Sunday, December 2, 2018

upt samar, 3 bulan tak period, ovulasi lambat,


Assalamualaikum


Ini Kisah kandungan aku yang ketiga. Alhamdulillah. setelah lama ber TTC. akhirnya, Allah memberi rezeki itu kepada kami. 

aku ceritakan daripada mula. sejak aku keguguran tahun 2015 period aku memang tidak teratur. kadang kadang 2,3 bulan tak datang. dan setiap kali tak period aku memang makan pil untuk turunkan period. letih. kecewa. risau dan bimbang.

aku tekad turunkan berat badan November 2017. kesedaran sampai lambat weh. hahaha. disamping tu, aku amalkan madu lebah asli. alhamdulillah, period aku dah teratur kembali. setiap bulan datang tanpa gagal. alhamdulillah, sehinggalah period aku yang last 13 April 2018. 

pelik. period tak kunjung tiba pada mei, tidak pada jun, dua2 bulan aku test UPT dan keputusannya negatif. negatif. ahhh sedehhh. aku syak period aku kembali jadi seperti dulu. 

1 julai 2018 suami aku mengemas. dia jumpa UPT aku yang lama, yang belum guna. aku pun tak tahu bila dan kat mana aku sorok. haha. sebab aku sejenis yang kalau cek UPT memang takkan bagitahu suami. sebab aku tak nak dia rasa kecewa macam aku. aku hanya bagitahu bila upt dah bertukar kepada dua line sahaja. hehehe

aku abaikan saja apa yang disampaikan suami aku. 3 julai 2018, aku buat keputusan untuk derma darah. tapi, tak lepas HB aku hanya 11 sahaja. cukup2 untuk diri sendiri nurse tu bagitahu aku. tak yahlah derma. hahaha. 

Pelik. sekali lagi aku pelik. Biasanya HB aku kalau low sangat ni mesti masa mengandung. balik rumah tu belum ada rasa nak cek UPT sampailah malam tu tiba2 gusi aku berdarah. eh? bukan ke kalau gusi berdarah ni tanda-tanda mengandung? kenapa aku macam malas nak cek? sebab sebelum ni aku dah cek dan keputusannya adalah negatif. jadi aku tak yakin dia akan tetiba jadi positif pulak.

5 JULAI 2018 balik sahaja sekolah aku terus cek UPT , cek pakai upt yang suami aku jumpa tu, aku cek Petang dalam pukul 3-4 ptg. ya ALLAH.. aku gosok gosok mata. nampak macam ada dua line tapi sangat samar. aku bagithau suami. dia sengeh2 je. lorh tak teruja ke? bukan yang ni dia tunggu sangat ke?? ye laa lama kan berbanding anak pertama dulu. 

aku ajak dia p klinik pakar sakit puan dan ibu mengandung area kamunting. ya ALLah, dia scan kata rahim kosong. yang ada cuma both ovarian cyst dalam 4cm ++. dia cek upt, dia kata negatif sedangkan aku tengok upt tu air kencing pun tak sempat nak merebak lagi. dia dah buang. negatif dia kata. dia suruh aku bedah. besok. besok weh?? gila ke apa? bagilah aku peluang fikir dan tenangkan fikiran dulu. dia tanya nak ubat turun darah tak? aku cakap tak nak. aku nak biar dia turun sendiri. ahhhh. kecewa! doc ni daripada KPJ weh. dia memang bedah-bedah orang dan sambut org bersalin. tapi, aku rasa agak tidak beretika asyik nak suruh bedah saja. nak duit saja!

aku pelik sangat. aku tau upt aku positif. aku google. adakah cyst boleh menyebabkan upt positif? TIDAK. cyst tak menyebabkan upt positif. aku tanya kawan aku seorang doktor, dia pun cakap benda yang sama dan suruh aku bersabar, cek balik lagi 2,3, hari tengok upt semakin terang tak. walaupun dia agak pelik jugak sebab kalau ikutkan LMP aku, kandungan dah 3 bulan lebih. tapi, dia juga ada bercakap tentang ovulasi lambat.jadi ada kemungkinan kandungan masih baru.

hari yang sama aku ke klinik lain untuk tanyakan pendapat yang ketiga, doc tu scan rahim kosong. tapi aku tak buat upt pun. doc cakap benda yang sama ada both ovarian cyst. dia kata mungkin jugak early prgnancy. walaupun LMP aku 13 april 2018 yang kalau ikutkan kandungan aku dah 3 bulan lebih dah masa tu. tak mungkinlah scan tak nampak kan? jadi dia pun syak ovulasi aku lambat. jadi, kandungan masih baru. dia refer aku kepada hosp. columbia untuk cek darah. 

tapi, suami aku cakap tak payahlah. tunggu saja ikut cakap doktor. lagipun, nak pergi mana kelam kelam kabut kata dia? hahaha. lelaki memang tak pernah faham perasaan perempuan. huhuhu. aku mana reti nak bersabar ni.aku diam2 beli upt digital clear blue. aku nak kepastian lagi. 

alhamdulillah. ya Allah, aku test dia tulis pregnant 1-2 ( 3@4 w) maksudnya. selepas tu, aku bersabar selama 2 minggu. ketika 6w aku pergi ke klinik lagi. scan lagi. alhamdulillah ya Allah, memang rezeki aku agaknya. doc sahkan aku mengandung 6w. baby dah nampak. jantung baby pun dah berdegup. 

alhamdulillah. akhirnya manis, walau permulaanya sedikit mencabar!



 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com