Hari neh, tetiba saja aku terpanggil untuk menulis tentang isu kematangan. skema pulak aku rasa pendahuluan aku neh. hukhukhuk. pepagi buta tadi aku bangun. aku terus tengok TV. teruk kan?? anak dara lain sibuk jadi bibik basuh lampin, basuh rumah, basuh peti ais. aku?? sibuk jadi madam goyang kaki tengok TV. besalaaaa. huhuhu. aku tertarik dengan kata-kata hilal asraf bahawa 'matang itu bukan pada umur'. aku setuju sangat2 !!
Yup! pendapat aku sama dengan pendapat dia. tak semestinya umur 40 tu dah cukup matang dan umur 20 tu tak matang lagi. semuanya terpulang kepada individu tu sendiri macam mana dia membentuk diri dia untuk jadi matang dan lebih matang tak kisahlah umur kau berapa tahun sekalipun. apa yang mematangkan diri aku?? pada aku pengalaman. pengalaman banyak mengajar dan mendidik diri aku jadi lebih matang. tak kisah lah pengalaman sendiri ker, pengalaman orang ke, pengalaman dalam membaca ke. apa2 saja.
Jangan menilai orang daripada luar. kau nampak dia terlompat2, gelak macam raksasa jahat, bawak teddy ke sana-sini. kau cakap dia tak matang. entah2 bila dia bersuara meluahkan pendapat atau pandangan. mak datuk! kalah sapok biki. hehe sapok biki jugak yang kena. hukhukhuk. macam aku sendiri, kadang2 aku pun terfikir, aku neh terjerit sana-terjerit sini, lompat sana lompat sini. kejar kucing aku yang tak bersalah waktu boring2, asyik suruh abah aku beli jajan. dah macam kanak-kanak riang yang terencat pulak.
tapiiiiiiiii bila org mintak pendapat, boleh ler jugak aku bagi sikit2 walaupun tak brapa nak bernas. hihihi. boleh ler nak tolong2 kwn. ikut situasi ler, bilamana situasi memerlukan aku untuk menjadi matang, ya, aku akan jadi matang, bila mana situasi memerlukan aku utuk bertingkah laku macam kanak-kanak riang. huh! mcm tu ler jadinya. tak der laaa hidup aku nehhh seriuss memanjang~ bosan! kadang2 aku tingin gak nak jadi budak2 balik, kanak2 tingin lak nak jadi makcik2. ikut suka suki aku ler. huhuhu
- di atas adalah pendapat aku sahaja. tak semestinya betul dan tak semestinya salah. setiap orang ada pendapat masing2 tentang isu matang neh. jom kongsi dengan aku kat komen!-
apa pendapat korunk tentang matang????