Tuesday, August 18, 2015

incomplete miscarriage, d & c (erpoc), ujian darah, nama anak yang gugur


Assalamualaikum

hari neh aku nak cerita kat korunk pasal kisah sedeh aku. haah, aku mmg bila ada kisah sedeh baru aku cari blog. huhu. rindu nak berblogging sebenarnya..udah le. skit2 intro. org meluat intro pepanjang neh. huhu

dalam entry kali neh ada pelbagai cerita nak aku share yg aku pasti ramai wanita aku google dan cari. huhu. mcm aku jugak. 

ok. let start. nak mula dari mana pun aku tak pasti. huhu. mungkin bole mula start dri bulan 4.

bulan 4 - tak period sebulan. upt -ve. tetiba doc sahkan aku ada cyst. ovarian cyst. doc bagi ubt turun darah untuk ok kan balik hormon dalam badan aku neh. 

14/5/2015 adalah tarikh last aku period. hari pertama la. lepas tue aku dah tak period sampai laa aku cek dengan upt digital clear blue. rm29.90. di farmasi terpilih sahaja. sah! aku prgnant. dia tulis. kui.kui. hasben? tersengeh-sengeh mcm hape. aku? happy lorh...sebab kami mmg plan. even ada cyst alhamdulillah...aku masih boleh mengandung!

msti korunk tnya. anak aku yg sulung umor brapa ek?? anak aku yg slung umor 1 tahun 2 bulan masa tue. aku mmg nak jarak 2 tahun sorg. mksdnya sofea lahir tahun 2014 dan lepas tu tahun 2016 plak. 

tapi alangkah sedehnya aku...
scan kali pertama doc kata kantung puan terlalu kecik tak sesuai dengan usia, dia tuduh aku salah bagi tarikh. ha. aku sampai bergaduh dengan doktor tue. aku ke priod dia ke? huh. aku yg period dia plak yang panas!. huhuh

scan seterusnya...dia kata kantung kosong. tak dak janin! kena buang.
cisss...pantang hang suriani nak buang2 neh. huhuhu

aku tak puas hati. aku p hospital columbia taiping.
scan and buat ujian darah. doc kata baby sihat. tak dak masalah.aku melompat suka. keputusan yang aku tak pernah jangka. tp..betul laa..

kita hanya merancang. tuhan yang menentukan segalanya...esoknya aku bleeding.entah kenapa. sedeh. dan...bila p scan...doc ckp baby dah ada kt pntu rahim..dah tak bole buat apa...
doc cdgkan insert ubt utk bagi bukak rahim dan mudahkan bby keluar dan aku pun tak sakit lagi...

aku ikut. insert ubt pkul 7.15 pagi. akhirnya...bby keluar pkul 7.45 pagi. nmpk?? sekejap sahaja...dia memang dah nak pergi...dalam usia kandungan yang dah nak hmpir 4 bulan. janin itu aku lihat agak besar, sedeh rasanya masa dia keluar tue...tak tahu nak crita perasaan nya..

aku bgitau misi. misi pun pergi amek dan aku scan smula nak tgok masih ada sisa atau tidak. doc ckp masih ada skit yang belom keluar. aku kena buat d & c jugak. ok fine. 

masa dalam OT. bilik bedah. doc bagi pilihan sama ada nak bius penuh atau sepruh. aku pilih penuh sebab hasben aku dh pesan suruh pilih bius penuh. sangat menakutkan..huhuhu.serius. aku risau aku pejam tak sedaq dah kemudiannya..

tak sampai sejam. semuanya berakhir... aku dah sedar. semuanya ok.
alhamdulillah...

walau sedeh kehilangan anak yang mmg aku inginkan. tapi aku fikirkan ini ada hikmahnya. 
aku bincang dengan hasben nak letak nama anak apa. sebab ustzah sekolah aku yang dari mesir itu suruh aku namakan anak. dia kata, ikut apa yang dia belajaq dlu. tak kisah brapa bulan pun. tak kisah mcm mana pun keadaan dia, bila ang dh mengandung. keguguran..letak laa nama anak itu..

aku pn tnya nak letak nama apa neh?? aku bukan tau laki ke pmpn. dia ckp pilih la nama yg dua2 boleh di gunakan. dia bgi aku bbrapa pilihan...

then aku sepakat dengan suami memilih HAMZAH.
sahabat nabi yang berani. hamzah neh lelaki boleh perempuan pun boleh kata dia. kalau ikutkan bahasa arab. 

al fatihah hamzah bin/binti zaharuddin

kenapa bhasa aku tersangatlah skema entry kali neh?
huhu ampun ya!..

ha. sesapa yang nak tanya soalan tntg entry kali neh boleh inboq aku
di sini


 

3 comments:

ietams said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hainom OKje said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Sue PeLik said...

maaf laaaa ter remove komen huhuhuh sebenarnya nak delete spam huhuhu

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com