Wednesday, December 18, 2013

detik-detik cemas yang aku lalui...


Assalamualaikum!!

aku nak share kat korunk detik2 cemas yang aku dan 3 orang lagi kawan aku lalui ketika bercuti kat pulau pangkor 9-11 haribulan tadi. baru lagi kan?? hew.hew.hew. ewahhh gelak pun dah lain sangat. keh2 

ceritanya macam neh, sebab nak senang kami sewa moto jerk untuk jenjalan kat pulau pangkor tue, serius jalan dia memang menakutkan dah macam nak ke genting higland pulak. udah laaa naik motor. terasa macam kenderaan berat yang tak bergerak pulak bila naik bukit tue. fine! sbb berhempas pulas naik bukit turun bukit. aku pun terus lapa. kami pun berenti dekat satu kedai. beli makan bungkus. kunun2 nak makan tepi pantai sambil berbual2 kosong laaa kan. ewahh. dramatis sangat!

kami park moto dan terus ke pantai kebetulan kat pantai tue ada tempat duduk macam meja laaa tapi rendahh jerk. kami pun bersila jerk atas meja tue. meja batu. aku yang tak hengat apa nak jadi terus melantak kelaparan. serius. memang aku lapar. sambil makan tue dengan syahdunya kami pun sembang laaaa pasal hal memasing...maklumlaaa dah setahun tak jumpak dan bergosip. keh2. 

tiba2!!!



kawan aku yang duduk sebelah kiri sekali terjun daripada meja tue dan kedebuk!! jatuk tertiarap kat pasir pantai tue! macam nehhhhh~

 
 
aku dengan 2 orang lagi terpinga2. kenapa pulak dengan perempuan neh?? tetiba jerk terjun?? dalam ati aku neh. neh mesti sawan babi neh. nak sondoi ayaq neh. tiba2 lagi belum sempat kwn aku yang terjun tuh bangun. kawan aku yang sebelah kawan aku yang terjun tue pun terjun jugak. 

then, 
kawan sebelah aku pun terjun jugak. pelik!!
aku yang tengah terpinga2 neh pun dalam hati kata. dah dorang terjun. aku pun terjun la!
tapi aku terjun dengan bergaya. tak tertiarap oke. sebab aku ingat yang aku neh tengah mengandung 5 bulan kot

tiba2 aku nampakk







 
 
benda alah neh menjalar atas meja tue. huhuhu
masya ALLAH... rupa2nya ada ular jatuh daripada pokok tempat kami berteduh tue..
dan hanya kawan aku yang terjun mula2 tuh yang perasan. dia dah jerit cakap ular tapi kami yang tak perasan dia sebut apa. 

nasib baik semuanya selamat dan oke2 sahaja. bukan apa. bila kita terkejut. kita punya tindakan pun di luar jangka. nasib baik bukan ular tue jatuh dekat aku. kalau tak, aku rasa tindakan aku pun sama macam kawan aku yang kena tuh. terjun dengan gaya bebas tapi fikir diri kau tue mengandung!

huhuhuhu
 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com