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Bahagian Akademik IPT berkenaan sahaja.

50 comments:

Unknown said...

utk ijazah klas pertama... setiap sem berapa pointer diperlukan utk dpt ijazah 1st class :) mhon share..tq

Sally Samsaiman said...

alhamdulillah...wahh...bangga nya ade kawan mcm sue...!! :)

syafiq audy said...

untunggggg laaaaaaaaaaaa,..bayaq kt ak setengahhhhh wehhhhhhhh

Ayue Rejaluddin said...

Tahniah2.. =D

Unknown said...

alaaa, utk ijazah je ke? diploma? >.<

nursuriani said...

@Nurakmaniza insya ALLAH ada masa nanti akk share yea :)

nursuriani said...

@syafiq audy huhuhu. bukan setengah weh suku pun aku tak mampu. huhuhu. nak kawen neh huhuhu

nursuriani said...

@Sally Samsaiman uhuhu TQ sally, :) sally punya result lagi gempaq neh huhuhu

nursuriani said...

@Miss Sue hahaha tak pasti laa utk dip syg, yg ada utk degre jer yang nampak. tak tau laaa kalau terlepas pandang huhuhu

nursuriani said...

@AyueJean TQ dear! :)

Sally Samsaiman said...

hahaha...kalau gempak pun tak guna...tetap kena byr sebab belajar pakai duit sendiri...hehehe :D

nursuriani said...

huhuhu. senang aty! tak payah pk apa dah. huhuhuhu

Nur Nainis said...

Saya menangis..sebab saya rasa terharu,,bangga dengan kejayaan anda. Tahniah,,hehe..tertiba touching pula..dah tu cakap macam bagi ucapan rasmi je.. Tahniah sekali lagi. Usahamu membuahkan hasil..sobsobs...kesat hingus meleleh..hehe.

Anonymous said...

wah Sue ni msti student terbaik kan

Misya said...

Perghh bestnya!! Huuu

Cik Rose said...

Alhamdulillah.. rezeki :)

nursuriani said...

@Nurul Aini awak jangan laaa sedeh. kank dengan saya2 sedeh sekali nanti huhuhu.tq tauuu huhuu

nursuriani said...

@Kesuma Angsana biasa2 jer laaa kak! rezeki neh!!!

dEdEQ dE wIshEs said...

ANAK DARA .. WAHHHH .. BESHHNYE .. UNTUNG2 .. DEQ AMIK DIP JE .. KNE LA BYAR NEH .. HAHAHA .. TAHNIAH SAYAM ..MESTI BEST STUDENT KAN . CAYALAh

Unknown said...

wAHHH tahniah2..bdk 4flat nih hehe

Unknown said...

@Sue PeLik ok akak :) thnxx ya..jgn lupa tag kat blog sya skali.. wlaupun xapp ptptn..tp nak sgt jd graduan yg berjaya..klau ada target, mst kta akan usahakan target utk berjaya..(wish me luck)

Kira Sakura said...

tahniah tahniah untuk awak. moga anak ummi nanti cerdik macam auntie sue pelik amin :D

Unknown said...

alhamdulillah...best la cik sue...tak yah byr PTPTN da....=)

THE AUTHOR said...

Bijak jug akau ini Sue....hehehhehehe.
Yalah!! dapat pengecualian...
Tahniah...

Wah!! 2013 ini your luck year lerrr

Cikgu Ma said...

perghh..kelas pertama..patut la dikecualikan/.//jelesnya...saya 2nd class....hoho

nursuriani said...

@dEdEQ dE wIshEs huhuhu dedeq! sambung laaa degre cepat2 huhuhu

nursuriani said...

@Nurakmanizaakma! okeh kank dah siap akak siap mention akma sekali! :)

nursuriani said...

@kiera'sakurahuhuhu. terharu. saya biasa2 jerk. semoga anak umi kiera nant bijak2. amin! :)

nursuriani said...

@Hanif Idrus hahahah. tak der pandai sangat. huhuhu

nursuriani said...

@Cikgu Ma tak pa cikgu ma! ada lagi masa nanti. eh. hehehe

Miss N™ said...

Fuhh....! Legakan...

Apapun, tahniah sue....

Mrs Velentine said...

tahniah sue..akak dulu baisiswa jer

syafiq audy said...

motip nak kawennn???gedik sgt kannn,..lex lu,.kita xpuas g berjimbaaaa..hahahha

are_lin@yu said...

alhamdulillah beznya tahniah dear ;)

Unknown said...

tahniah. Jimat duit :)

Kekzamanis said...

Wah! Seronoklah dah tak perlu bayar utang PTPTN..

OKje said...

oooo ni relevannya dgn entri atas tadi eh Sue.....
Respectlah Sue mesti bangga makkan.... bagus...bagus...org Islam kena cemerlang!

Unknown said...

ni mesti dapa resul gempak2 :)

Unknown said...

Boleh tau brpa lama ptptn nak balas jawapan tu? Syu dah htr semua dokumen dekat 2 bulan lebih,tp masih belom dpt jawapan :(

Anonymous said...

Salam. bestnya dpt pengecualian.Nk tya, mcm mne pulak klau kita ambik ptptn masa dip then smbung degree pun amik pt jugak. degree pulak dpt kelas prtame. So, pengecualian byr balik tu dia cmpur skali dip dgn degree atau degree saje? Hehe :))

Unknown said...

Salam, boleh saya tahu tak alamat yg awak pos borang permohonan dan salinan pengecualian ptptn tu? and lepas tu awak buat follow up tak? thanks yea ;)

Unknown said...

Bape lama ea ambik masa nak proses prmohonan kita tu? Sy baru antar dokumen2 sume..brape lama nk tunggu surat yg kate kite bebas dr hutang tu?huhu

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Olivia said...

Hi, Sue dari UPSI,kan? semasa pengesahan perlu pergi ke bahagian akademik atau bahagian pengijazahan atau mana? pengesahan tu boleh siap serta merta atau perlu beberapa hari ? Kami masih perlu dapatkan surat pengesahan kelas pertama lagi? KELAS PERTAMA tu hanya catat dalam transkrip saje.

atiyahalyssa said...

Saya dari upsi baru je selesai cop pengesahan dokumen dokumen tersebut . Upsi akan mengeluarkan surat pengesahan kelas pertama dan dicop terus oleh upsi di bahagian akademik unit pengijazahan .

Unknown said...

Salam
Nk tanye dekat upsi pointer yg xperlu bayar ptptn ni 3.75 ke 3.7?

nursuriani said...

haah betul kita kena dapat surat pengesahan yang kita dapat kelas pertama sebab kelas pertama untuk U adalah lain lain. dan dalam transkirp kita tak tulis itu kelas pertama kan. saya pun dah lupa laa p bahagian mana heheheheh

saya ada jawab di sini untuk persoalan yang lain

http://nurputribatrisyasuri.blogspot.my/2016/10/hapdate-menjawab-upt-kabur-pengecualian.html

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com