Friday, February 8, 2013

hadiah kereta untuk aku~


Ada satu cerita nak aku kongsikan dengan korunk. Dulu aku pernah praktikum di sebuah sekolah menengah di Taiping. Setiap pagi kami akan adakan perhimpunan untuk setiap tingkatan di kawasan yang berlainan. aku dimintak untuk menjaga budak2 tingkatan 4. beberapa hari selepas aku masuk sekolah tuh aku berkenalan dengan sorang budak lelaki  pendidikan khas. umur dia masa tuh dah 18 tahun tapi disebabkan dia mempunyai sedikit masalah pembelajaran beliau masih ditempatkan di tingkatan empat.

sejak berkenalan di terlalu ramah dengan aku. hari2 kalau dia jumpa aku dia akan cakap ayat macam neh 
" Assalamualaikum cikgu sue. apa khabar? dan sihat?"

ayat tulaaa yang dia ulang setiap hari bila jumpa aku. aku tahu dia hafal. dia tak macam orang lain. bila perhimpunan jerk dia mesti datang dekat aku dan tanya tentang kereta. hari2 dia tanya dan cerita pasal kereta saja dekat aku. dia cakap, nanti bila dia dah besar dan kerja dia nak belikan kereta untuk ayah dia. sweet kan? anak istimewa itupun boleh terfikir untuk bahagiakan ayah dia. aku kata, kalau dia nak beli kereta dia kena belajar rajin2, supaya dapat kerja bagus. dia angguk. dia kata dia akan belajar rajin2.

sungguh dia memang rajin. banyak ayat2 Al-Quran dia hafal. kadang2 aku sendiri terpegun bila dia baca semula ayat2 Al-Quran yang dia hafal. terharu! 

1 hari dia datang pada aku. dia tanya pada aku. bila aku akan pindah? hurm..mungkin dia tak faham yang aku hanya guru praktikum di situ dan sampai masanya aku akan pergi kerana tamat latihan mengajar bukan pindah. aku cakapkan tarikhnya pada dia. dia diam tak kata apa2. dia terus pergi tinggalkan aku. tiada lagi soalan tentang kereta. pelik.

sampai saat dan masanya aku perlu pergi tinggalkan sekolah dan segenap penghuninya. dia datang pada aku berlari sambil menjerit panggil nama aku. aku senyum. aku lihat kat tangan dia ada 1 bungkusan berbalut surat khabar. dia bagi pada aku bungkusan tuh. kemudian dia pergi. tak sempat aku nak cakap apa2. 

balik umah aku bukak. terkejut aku tengok isi dalam surat khbar yang renyuk tuh. dia bagi aku sebuah kereta mainan dan sekeping nota. "saya akan belaja rajin2 cikgu!"  

Kereta yang dia bagi kat aku lebih kurang macam nehlah, malas nak tangkap nak upload. huhuhu
aku diam. mata aku bergenang. dalam hati aku cuma dapat katakan yang aku sentiasa mendoakan kejayaan dia! dan hari ini, aku masih teringat2 dia menjerit memanggil aku setiap pagi dan bertnyakan khbar. aduh...dialah pelajarku yang istimewa!

-agak sibuk sekang neh. sibuk pasal apa pun aku tak tau. hahaha. jangan tanya! :P-
tapi aku tetap akan pergi BW!! Tungguuuuuuuuuuu~

31 comments:

Mrs Velentine said...

sedinya tp sweetnya student tue

cweet pinky said...

huuuuuuuuuuu , sori sis , termenitik lak air mata CP , memandangkan CP pown bakal guru kan , semoga CP dipertemukan ngan anak murid cmtuh , kalaw sis , sudi , kongsi2 la pengalaman as guru , tips2 :D

hehehe ,

*emo lak CP , biasala , CP nih sensitip de amor ciket :P

Sally Samsaiman said...

anak istimewa mmg sentiasa ade bnda yg istimewa dia fikir kan :)

AyueJean AJ said...

Terharunya.....
Semoga pelajar sentiasa bahagia & berjaya.... =D

Nurayuni MohdArshad said...

terharu...sangat susah nk jumpe plajr istimewa cm tu..

