Tuesday, April 4, 2017

both ovarian cyst...


Assalamualaikum.

terus kepada tajuk utama aku nak cerita. CYST.

aku dapat tahu aku ada cyst masa mengandungkan anak yang kedua. masa tu aku ada cyst di sebelah sahaja dan kandungan tidak bertahan lama. 4 bulan sahaja. untuk makluman aku ada cyst dahulu baru mengandung. ye, aku mengandung walaupun ada cyst tapi tak lama. 

isunya sekarang ini hampir 2 tahun cyst aku masih belum hilang, pernah mengecil tetapi masih belum hilang sepenuhnya lagi.malah dua dua ovari aku ditumbuhi cyst. baru-baru ni aku ada pergi klinik pakar sakit puan swasta. doktor cadangkan untuk buat pembedahan buang cyst aku. memandangkan dr kata aku pun plan nak anak tahun depan so, aku dah boleh buat tahun ni dan dah boleh rancang. yelah...bila ada dua dua belah cyst ni, aku jarang nak period dan kalau period pun memang takkan lekat. sebab ovum tak jatuh kebawah, berkumpul membengkak menjadi cyst tu. (ini hasil pembacaan aku) so macam mana nak rancang anak seterusnya?

aku serba salah. kompius dan sebagainya la. hmmm. cyst aku tak besar mana. baru 3 cm + dan 4 cm++, justeru aku rasa tak berbaloi nak bedah. kalau tak bedah pulak bilanya aku nak tunggu dia kecut? bilanya nak rancang anak seterusnya?? memandang masters aku habis tahun ni, tahun depan boleh laaa kalau  nak rancang baby kan..hurmmm..serba salah sebab banyak aku fikir. hahahahah

bayaran rm7k untuk bedah di TMC (taiping medical centre)
risiko untuk tumbuh balik ada.
habislah badan aku? dulu beranak pun tak kena belah. kalau kena belah pun ada anak, ni belah anak tak de?
risau pembedahan tak berjaya
risau ada komplikasi
risau kena buang ovari
allah huakkabar...

aku sebenarnya ada follow up dengan kerajaan, tetapi, hospital kerajaan tak nak bedah kalau tak sampai 5cm ke atas.:( justeru, aku dibiarkan dengan harapan benda tu kecut .

adoi tak dapat aku bayangkan masa dalam bilik bedah nnti. kena puasala dahaga la. itulah la. inilah. adoi!,kena bius laaa. cukuplaaa sekali merasa masa gugur dlu. hadoi nak kena rasa jugak ke ni?? hurmm

yang bestnya bila aku dengar cuti sampai 2 bulan dapat. syok leee aku dengar hahahaha. 
apa nak buat?

ada cadangan tak?

No comments:

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com