:: Mrs.Eady :: said...

ok aku tunggu aku tunggu..hehehee..

Rieyn Anna said...

sweetnye kisah nie..tersntuh hati..memang die pelajar istimewa..dan lagi bertambah istimewa disebabkan sikapnya itu..

aTieYusof Family said...

Sayu baca n3 ni..kdg2 budak istimewa ni lagi tahu menghargai kita kan..
mesti terharu bila dpt kereta tu..

вʋввℓɛ ρσρƨ said...

wah! cm pelajar 'teristimewa ' la pulak kan :) hehee. takpe la. dye nak berusaha tu pn dah ckup bgus la kan ;)

MaMa Rey said...

terharu pula baca cerita ini..mudah2han dia akan berjaya

Nurul Aini said...

Ingat kereta apa tadi...aaa, sedih sangat..teringat kanak2 istimewa yang ada dekat sekolah saya dulu. Ya Allah, semoga dia berjaya di dunia dan akhirat.

Cik Nur said...

adehh..Bila nur yang cengeng ni baca mulalah rasa sebak..!

sweetnye dia kan.!

Mana boleh lupa budak2 mcm tu..tambah2 dia ikhlas bagi sesuatu...

skolah mana ye sue..?

ros_reeza said...

terharu baca kisah ni. moga beliau berjaya capai impian untuk hadiahkan ayahnya kereta

Raudzah Zahari said...

Is so touching sue.. moga-moga dia berjaya...

Raudzah Zahari said...

One more thing..I like the title of this entry...It means a lot to me too kalau I yang dapat...

blog usang said...

assalamualaikum..

jasa guru akan dikenang sampai bila2...moga cikgu sue dirahmati Allah SWT selalu..Aamin.

Rosmiza Ali said...

Murid istimewa ni lah yang satu hari nanti mampu menjukang nama negara di mata dunia.. Syabas Sue, berjaya memberi dorongan positif buat pelajar2 macam ni.. Tak ramai cikgu yang mampu dekatkan diri dengan mereka tau.. =)

Encik H said...

wahhh..tacing citer ni..masa tu dia umur 18, sue pulak umur brpa?

Hanif Idrus said...

Awak ada aura yg kuat jadi cikgu ni...

Encik H said...

AloLoLooooo comeynya tgok dye tgh komen :)

tiba2 rasa comey pulak..hahaha

Sue PeLik said...

@cweet pinky huhuhu insya ALLAH CP, kongsi pengalaman tu tak der masalh. tapi pengalaman aku pun baru sikit sangat huhuhu. nant ada masa akak tulis erk :)

Sue PeLik said...

@Cik Nur smk doktor burhanddin. cik nur tahu kan??? huhuhu

Sue PeLik said...

@blog usang wlsm. terima kasih BU. :) aminnn saya doakan yang terbaik buat awak jugak :)

Sue PeLik said...

@Rosmiza Ali tengssss :) masih baru dan banyak lagi kena belajar untuk dekat diri dengan budak2 :)

Sue PeLik said...

@Encik H saya dah 25 ler incik H!!! HUHUHU

Cik Nur said...

ooo..SMDB...tahu sangattt.. :)

ingatkan semangat maju.. Nur ex-student smdb lerr..hihihi....

psst..episod akhir WW tu, senyap mcm tu je.. dan skrang kitaorg xde ape2... finish..!

:(

Dunia Wilma said...

Sayunya hati Wilma baca entri nie...

Kesuma Angsana said...

KA pun sebak baca n3 ni sue!

hainom OKje said...

sweetnya jadi cikgu ni Sue....macam-macam benda kita boleh jumpakan ..menyesal tak jadi cikgu dulu....huhu

Momo said...

aku nak buat stori la... tapi serius dol... terharu kan bila anak murid kita yang masih tak tau apa2 menghargai kita dengan cara macam tu..uhuk2..

kiera'sakura said...

alololo manisnya. saya pun pernah belajar satu sekolah dengan pendidikan khas nie. pernah rapat dengan dua tiga orang. diorang memang akak hargai kita bila kita baik dengan diorang kan

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com